Saturday, January 28, 2006

Filem : Naina (2005)




Synopsis

'Naina' is a story of a young girl who loses her eyesight and her parents in a freack accident in London on a day of solar eclipse. Twenty years later, she is bestowed with the gift of sight. Thanks to the marvels of modern science, a cornea implant brings her vision back. Her period of darkness is over... or is it?

Citer seram industan. Pelakon utama Urmila Matonka. Diilhamkan dari citer The Eyes dan Sixth Sense.

'I can see dead people'.

Selain nama orang Naina juga bermaksud mata. Dalam kes ni maksud dia 'mata yg jahat' ye ols. Tapi rasanya mata tak jahat. Yang jahat tuan punya mata iteww :P

Kisah mengenai Naina yang menetap di London tidak boleh melihat lepas mengalami eksiden sewaktu kecil. Serpihan kaca memasuki mata dan merosakkan kornea. Lepas tu bila dah besar dia dapat mata baru. Dengan mata baru dia mengalami suasana pelik. Dia sering diekori dengan bayang² ngeri. Paling 'menakjubkan' dia boleh melihat ajal seseorang melalui mimpi. Bila dia mahu bertindak untuk menyelamat rescue 911 tiada sapa yang percaya dan anggap dia sakit jiwa.

Nampak pe tu Naina? Pulanggkannnn...

Maka Naina menyuruh dokter peribadi dia siasat 'mata' dia dapat dari mana. Siasat punya siasat mata dia berasal dari India (wah jauh mata tu travel dr India ke London:P) Lantas pergi la Naina balik ke India untuk mengetahui kenapa tuan punya mata asal asek mengekori dia (sebab bila Naina tengok cermin wajah org lain yang kelihatan) Pemilik mata asal juga perempuan *muzik latar...perempuan koo harapannnnn… * :P

Satu misteri berjaya dibongkar oleh Naina berkaitan dengan 'mata' iteww. Ending dia menyentuh perasaan. Bukan sebab dia dibunuh secara kijam atau dirogol berjemaah (sbb bleh agak citer industankan). Roh seorang anak yang bunuh diri tak tenteram bila mak dia tak restu 'perbuatan' dia. Twist yang menarik. Aku teka musti dia mati kena rogol kemdian dibunuh sbb ada watak lelaki ketua kampung yang bengis bermisai ala² Sajen A. Galak. Rupanya bukan. Perempuan tu nak minta tolong Naina kejutkan mak dia supaya dia boleh 'pergi' dengan aman. Dia bunuh dirik sebab mak dia pun tak percaya ngn dia yg dia ada kebolehan melihat ajal orang terlebih dahulu.

Pembukaan citer Naina buta, penutup citer buta balik. citer. Kalu tak buta balik tak abis la citer. Tak brape seram tapi saspen gak. Tutup² muka gak la hehe

No comments: