Tuesday, February 06, 2007

Filem : Lump of Sugar (2006)



Synopsis

Growing up alongside her horse CheondungI, motherless Si Eun (Im Soo Jung) builds an increasingly strong bond with the animal. They don't need words to communicate, just gestures, eye contact, and trust in each other both on and off the racing field. One day the horse is sold, and Si Eun's life seems to stop in its tracks. Two years later, Si Eun is striving for her dream of becoming a successful jockey when she meets an old friend on the field.

Cast : Im Soo Jung, Park Eun Soo

Citer ni amat mengharukan dan sedih sebab kuda dia pandai blakon

Hero dalam citer ni ialah seekor kuda. Dalam pada kuda tu tahu dia nak mati, dia mahu meneruskan impian nya yang terakhir iaitu berbakti pada tuan nya. Kuda pun dapat rasa yang dia akan mati.

Citer mengenai keluarga Si Eun yang terlibat secara langsung dengan hal ehwal kuda. Bapak Si Eun memiliki kandang kuda yang besar. Makanya teman baik Si Eun sewakttu kecil lagi ialah kuda. Si Eun bercita-cita nak jadi jockey tatapi ditentang keras oleh ayahnya. Ayah nya tidak mahu Si Eun menjadi seperti mak nya yang mati kerna ber-race kuda. Demi menghalang cita-cita Si Eun, ayahnya telah menjual kuda kesayangan Si Eun bernama 'Thunder' secara senyap-senyap sebab mahu Si Eun melanjutkan pelajaran ke universitas. Bila Si Eun dapat tahu, dia seperti hilang akal dan sedih sebab pada dia Thunder bukan seekor kuda tapi seperti adek dia sendiri.


Kemdian 2 tahun berlalu.

Si Eun bekerja di kandang kuda dan telah berjaya peperiksaan menjadi jockey. Kemdian satu hari syarikat race kuda itu telah membeli seekor kuda baru untuk kegunaan komersial. Si Eun tengok kuda itu mcm kenal sebab kuda tersebut punya tanda lahir yang sama mcm kuda dia yang kena jual itu. Tapi Si Eun menerima kenyataan bahawasanya kuda nya sudah tiada lagi.

Hingga la satu hari Thunder mengejar Si Eun bila ternampak di jalan raya. Tapi Si Eun tak perasan kuda itu mengejar nya.

Hingga la satu hari lagi di tempat yang sama Si Eun plak dapat instinct yang kuda itu ialah kuda dia iaitu si Thunder itu. Dia plak kejar balik kuda itu dan bila dia tengok kuda tu, kuda tersebut tengok dia balik dengan pandangan mata kasihan seolah-olah berkata 'Unnie, aku la kuda kesayangan kau selama ini'

Dengan yakin Si Eun mengambil balik kuda tersebut untuk di buat race. Mana tau kot-kot kalau guna kuda tersebut ada ong dan boleh dapat tempat pertama. Malangnya tidak seperti yang diharapkan. Thunder buat hal tanak race. Setelah brainwash dan di leter-leter baru la Thunder kembali menyengat dan berjaya mendapat nomor 1 dalam kesemua race.

Hingga la pada satu hari coach Si Eun telah mengesan yang Thunder ni telah sakit. Hidung Thunder berdarah. Thunder dibawa jumpa dokter kuda untuk mendapatkan rawatan. Dokter kata Thunder mesti dibedah kalau tidak boleh membawa maut. Coach merahsiakan hal sakit Thunder dari Si Eun.

Hingga lah satu hari Si Eun dapat tahu akan penyakit Thunder secara tidak sengaja dan mahu menarik diri dari menyertai pertandingan race kuda yang penting. Sebelumnya Si Eun memang berharap nak masuk race tersebut.

Kemdian pada satu malam Thunder melarikan diri dari kandangnya. Suasana kecoh mencari Thunder.

Kemana kah Thunder? *bek ground muzik petir...tander tander tander cat*

Rupanya Thunder ke padang race kuda memberi hint bahawasanya dia nak pergi gak race dulu dan tanak pi spital. Nak tak nak Si Eun terpaksa menunaikan hasrat terakhir Thunder.

Sediakan la tisu untuk menyaksikan citer ni.

Lakonan mantap dari heroin 'Sorry, I Love U'. Dalam citer ni watak dia aggresif sket compare dengan citer-citer dia yang dah nonton sebelum ni. Pilem seterusnya heroin ini ialah 'I'm A Cyborg, But It's Ok' bersama RAIN yeww.

Citer ni berlokasi di Pulau Jeju, pulau yang popular dengan aktiviti berbasikal hehehe

P/S : Tulisan banyak perkataan 'hingga' sebab citer dia sedih tak terhingga ;p hehe

No comments: