Synopsis:
Kyouhei Okudera is an internationally known climber who gets invited by his former friend Akira Kitazawa to challenge the K2. 5 Years ago they split up as climbing partners after an accident. Challenging the K2 another accident happens and Akira loses his life. After Kyouhei blames the equipment for the accident and he gets some trouble with his sponsor...
Cast : Tamaki Hiroshi , Yamamoto Taro , Tsuruta Mayu
Credit : http://wiki.d-addicts.com/Hyouheki
Episode : 1/6
Tahukah anda gunung tertinggi di dunia adalah gunung apa? Tet. Ya mesti seme tahu. Tepat sekali jawapan anda. Gunung Everest dengan ketinggian 8,848m.
Bagaiman pula dengan gunung kedua tertinggi di dunia. Adakah anda tahu gunung kedua tertinggi di dunia? Tet. Tet. Tet. Ya mesti semua kurang tahu. Sebab saya pon tidak tahu sebelum ini. Kalau soalan ini masuk dalam rancangan Kunci Khazanah mesti dapat markah zero. Tapi ok la kan markah zero atau sifar. Lebih dari negatif. Huhu.
Dengan menonton drama ini saya baru mengetahui gunung kedua tertinggi di dunia ialah Gunung K2. Gunung ini terletak di sempadan Pakistan dan China dan berketinggian 8,611m.
Info lanjut boleh la lusuri link ini yach http://en.wikipedia.org/wiki/K2
Apa pula kaitannya drama ini dengan Gunung K2 itu?
Kaitannya adalah citer ini mengisahkan 2 orang pendaki gunung yang mahu menawan puncak Gunung K2 itu.
magical line berwarna kuning itu...
Drama ini saya akan citer episod demi episod kerana saya menghadapi cabaran yang sukar semasa menonton drama ini. Jadi saya mahu abadikan setiap cabaran tersebut di dalam blog. Kerana 'si dia' saya hadapi cabaran itu dengan bersahaja dan kool. Hiks. Aikk menonton drama pun ada cabaran bagai kah. Haha. Ye ada ye tuan-tuan dan puan-puan. Nanti bila dah tua dah pencen dah tak aktif memblog, bole lah baca semula ribiu-ribiu yang ada seraya mengomen sendiri 'ooo ni ke dia hero yang daku pernah gilai suatu waktu dahulu sehingga sanggup menghadapi cabaran onak dan liku. Lautan api sanggup ku renangi'. Kekekekek
Apakah cabaran itu?
Apakah cabaran itu?
Cabaran nya adalah drama ini tidak mempunyai sarikata yang 'proper' atau baik. Tak jumpa cari kat d-addict. Sarikata tidak proper ada dijumpai di dalam bentuk teks. Jadi nya sambil menonton drama sambil membaca teks sarikata di sebelah kaedahnya. Memang mencabar minda ye sebab kita kena agak-agak dan matching–kan sendiri sarikata dengan dialog-dialog pelakon dengan pemahaman sendiri.
Yang paling memberikan lebih cabaran adalah sarikata tersebut adalah direct translations dari Korea ke English menggunakan Google Translation. Antara contoh hasil terjemahan sarikata nya seperti berikut :
My plan is to summit
Hassan, two days to go in five days.
Is that okay?
PM about to go to the base camp (base camp),
Bukdongreung part of the first day of stay (NE Ridge),
Nambyeok finally starting the next day.
Or ohreulsu natjungyi this is it.
Tent before the sun
If you do not stop to secure a place ....
Seulsu tent.
What?
Just sit down there and put a piece of him.
Dwijipeosseugo sleeping in a tent.
I am still waiting ...
Moriyakissi.
You get to talk.
Ohkuderassi? (Jepun nya 'Okudera-san')
Kan mencabar kan. Ada dwi bahasa kekdahnya. Hapa ke hapa la maknanya tuh. Alih-alih ada Encik Hassan enterprem. 'Hassan' samada perkataan Korea atau nama orang tu Hassan. Tapi tak de plak nampak Encik Hassan dalam itu gambar. Hahaha. Tapi apa bole buat 'kerana dia' ku sahut cabaran itew. Hantam saja la labu. Nasib baik drama ini tidak begitu panjang. Hanya 6 episod saja.
menuju puncak gemilang cahayaa...
