Friday, February 09, 2007

Filem : Qabil Khusry Qabil Igam (2007)



Synopsis

"Qabil Khushry Qabil Igam" is a tale about non-identical twins Khushry (Hans Issac) and Igam (Rusdi Ramli). Khushry loves his brother very much, sharing secrets, joys and also sad moments. However, a destructive indulgence by Igam brings havoc to the families the day before their joint wedding. Khushry's wedding goes on as planned, but Igam's bride, Karisma, has to spend the night alone at home - waiting for Igam to return.

Credit synopsis : www.gsc.com.my

Pelakon : Rusdi Ramli, Hans Isaac, Ziana Zain, Era Fazira, Fauziah Nawi, Datuk Rahim Razali, Hisham Ahmad Tajudin, Izi Yahya dan lain-lain

Pengarah : Zaili Sulan

Ku pikirkan ini citer komedi. Kalau ada sedih pon, mungkin lite-lite je la. However citer ni citer sedih teramat yang memaksa penonton mengeluarkan ayor mata secara paksa. Nampak sangat di buat-buat adegan sedih itu. Kalau dah ada adegan meraung meratap melolong-lolong yang menyayat hati dan sedih sedikit sebanyak penonton akan tewas jua. Bak kata Mak Minah ping pang pet pot dalam citer Do Re Mi 'kau cekik air mata aku' ;p

Permulaan citer kisah hidup yang ceria di iringi gelak tawa penonton siap menari lengang kangkung. Kemdian pertengahan citer, jalan citer ditukar menjadi muram dan berduka lara sekaligus di iringi tumpahan ayor mata penonton hingga la ke akhir citer di mana seorang demi orang watak menemui ajal. Cukup ramuan Kabhi Kushi Kabhi Gham (Kadang Gembira Kadang Sedih) Tapi dalam citer KKKG tak de yang mati hehehe

Citer mengisahkan...err u all baca la synopsis dia kat sini.





Yang saya terkilan dalam citer ni ialah tiada adegan Rusdi Ramli menari hahaha. Dah alang-alang citer malaywood, malaywood kan la skali Rusdi Ramli. Sebab tarikan utama saya menonton citer ni ialah sebab ada Rusdi Ramli dan terima kasih pada Yusry kerna menarik diri huhuhu Cuma untuk watak seorang penagih dadah, muscle dan badan Rusdi Ramli kelihatan kureng sesuai hehe

Selebih nya u all tengok la sendiri citer ni. Tahniah pada pihak produksi yang memilih Mohram untuk menggubah lagu dalam citer ni yang lagu nya memang kena dengan setiap adegan KKKG eh silap QKQI ini sekali gus melebarkan promosi terhadap kumpulan Mohram pada penonton pilem Melayu. Sesuatu yang baru dalam gubahan muzik pilem tempatan sebab pertama kali pertama Mohram mencipta lagu untuk sebuah pilem. Lakonan seme boleh dikatakan bagus. Era Fazirain, cam biasa la lakonan dia. Ziana Rain, terubat la wendu peminat nak tengok pilem terbaru beliau. Tidak dilupakan juga watak-watak 'patung cendana' di akhir citer hahahaha tak larat tengok.

Dialog yang menarik perhatian bila mana Izi Yahya, suami pada Era Fazira (nama watak Karisma...kosser haha) pegi umah mak pak Karisma untuk hambat Karisma balik

'Karismaaaa, mana kau? Aku kata balikkkkkkkkkkk...ba alif lam ya kaf...balikkkkkkkkk...' jerit Izi Yahya

'Kau nak buat apa lagi dengan Karisma? Cukup la kau belasah dia selama ini' kata mak Karisma

'Saya nak bawak Karisma balik. Dosa seorang isteri keluar umah tanpa izin suami. Mak tau tak?' kata Izi Yahya

Lantas bapak Karisma pon enterprem 'Kau sembahyang Jumaat kat mana selama ni? Tak pernah pon ayah nampak kau kat masjid?'
Izi Yahya terdiam sebentar

Bapak Karisma sambung lagi 'Kau jangan nak cakap pasal dosa halal haram kat sini. Kalau aku bukak kitab kang tak terjawab ko kang'
Izi Yahya pon blah dengan hati panas sebab tak dapat nak belasah Karisma dengan tali pinggang lagi.

Moral of the dialog, orang lelaki kalau bab-bab halal haram dosa pahala yang berkait dengan napsu misalnya kawin 4 akan seme akan kata ikut Nabi dan agama. Bila bab wajib tiang agama tak berapa nak ikut ek? Waullahualam ;)

Dalam citer ni Izi Yahya dah kawin 1, isteri tengah sarat dan ada 5 anak dan terus pi minang Karisma bila Igam memutuskan tidak mahu berkahwin dengan Karisma sebab dia ada AIDS.

Malam Jumaat lepas saya berkesempatan berjumpa dengan Mohar anggota Mohram yang menggubah lagu dalam pilem QKQI ini selepas menyaksikan Konsert Simfoni Tani di Istana Budaya. Mek tanya apa tajuk lagu dalam QKQI. Jawapan nya ialah ‘tiada tajuk’ hehe. Menurut Mohar lagi lagu tersebut tidak berapa best pada dia sebab di buat tergesa-gesa. Tak best katanya. Bagi penonton dah best sangat lagu tu.

So untuk mendengar lagu-lagu Mohram yang best-best belaka, nantikan kemunculan album ketiga Mohram tak lama lagi. Baru siap 6 lagu.

Dan juga berjumpa gak dengan Faizal OIAM. Juga dalam proses menyiapkan album baru. Antara album yang saya nantikan.

Moral of the movie, jauhi DADAH kerna DADAH bisa membunuh anda, bapak anda, kekasih anda juga abang anda

No comments: