Thursday, December 28, 2006

JDrama : Golden Bowl (2002)



Synopsis
Focus, concentration, proper posture and good release are the hallmarks of a good bowler. Welcome to Golden Bowl bowling alley. A bit rundown and small but no worse for wear, the Golden Bowl is stockbroker Shu Akutagawa's favorite haunt. A regular, he likes nothing better then the rumble of the bowl running down the alley and crash and crackle of the pins tumbling down. When his old flame Hitomi Sakura - now married to someone else - makes an appearance at the Golden Bowl things start to heat up again as Shu teams up with her to challenge some pro bowlers. Will Shu be as lucky with Hitomi as he is with the pins? --NTV

Starring :
Takeshi Kaneshiro , Hitomi Kuroki

Total episode : 8
Credit : DramaWiki




Citer ni genre komedi.

Sapa suka main boling boleh la menonton drama ini.

Sapa yang kurang suka main boling boleh jugak menonton citer ni sebab nanti anda akan ada mood nak main boling

Sapa yg suka Takeshi Kaneshiro juga harus menonton drama ni. Of kos la kan hehe

Sapa yang agak² mahu dapat score tinggi dalam boling juga disaran menonton citer ni sebab anda akan tiba-tiba rasa mendapat kuasa ajaib dan semangat untuk bermain boling dengan kobarnya lantas akan berterima kasih pada Shu Akutagawa dan lantas akan menjadikan Akutagawa mentor anda dalam dunia perbolingan hahahaha



Citer mengisahkan Akutagawa bekerja di bursa saham Jepun. Lepas abis keje dia akan pi lepak kat pusat boling 'Golden Bowl' untuk bermain boling bagi mengurangkan stres di pejabat.

Kemdian nya satu hari ada sorang minah ni nama Hitomi Sakura pon main boling gak kat situ. Hitomi ni plak ada masalah dengan suami dia yg mana suami dia main kayu tiga (sabtaitel tulis berzinah dengan perempuan lain) yang membuatkan dia frust dengan kehidupan bersama suaminya. Suami dia tidak mengendahkan dia lagi. Bagi menghilangkan frust dia main boling sampai la tera. Memang tera pon hehe

Seterusnya Akutagawa dan Hitomi pon menjadi sobat baik. Kebetolannya plak depa dok berjiran depan umah. So banyak la masa Hitomi dan Akutagawa ni bersama hingga Hitomi mintak tolong dengan Akutagwa untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.



yesssssssss saya menang moto


Berbalik pada pusat boling Golden Bowl. Pusat boling tersebut sedang mengalami masalah di mana jumlah orang kian jauh kian hilang...kasih antara kita. Pengurus hilang akal tatau nak buat macam mana. Pekerja di situ pun kawatir akan kehilangan keja sekiranya pengurus mengambil keputusan untuk menutup pusat boling tersebut. Kendian ada plak sorang samseng berminat nak ambil alih pusat boling tersebut dengan paksaan. Pengurus Golden Bowl bagi syarat kalau nak kan pusat boling tersebut musti menang perlawanan boling. Sapa yang menang akan memiliki pusat boling tersebut.

Disebabkan Akutagwa dan Hitomi tiap hari bermain di pusat boling itu, maka Pengurus Golden Bowl telah mencalonkan depa berdua untuk bertanding mewakili Golden Bowl demi maruah Golden Bowl. Di sini la pada setiap episod Akutagawa dan Hitomi akan berlawan dengan pelbagai jenis pemain boling professional yg diupah oleh samseng itu hahaha lawaks

Antara nya ialah, budak lelaki kembar juara boling bawah 12 tahun, pekebun epal juara boling inter-kebun epal Jepun, warga emas juara kategori veteran Jepun, 2 orang geisha yg berlawan menggunakan komino haha dan lain-lain lagi. Juara dunia dari US pon mereka ada lawan nnti. Yang tu untuk event lain.

Kemdian nanti Akutagawa pon jatuh hati la dengan itew Hitomi yang jauh lebih tua dari dia.

Backgound muzik pon kena dengan citer ni. Depa guna lagu 'You are my destiny' dan ada 2-3 lagu omputeh evergreen.

So kepada u ols yg lom menonton drama ni, direkemen menonton. Lepas tengok terus nak main boling hehehe.

No comments: