Wednesday, March 05, 2008

JDrama : Teki wa Honnoji ni Ari (2007)



Synopsis

The plot is based on the novel "Akechi Samanosuke no Koi," the final work in a trilogy by Hiroshi Kato about the forced suicide of Oda Nobunaga (Tamaki Hiroshi) at the temple Honnoji. Historically, the general Akechi Mitsuhide is credited with causing Nobunaga's downfall. Kato's novel focuses on Mitsuhide's nephew Samanosuke, who fought alongside his uncle during the assault on Honnoji. --
Tokyograph (http://www.tokyograph.com/news/id-1509)

Akhirnya setelah 3 hari 2 malam menggunakan 2 PC dan 2 talian hayat strimik, drama SP ini berjaya dimuat turun dengan jayanya menggunakan torrent buat pertama kali. Tahniah buat diri sendiri. Haha. Sebab kat clubbox tak de citer ni. Dload kat CB tak la berjanggut nak tunggu mcm torrent ni. Apakebenda la 'seeds', 'peers', 'ETA' haha. Pada awal nya la.

Macam biasa la menonton tanpa sarikata. Sangat menbencikan. Nanti try carik sarikata lepas ni sebab citer ni nampak macam menarik jugak. Drama Jepun ini mengingatkan saya pada drama Korea TWSSG (The Legend).

Notis Pemberitahuan : Tuan blog ni dia tengah kemaruk dengan Tamaki Hiroshi aka Chiaki-senpai (Nodame Cantabile di 8TV tiap Ahad 3 petang) aka Ogawa-sensei (citer cekgu rusa). Oleh itu acapkali la citer-citer lakonan Tamaki Hiroshi akan di keudarakan di blog ini sebab dia belom bertemu lagi dengan hero Jepun kendo yang lain. Makanya tumpuan hanya pada Tamaki Hiroshi. Selain jdrama lain yang mempunyai jln cite yang menarik perhatian akan ditonton jugak. Harap maklum. Dan lagi Tamaki Hiroshi ngn tuan blog ni ada kimia sebab tahun lepas mereka sesama berada di Seoul pada tarikh dan hari yang sama dan hanya dipisahkan oleh Sungai Han. Jika tidak, ya, jika tidak...korang fikir la sendiri bak kata Bang Bil. Wahahaha :P

Mari la kita lihat gambar-gambarnye saje sambil gelak tutup mulut. Watak ini agak berlainan dengan citer-citer dia sebelum ini hingga menyebabkan rahang mulut saya kepenatan kerana terkekek-kekek sorang diri melihatkan fesyen rambut dan gaya beliau di dalam citer ni. Dan saya suka nak lihat dia dalam pelbagai watak.











mati bunuh diri lah


No comments: