Monday, April 21, 2008

Filem : Congkak (2008)




Ye kawan-kawan sekarang mari kita ke ribiu pilem Congkak ini. Sebelum itu saya ingin memohon maaf sekiranya saya nngak berhasil menepati perancangan untuk togede-gede berjemaah menonton pilem ini bersama kalian.

Ampun kan kami penunggu gua. Ampunkan kami.

3-4 hari selepas menonton pilem ni baru terasa seram sebab terbayang pompuan tua bertutup kepala dengan kain batik dan duduk dipenjuru bilik dan kemudian memusingkan kepala nya 90 darjah secara perlahan-lahan ke arah mek dengan wajah seram gelap penuh ketuat batu. Uwaaa. Ampes. Tapi bila pikir bab ketuat menjadi kurang seram la pulok. (Liat wajah Opah diakhir citer masa kena angkat dengan M.Rajoli) Sekarang kita ada hantu ketuat ciptaan Ahmad Idham yang dapat meramaikan industri hantu yang sedia ada seperti hantu berambut panjang menutup muka, hantu dengan wajah berdarah dan mata merah, hantu merangkak berkuku panjang, juga hantu tepung gomak dan juga species hantu-hantu yang lain. Hehe.

Imajin anda balik umah gelap kemudian anda switch on lampu tetiba pompuan tua itu ada disudut penjuru umah. Selawat dan doa banyak-banyak ye. Hehe.

Beberapa perkara menarik perhatian :

1) Tajuk & tema pilem – Congkak

Saya ada simpan sms dari sorang rakan yang diterima pada 20/01/2008 khas untuk ribiu pilem ini. SMS berbunyi begini,

"Drama Jepun banyak gak cite pasal sport & game. Sib bek tak de congkak atau dam aji. Kalo tak musti depa buat drama gak"

*wink wink kat kawan itu* ;)

Kredit kepada produksi pilem ini yang kreatif menggunakan Congak sebagai tema pilem seram ini. Selalu-selalu la ye kreatif menggunakan bahan yang ada. Mungkin lepas ni boleh la buat pilem menggunakan sukan rakyat yang lain yang banyak kedapatan di negara kita. Kalau orang Jepun tahu pasal Congkak mesti depa interested nak buat drama. Seb bek Ahmad Idham buat dulu. Tapi cemana gak nye ek kalau orang Jepun buat drama pasal dam aji hehe.

2) Jalan citer – kisah sebuah keluarga yang terdiri dari bapa, emak dan 2 anak perempuan yang pergi bercuti di sebuah rumah di tempat jin bertendang untuk meluangkan masa berkualiti togede-gede tanpa diganggu oleh majikan barangkali. Rumah tersebut dibeli oleh bapa itu tanpa melihat akan kondisi dan lokasi tempat. Main percaya cakap kawan. Semasa berada di dalam rumah itu mereka diganggu oleh makhluk halus yang suka main Congkak dan merasuk anak-anak mereka. Kenapa hantu itu suka bermain Congkak? Anda kena saksikan sendiri.

3) Saya suka diakhir citer ni di mana semua misteri terjawab sebab mereka menetap di rumah yang salah sebenarnya. Jadi tak payah pening pala nak pikir sapa Opah sebenarnya. Opah tetap Opah dan bukan nya Oprah. Salah rumah TATAPI kunci rumah menten sama yek hahahaha.

4) Adegan kena rasuk. Kawan saya penah kena rasuk terapung cam tu. Lepas terapung
* dushhh - kesan bunyik* dibiarkan jatuh ke bawah. Sakit banget u ols. Kesian dia.

5) Gambar arwah ibu pekedai runcit lakonan cameo pengarah. Ada ke orang letak gambar arwah ibu cam tu ek? Gambar tu mengingatkan saya pada gambar tuhan hindu. Kalau kita pi kedai peniaga India kan ada kedapatan frame-frame gambar tuhan mereka kan. Kat dinding, kat tepi cashier dan sebagainya. Veri de lucu tau part frame gambo ni.

6) Kesan bunyik yang terlampau mengejutkan orang. Sapa yang ada penyakit jantung tidak digalakkan menonton sebab kesan bunyik dia veri de kuat lagi tokojut.

Tu je la kot.

Sekian terima kasih. Gamsahamnida. Arigatou.

No comments: