Wednesday, December 13, 2006

Filem : Silk Shoes (2006)



Synopsis

With his film having failed and producer having run away, Man-soo needs to pay back all the film's debts. While Man-soo also makes plans to run away, he receives a call from the money lender. Instead of paying back the money, the money lender proposes that Man-soo, as a favor to the money lender, make a movie for his old father. Old BAE is from North Korea, and has longed to visit his hometown before he dies. With no other alternative available, Man-soo accepts the threatening proposal to shoot the film. From the very beginning of shooting, things get more complicated, and soon they find themselves in a big mess.

Cast : Choi Deok Moon, Lee Sung Min, Min Jeoung Gi

Director: Yeo Kyun Dong

Kenapa saya suka menonton pilem² Korea?

Ini adalah kerana pilem² Korea mempunyai pelbagai jalan citer menarik yang depa bikin buat pilem. Walaupun pilem tersebut tidak dibarisi oleh pelakon ngetop namun pilem nya malatop.

Salah satu citer Korea yang best adalah citer ni Silk Shoes. Kalau anda mau nonton / mau beli / mau donlod citer Korea yang best saya rekemen ini citer.

Citer mengisahkan Man Soo, pengarah pilem yg pilem nya gagal di pasaran dan mahu melarikan diri dari bayar hutang. Produser awal-awal dah lesap dah. Tinggal la si pengarah yg terlambat sket mau melesapkan diri. Sewaktu sedang membeli teket flight nak ke luar negara, Man Soo berjaya diberkas oleh pemiutang yak itu gengstar aka Along Bukit Beruntung yang bagi depa pinjam duit buat pilem.

Instead of bayar balik hutang dengan duit, ketua gengster telah menyuruh Man Soo bikin satu pilem untuk bapak dia untuk langsaikan semua hutang-hutang iteww. Nak tanak Man Soo terpaksa setuju sebab kalau tak setuju Man Soo akan kehilangan nyawa nya.

Pilem baru yang bakal Man Soo arahkan berupa sebuah pilem realiti lagi real yang belom penah di arahkan oleh Man Soo sebelum ni iaitu Man Soo dikehendaki menipu bapak ketua gengstar.


Bagaimanakah cara penipuan itu dilakukan?

Begini cara nya ya tetuan dan pepuan.

Bapak ketua gengster bernama Uncle Pear (nama glamer) berasal dari Korea Utara dan mengidap penyakit Al-Zeimer. Uncle Pear mendapat nama 'Pear' sebab masa pi buat medical check-up tok konpem tak konpem Uncle Pear betul ada ngidap Al-Zeimer, doktor telah try test uji Uncle Pear untuk mengenal pasti beberapa jenis buah-buahan. Ada 4 jenis buah iaitu pear, oren, apple dan pisang. Dokter tanya yang mana satu buah pisang, Uncle Pear tunjuk buah pear dan terus makan itu buah pear. Sejak dari itu kuncu-kuncu ketua gengstar menggelarnya Uncle Pear hehe

Sebelum Uncle Pear mati dia mahu melawat negara asal tanah tumpah darahnya dan ada kaitan dengan kasut sutera itew. Selagi dia tak dapat balik ke Korea Utara, dia akan bual hal, meragam dan marah² anaknya. Untuk pergi ke Korea Utara mungkin sangat leceh procedur nya. Tau je la kan Korea Utara tarak ngam sama itu Korea Selatan.

Kemudian si anak pon mendapat la idea ni iaitu menyuruh Man Soo mereka cipta sebuah set lokasi yang berwajah seperti tempat di Korea Utara yang Uncle Pear nak pegi. Si anak mungkin beranggapan pengidap Al-Zeimer seperti ayahnya senang dia nak kelentong.

Maka Man Soo pon form la tim produksi pilem baru dia dengan menjalankan ujibakat siapa yg boleh bertutur dialek Korea Utara, siapa yg boleh masak makanan tradisional Korea Utara, siapa yg tahu nyanyi lagu kebangsaan Korea Utara dan sebagainya yg berkaitan ngn Korea Utara untuk berlakon dalam pilem terbaru nya itu bagi meyakinkan Uncle Pear bahawasanya dia bebetol telah jejak di Korea Utara.

Anda pasti tergelak tengok bagaimana mereka menyiapkan bandar Korea Utara yang palsu iteww haha. Tergelak bukan sebab derang buat lawak slapstik tapi derang yo yo an buat keje. Kasihan Uncle Pear. Tapi walaupun keadaan Uncle Pear begitu, namun anaknya yg berjiwa gengstar itu masih tak sampai hati nak menempatkan Uncle Pear di umah orang tua-tua dan cuba jugak untuk penuhi impian Uncle Pear.

Sangat menarik ini citer. Anda tengok la sendiri. Anda pasti suka citer Korea macam mana saya suka hehe

No comments: