Synopsis
I’m a Cyborg, But That’s OK is a Korean romantic comedy stars Rain and Lim Soo Jung (Lump Sugar, Tale of Two Sisters). Young Goon (Lim Soo Jung) ends up in an asylum after her suicide attempts. Her problem is, she thinks that she is a cyborg. She refuses to eat human food and communicate to her friends, vending machine and coffee maker. Even she tries to recharge herself with batteries. Il Soon (Jung Ji Hoon) is her asylum mate. He has trouble with stealing. Recognizing that Young Goon is in trouble, the love-struck Il Soon tries his hardest to help her eat again, bringing both of them onto a path of romance and healing. (credit synopsis )
Starring : Rain , Im Soo Jung
Director : Park Chan Wook
Credit : Hancinema, DramaWiki
versi esmem dan jelita...
Bahse Korea = Saibogujiman kwenchana
Citer ni mengenai pesakit-pesakit mental di sebuah hospital sakit mental. 2 kali kena tengok citer ni baru paham dan jelas kisah citer nya. Kena masuk ke alam sakit mental sebentar hehe.
Ada yang mengalami gangguan mental berpunca dari depressi, ada yang berpunca dari pengabaian dari ibu bapa, ada yang berpunca dari rasa bersalah dari dalam diri dan ada yang melalui keturunan. Ada ahli keluarga yang sakit mental dan kemudian berjangkit pada anak cucu nya.
Mari kita lihat apa jenis pesen masalah mental mereka
Ada yang mengalami gangguan mental berpunca dari depressi, ada yang berpunca dari pengabaian dari ibu bapa, ada yang berpunca dari rasa bersalah dari dalam diri dan ada yang melalui keturunan. Ada ahli keluarga yang sakit mental dan kemudian berjangkit pada anak cucu nya.
Mari kita lihat apa jenis pesen masalah mental mereka
Yang ni mengalami depressi kulit muka berminyak. Dia begitu tensen sehingga mengganggu mental dia. So pada u all seme jangan tensen-tensen sangat kalu mempunyai kulit jenis berminyak. Tips mengurangkan minyak di muka ialah kurangkan makanan yang berminyak
Yang ni mengalami gangguan mental selepas mengalami kemalangan. Dia berprasangka bahawa kemalangan tersebut berpunca dari dia dan sentiasa berasa bersalah. Tu pasal dia sudah tukau stail jalan mengundur haha.
Yang ni plak jaguh bermain pingpong. 5 kali juara berturut-turut sampai sakit mental. Masa ni dia marah banget kat Il Soon (Rain) sebab mencuri stail main pingpong dia hahaha
Filem pertama lakonan Rain. Yang ni dia tak berapa sakit mental kronik. Dia masuk tempat ni sebab bagi mengelak masuk penjara. Kisah hidup dia, sewaktu kecil mak bapak dia abaikan dia dan waktu umur dia 16 tahun mak dia melarikan diri. Di sebabkan terabai maka dia menjadi pencuri. Dia wujud ke tak wujud sama saja sebab tu dia tera mencurik. Curik punya curik satu hari dia ditangkap polis dan kena hukum penjara. Dalam penjara dia kena rogol or may be kena sakat kot sebab mempunyai wajah yang ensem sebab tu bila kat spital mental dia pakai topeng nak sorokkan wajah esmem dia haha. Kemdian sejak peristiwa itu dia tak bercampur dengan penghuni penjara lain sehingga digelar 'anti-sosial' sehingga buat dia stress dan mintak pindah ke umah rawatan sakit mental.
Kat spital sakit mental dia dikenali sebagai pakar curik tapi bukan curik harta benda atau pun wang tetapi pakar curi emosi dan sikap haha. Penghuni yang ingin melarikan diri dari masalah akan berjumpa dengan Il Soon suh mencuri perasaan diorang. Contohnya seperti curi perasaan simpati dan curi sikap 'polite'. Kemdian dia terhadapan dengan satu tugas besar di mana dia bertindak sebagai technician bagi merawat teman semental dia supaya bernapsu untuk makan. Untk watak ni Rain telah memenangi Best New Actor di festival pilem Korea bulan lepas. Totally different watak dia dengan drama-drama dia sebelum ni. Yang pasti muka dia memang lawak citer ni hahaha Next film akan blakon Hollywood muvi "'Speed Racer"
"His first American film, "Speed Racer" by "The Matrix" creators Andy and Larry Wachowski, is based on "Mach Go Go," a 1960s Japanese comic book and cartoon series about car racing. The projected budget is 300 billion won." (source korea.net)
Yang ni mengalami gangguan mental melalui keturunan dia. Nenek dia bela tikus dan menganggap tikus-tikus itu adalah cucu dia termasuk Yoong Goon. Dan kemdian Yoong Goon sering menganggap diri dia cyborg iaitu robot. Hari-hari bersembang dengan lampu, vending machine, radio sebab dia menganggap benda-benda ni semua kawan dia hehe. Peh tu dok cas bateri untuk badan dia bagi mendapatkan tenaga. Dan kemudiannya dia mengalami lemah badan dan tidak bertenaga sebab dia tidak mahu makan. Macam mana mahu makan sebab dia telah menganggap dirinya robot yang tidak perlu makan. Dan seterusnya datanglah technician II-Soon yang membantu me-repair badan dia untuk merangsang dia makan nasik.
koleksi sarung muka yang dipakai oleh Il Soon haha
Tengok citer ni anda pasti terguling-guling ketawa bukan sebab kita ketawa kan depa sakit mental tapi sebab lakonan yang begitu mantap sekali oleh semua pelakon. Yang sebenarnya memang tak baik kan nak mentertawakan orang yang sakit mental ni kan. Maka bersyukur la kita dilahirkan dalam keadaan serba sempurna segala tubuh badan.
Dalam citer ni anda boleh dengar Rain menyanyi 'yodel'. 3 bulan dia prektis yodeling untuk pilem ni. Apakebenda nye yodeling ni, sila baca sini http://en.wikipedia.org/wiki/Yodeling
Tips mengambil anak angkat luar nikah
Terlanjur citer ni mengenai sakit mental saya ingin berkongsi satu info jika anda ingin mengambil anak angkat luar nikah atas faktor kasihan. Ini sembang-sembang saya dengan seorang kawan yang mana ada logik nya. Kajian mendapati…eh bukan kajian tapi sembang-sembang hehe. Melalui sembang-sembang tersebut dan juga melalui pengalaman seseorang yang telah mengambil anak angkat luar nikah mendapati bahawa mental anak luar nikah tersebut tidak sempurna bila budak itu meningkat besar. Cek punya cek di dapati ibu luar nikah tersebut telah memakan pelbagai benda / ubat untuk menggugurkan janin. Siasat punya siasat lagi ibu luar nikah tersebut sedang menjalani rawatan pemulihan akhlak. Tapi dengan izin Allah bayi itu tidak mati tapi ada kesan negatif terhadap mental nya. Waktu kecil kanak-kanak tersebut memang nampak comel dan cute. Tapi bila kanak-kanak tersebut mula membesar nanti boleh nampak mental dia ada masalah sedikit demi sedikit.
So pada anda yang ingin mengambil anak angkat luar nikah pastikan anda semak dulu latar belakang ibu luar nikah itu. Memang payah gak nak cek tapi kalu boleh biar la dari sumber yang boleh dipercayai. Mustahil ibu yg mengandung anak luar nikah tidak berbuat sesuatu bagi membunuh janin tersebut kan especially kalu bohsia-bohsia atau remaja yang masih bersekolah. Memang la kesian kan bayi tidak berdosa. Tapi sekiranya anda mampu dan berupaya fizikal, mental dan material, Alhamdulillah.
Moral of the stori, jaga diri hiasi peribadi, elakkan mengandung luar nikah.
Sekian citer cyborg kita pada hari ini :)
No comments:
Post a Comment