Berbalik kepada jalan citernya pula. Jalan citer nya juga mencabar ye. Tambahan, saya juga pernah melakukan pendakian yang telah menyeksa dan menyemputkan saya dan hampir givap separuh jalan tetapi terpaksa teruskan juga sebab gilo po nak patah balik sensorang. Buat nye terserompak dongan nenek kobayan kang peh tu dia ajak datang rumah, tak ke haru den. Kat Gunung Ledang ada nenek kebayan kan kan? Hehehe.
'Hyouheki' mengisahkan 2 orang pendaki yang mahu menawan puncak Gunung K2 itu. Dan pendakian mereka itu disponsor oleh sebuah syarikat yang mahukan nama baik di pasaran global dan glokal.
Alkisah bermula sebuah syarikat bernama Yashiro yang baru menceburkan diri dalam bidang pembuatan peralatan untuk mendaki bukit dan gunung mahu menganjurkan satu ekspedisi menawan Gunung K2. Tidak hanya menawan gunung itu saja tetapi pendaki harus melalui trek yang diberi nama 'magical line' untuk sampai ke puncak K2. Arakiannya magical line itu nampak macam merbahaya. Itu la cabaran yang harus ditempoh oleh pendaki-pendaki itu.
Motif lain syarikat Yashiro mahu menganjurkan ekspedisi tersebut adalah untuk menyakinan orang ramai bahawa produk mereka benar-benar berkualiti di pasaran dan beli la produk buatan mereka jika mahu mendaki gunung dan bukit. Anda pasti tidak menyesal.
Salah seorang pendaki itu merupakan penasihat kelab sukan Yashiro yang bernama Akira-san. Akira-san telah mencadangkan seorang lagi pendaki untuk turut serta iaitu kawan beliau bernama Okudera-san. Okudera-san ini bekerja sebagai pencuci bangunan saja u ols. Selain bekerja sebagai pencuci bangunan, Okudera-san juga ada pengalaman mendaki gunung. Mereka berdua pernah pergi ber-abseling bersama di mana Okudera-san hampir jatuh ke gaung dari atas bukit batu yang agak tinggi juga dan kemudiannya di selamatkan oleh Akira-san. Selepas daripada insiden itu, gambar Akira-san terpampang dimuka hadapan surat khabar dan dimahkotakan sebagai wira kerana berjaya menyelamatkan nyawa kawannya sendiri.

tiba-tiba Okudera-san dengan macho nya muncul di luar cermin bilik mesyuarat sedang mengelap cermin dan Akira-san memperkenalkan Okudera-san kepada bos nya...kebetolan...
Tiba pada hari yang telah ditetapkan, tim mendaki gunung Yashiro menuju ke tapak khemah di kaki Gunung K2. Cuaca pada ketika itu sejuk ye sebab kedapatan salji di kaki gunung itu. Mungkin memang kawasan itu bersalji sebab tempat tinggi, entah saya pun kurang pasti.
Pada August 11 3:00 p.m. para pendaki itu pon memulakan misi mereka.
Beberapa minggu sebelum berangkat memulakan misi mendaki, Akira-san telah meninta sesuatu daripada CEO Yashiro iaitu beliau mahu berkahwin dengan anak perempuan CEO yang mana Akira-san memberitahu mereka sedang berchinta. CEO itu agak terkejut tetapi dia buat-buat kool dan iya kan saja.
Tatapi mengikut pemerhatian penulis anak perempuan CEO Yashiro itu ada syok sama Okudera-san (macam teledera plak nama dia nih). Anak CEO itu bernama Minako-san. Minako-san ini nampak lebih berumur la plak dari Okudera-san bila mereka bergandingan ye u ols. Tidak kimia gitu. Cek cek umur mereka, beza 10 tahun. Apa daaa pengarah. Dah kekurangan heroin sebaya kah di Jepun itu. Tang ni saya tak puas hati.
Seterusnya nantikan sambungan di dalam Episod 2 apa yang terjadi. Salah seorang pendaki akan terjatuh dan mati. Peh tu kita tengok Behind The Scenes di mana mereka shooting di New Zealand benornya. Bukan kat Pakistan or China.
kenalkan Okudera-san yang digilai hahaha
ni pula Akira-san
dan beberapa gambarajah untuk tatapan...
ganbatte kudasai
No comments:
Post a Comment