Monday, December 17, 2007

Album : Faizal Tahir Aku.Muzik.Kamu


Pada saya album ni sangat best. Kena la dengan jiwa saya. Bole layan Rock N Roll. Dengan sekali dengar bole suka kebanyakan lagu dalam album ni. Caya lah. Maknanya konpem la lelagu dia best. Tu belom lagi dengar berulang-ulang kali 100-200 kali.

Memang saya berhasrat nak beli album Faizal Tahir kalu album dia siap nanti sebab saya rasa dia seorang artis yang berbakat besar, kreatif, innovatif dan 'over' haha. Ye ke over? Saya tak tengok part dia wat slide tu. Orang excited first time pi final AJL kadang memang macam tu kot. Boleh dimaafkan lah sebab album ni best. Tapi lawak jugak dengar orang jantan yang over. Biasa yang over acting ni sering dikaitkan dengan orang pompuan, ye tak. Hopefully lepas ni kontrol-kontrol la sket yek.

Pape pon ternyata 'rasa' saya tidak silap dan album ini berbaloi untuk wang saya.

Tak de nak komplen banyak. Saya pon bukannya arif nak komplen lebih-lebih. Janji sedap dengar kat telinga. Mari kita layanzzz.

Ada 14 track kesemuanya.

1. Invitation
Words & Music : Audi Mok & Faizal Tahir

Intro muzik Batu dan Golek selama 38 saat

2. Batu dan Golek
Words & Music : Audi Mok & Faizal Tahir

Alamak eii first time dengar bestnya. Lagu Rock N Roll yang happening. Kalu tak de mood tengah buat keje ala-ala mengantuk Monday Blues pasang lagu ni kuat-kuat, konpem ada semangat buat keje.

Kini ku rasa
Masa nya telah tiba
Biar kau rasa
Kuasa irama ku yang sebenar

Rock N Roll yeah!!!
Itu saja ku tahu
Itulah yang ku mahu
Itulah yang kau perlu

Komen : Yeahhh memang ini yang ku perlu huhu

3. Kerna Kamu
Words & music : Audi Mok & Faizal Tahir

Lagu ni pon best. Fast song. Boleh goyang kaki dan kepala.

Kerna kamu
Ku lepaskan dirimu
Pergilah bersamamu dengannya
Yang ku impikan yang kuinginkan
Bahagia hingga akhir hayat tuk kamu

4. Aku Punya Kamu
Music : Audi Mok
Words : Faizal Tahir

"Ladies and Gentlemen, listen from very start to the very end. This guy definitely deserves so much more recognition and credit than what he's getting now"

Yang kamu hanya lah satu
Dan tak pernah lelah ku menunggu
Hanya aku punya kamu
Selamanya aku milik mu
Takkan pernah lelah ku menunggu
Hingga aku punya kamu

5. Sempurna
Music : Omar K
Words : Faizal Tahir

"I'd been receiving lots of good material from many people. Credit to all who contributed. This song was what I needed"

Lagu ni pon my favourite. Vokal best. Muzik best.

Kau mahukan
Segalanya sempurna
Mungkin kau bercanda
Kerna tiada yang sempurna
Fahamilah
Kau dan aku pasti begini
Menempuhi onak dan duri
Suka duka bersamamu
Dan yang pasti aku kan di sini

6. Cuba
Music : Audi Mok
Words : Faizal Tahir

Aiyo lagu ni pon best.
*Ini bukan chobaan. Ini betul-betul kejadian ;p*

Coba kau lihat
Coba kau coba
Diam bila ku coba
Untuk berbicara dengan kamu

Chorus :
Siapa...
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman yang lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila...
Tiada lagi teman bermain (main pondok-pondok ke bang ;p)
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku...pada mu

7. Sampai Syurga
Words & Music : Audi Mok, Faizal Tahir & Ahmad Izham Omar.

"My personal favourite – enough said"
"I dedicate this to the people I love"

Lagu slow ala balada sket.

Aku lemah tanpa kamu
Ku ingin mu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Tuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya satu...hanya kamu

8. La Da Di Dum
Words & Music : Audi Mok & Faizal Tahir
(Come and get it honey) by Marian Caunter
Marioan Caunter appears courtesy of herself.

"This is what happen when you fool around with Audi Mok and Faizal Tahir in the studio. Never thought it would turn out this good! We should be doing this more often Audi. Most happening track on the album!! Walk this way people...Fun, fun, fun! What else can I say? Thanks Marion"

1234
You got the looks and
I’ve got the hook
Somebody anybody get me out of this fix
Before I make another move like Taylor Hicks

9. Mungkin Ku Tak Bisa
Music / Lyrics : Kuncidemak

"A different side of my vocal and style. More relax and composed. A song that would bring things back to the ground a bit. I took in the song the 1st time hearing it. Another upcoming composer with a bright future and to be reckoned with in our industry. Give him a call"

Pertama kali saya dengar lagu ini ada ala lagu Dewa sket. Lagu mana mek pon ingat-ingat lupa. Vokal Faizal juga kedengaran berlainan. Ingatkan dinyanyikan oleh penyanyi jemputan dari seberang.

Mungkin ku tak bisa mencinta mu
Dengan cara seperti yang kau mahu
Namun aku masih, masih lagi
Coba untuk mendapatkan mu

10. Mestikah Ada Yang Lain
Music / Lyrics : Kuncidemak

"Great piano and strings. Thanks bro.."

"At the end of the day, I am more than proud that this album is genuinely Malaysian-made. Never ending thanks to Audi Mok, Ahmad Izham Omar, Omar K and Rudi @ Kuncidemak"


11. Mahakarya Cinta (Orkesta Version)

12. Sampai Syurga (Acoustic Version)

13. Gemuruh
Music : Aubrey Suwito
Words : Tessh RS

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Chop nak gelak sat. Hahaha. Baru tau lagu ni lagu tema MyStarz LG ek. Tu pon sebab search Google. Google sebab kat dalam kulit album ni tak de include lirik. Heran pesal plak tak de lirik. Bukan lagu baru ke? Gitu la komen sendiri bila tengok dalam cover album. Ingat kan lagu tema ditujukan pada Dr. SMS Angkasawan kita ahaks. Mintak maap la yek. Saya dah jarang layan rancangan reality tv cari bakat-bakat baru ni.

Pape pon lagu ni best. Ala-ala pembakar semangat gitu kan.

14. Mahakarya Cinta (Versi biasa kot. Tak de tulis lam kulit album)

Akhir kata, sekalung tahniah dan syabas buat Faizal Tahir dan the geng di atas pembikinan album ini. Saya amat berpuas hati. Malah lebih dari itu.

Buat Faizal Tahir, jaga diri hiasi perbadi. Tammo la dengar gossip-gosip picisian di belakang tabir yang tidak sepatutnya ada.

All the best to you!!!

Note : Tulisan warna biru quote dr Faizal Tahir. Setiap lagu ada komen dari penyanyi. Nak tahu komen lain beli la album ni yek.

No comments: