Monday, March 26, 2007

Filem : Maundy Thursday (2006)



Synopsis

Yu-jeong, a suicidal young woman, is introduced to a man on death row named Yun-soo by her aunt, Sister Monica. Raised by an abusive father, Yun-soo has led a hard life. It got even harder when he was left in an orphanage with his younger brother after his father's suicide and his mother's abandonment. Growing up in the gutter, he became involved in a violent crime, for which he was convicted of three counts of murder. Yu-jeong, on the other hand, comes from a rich family. However, her childhood was marred by traumatic neglect, which has led to her self-destructive impulses. These two wounded souls slowly open their hearts and find the motivation to live on in each other's compassion. Yu-jeong realizes how spoiled her life has been compared to Yun-soo's, and embraces his guilt that would otherwise never be forgiven.
Starring : Kang Dong Won , Lee Na Young

Credit : Hancinema




Citer ni boleh tahan best.

Citer mengisahkan 2 orang berlainan latar beakang yang mempunyai masalah kekurangan kasih sayang dan trauma sewaktu zaman kecil nya kemdian bertemu di penjara dan lama kelamaan mereka menjadi ngam dan langsung mengenal erti kasih mcm lagu dayang hehe...sehingga menimbul rasa sebak di kalangan penonton.

Hero sewaktu kecil ditinggalkan emak terkontang kanting sorang diri bersama adik dia sebab mak dia kawin dengan lelaki lain. Suami baru mak dia plak garang, ganas dan kaki pukul. Dia nak jumpa mak dia pun secara rahsia dan curi-curi. Yang lebih mengharukan mak dia langsung tak de hati nak jumpa dengan anak dia sebab takut akan suami nya yang kaki pukul itu. Maka jadi la hero pengemis jalanan bersama adik nya dengan baju yang melantong lagi bacin. Kemdian adik dia mati sebab kena blasah dengan cip pengemis. Bila dah besar hero terlibat dengan satu pembunuhan dan telah dijatuhkan hukuman mandatory gantung sampai mati.




Heroin plak sangat benci dan dendam sama mak dia. Kaw-kaw punya dendam terhadap mak nya sendiri sehingga mendorong dia membunuh diri sebab tidak mahu menjadi anak mak dia lagi. Namun kesemua cobaan membunuh diri nya menemui kegagalan. Mungkin ajal belum sampai lagi. Diawal citer buat penonton tertanya-tanya pesal la dia ni benci sangat dengan mak dia. Alkisahnya heroin telah dirogol dengan sepupu dia masa berumur 15 tahun. Pas kena rogol dia ngadu dengan mak dia. Ingatkan mak dia akan membantu dia sebalik nya mak dia sepak dia dan salahkan dia dan bilang jangan hebohkan hal dia kena rogol pada adik bradik yang lain. Mak dia suruh tutup kes. Pesal apa tak pasti. Mungkin mak dia orang kaya high class malu la kalu orang tahu anak pompuan dia dirogol oleh anak sedara dia sendiri.

Antara kata-kata heroin pada emak nya yg sedang sakit waktu itu "Killing myself is much easier than forgiving you mother" Sebaris dialog yang dilontarkan begitu kejam dan dengan penuh penghayatan skali.



Disebabkan kekerapan heroin cuba membunuh diri, makcik heroin seorang 'Sister' telah menemukan nya dengan hero seorang pembunuh yang menunggu detik di hukum gantung. Di awal pertemuan mereka kelihatan dingin sebab hero tak kosser nak jumpa sesapa yang nak bagi nasihat sebab dia memang nak mati. Kerak nasi jika direndam lama kelamaan akan lembik jua. Begitu jua dengan hubungan mereka di mana mereka kelihatan semakin akrab dan saling bertukar cerita malang mereka. Heroin akan datang melawat hero setiap hari Khamis. Sebab tu tajuk citer dia hari Kamis...hehe

Citer ni pengarah mahu mengatakan kalau kita rasa nasib kita buruk, yang sebenarnya adalah lagi orang yang mempunyai nasib lagi buruk dari kita.

Moral of the stori, budak-budak yang dirogol masa kecik akan memberi kesan negatif pada tumbesaran dan jiwa raga nya ye u ols. Oleh itu perogol harus diberi hukum yang setimpal dan sekeras-kerasnya. Kesan zahirnya mungkin tak nampak dalam jangka panjang tatapi batin nya sengsara sepanjang idop mcm citer ni.

Tajuk lain citer ini Our Happy Time. Citer Korea ni suka noo tajuk citer lebih dari satu sampai konpius orang.

Rekemen untuk ditonton :)

No comments: