Friday, March 06, 2009

Filem : Heartbreak Library (2008)








Synopsis

Eun-soo, a librarian watches for book vandalism that currently happens in the library. One day, she catches Jun-oh tearing off certain page of books. Eun-soo accuses him of vandalism but soon discovers the complex story behind his actions. Jun-oh’s girlfriend suddenly leaves him with only a mysterious note. “Look up page 198”. Jun-oh’s girlfriend was a bibliophile and she checked out books regularly at the library. Jun-oh goes to the library and tears out page 198 from every book he comes in touch. As Eun-soo has just broken up, she gives him an advice saying that he has to let her go if she really meant it. However, looking at Jun-oh torn apart by his love, Eun-soo starts to help him decipher the messages on page 198 of all the books

Alternative title : "Page 198 in His Book", "198th Page of That Man's Book"

Cast : Lee Dong Wook, Eugene


reaksi sewaktu ditangkap

Setelah berpuluh-puluh episode menyaksikan Lee Dong Wook (bukan orang sebenar) di dalam East of Eden, kali ni kita layan sebuah filem baru Lee Dong Wook (orang sebenar). Penampilan yang dinanti-nanti oleh para peminat nya.

Filem ni diadaptasi dari sebuah novel. Gandingan sekali lagi Lee Dong Wook dan Eugene selepas drama Loving You 6 tahun lepas. Disebabkan dalam Loving You mereka menjadi pasangan tidak kesampaian, maka pengarah pilem ini bagi can mereka berchenta di dalam filem ini. Namun kisah chenta perpustakaan ini tidak begitu menyentuh perasaan, hati dan peparu. Cite dia mendatar saja. Ala-ala bosan gitu. Tak de watak yang mencabar yang bisa mengusik emosi dan mood penonton. Tengok boleh, tak tengok pon boleh.



Kisah mengenai seorang lelaki yang mengalami trauma Toma selepas mengalami kemalangan jalan raya yang telah menyebabkan kekasih nya maut. Selepas dari eksiden itu beliau ala-ala hilang ingatan dan tidak berpijak dibumi yang nyata akibat tekanan emosi yang maksimum. Beliau tidak dapat menerima kenyataan bahawa teman wanita sudah tiada lagi.

Bagi melayan jiwa nya yang kacau beliau selalu lepak di perpustakaan atau nama klasiknya 'khutubkhanah'. Semasa berada di perpusatakaan beliau cilok beberapa buah buku dan koyak satu helaian di dalam buku itu. Memang itu hobi dia bila berada di perpustakaan. Asal datang perpustakaan beliau akan koyak kan sehelai muka surat. Satu hari beliau berjaya ditangkap oleh seorang pustakawan perempuan yang memang dah lama aim gelaja vandalisma beliau iaitu merosakkan buku perpustakaan. Dan misteri berlaku bila mana pihak perpustakaan mendapati hanya muka surat 198 saja dikoyakkan. Kenapa muka surat 198 saja dikoyakkan? Apa spesel nya nombor 198 ini?



Dipendekkan cite misteri, al-kisah teman wanita nya ada meninggalkan mesej sebelum mati.

"Kalau kau nak tahu perasaan aku, kau carik mesej di muka surat 198 di dalam buku di perpustakaan ini"

Aigoo berapa banyak buku mau carik daa. Dipendekkan cite lagi pustakawan perempuan itu membantu beliau mencari mesej di dalam muka surat 198. Teman wanita nya memang seorang ulat buku dan selalu lepak di perpustakaan itu. Cek punya cek, teman wanita itu ada telah meninjam sebanyak 900 buah buku sepanjang hayatnya di perpustaakan itu. Dan mereka pun togede gede berjemaah mencari misteri mesej di muka surat 198 seperti gambar di atas.




Akhirnya happy ending. Tapi tak berapa umphhh sangat.

Mari kita layan beberapa wajah Abang Wook kita ni


wajah garang yang tak tak bape garang



wajah sedang mengunyah telur rebus di dalam ketapi

wajah sedey lagi syahdu



imajin Lee Dong Wook memakai songkok dan memakai baju melayu hitam beserta sampin...kekeke

No comments: