Sinopsis :
Filem ini mengisahkan mengenai sekumpulan anak muda yang ingin menjadi kumpulan rock yang berjaya di tahun 80-an. Pelbagai halangan dan dugaan ditempuhi dan akhirnya mereka berjaya ke peringkat akhir pertandingan. Di sinilah babak menarik dapat disaksikan, keadaan menjadi gamat dengan suasana rock ditambah pula dengan kehadiran Amy Search dan Man Kidal selaku hakim pertandingan Battle Of The Bands.
Kredit sinopsis : www.filemkita.com
ni musti ada baling enpon kat rel ketapi bila frust nyanyi lagu rock :P
Citer ni menggelikan hati aku dari mula hingga akhir. Tengok cara depa berpakaian, tengok lakonan bersahaja depa. Tak perlu dialog² cipan utk mewujudkan unsur lawak yang bagai memaksa org bergelak. Realitinye memang klakar la bila pikir balik mana dapat idea nak pakai cam tu. Mungkin tu la yang di katakan style rock. Khir Rahman aku rasa dia pelakon yang bagus tapi mungkin rupa paras yang kurang jadi dia tak bape menonjol. Faktor tambahan yang buat citer ni seronok ditonton sebab tak de Erra Fazira, Rosyam Nor juga Saiful Apek ha ha ha. Tapi aku tetap nonton filem Melayu sapa jua pelakonnya.
Jalan citer Rock lurus sahaja. Cuma tengok dan hayati apa yang hendak di sampaikan oleh pengarah. Tak sepening cam aku tengok Pontianak Harum Sundal Malam 2. Fokus utama filem ni mungkin pengarah nak mengembalikan kenangan zaman rock era 80an dengan selitan lagu² rock yang popular hingga sekarang seperti Dari Sinar Mata (kumpulan BPR), Isi dan Kulit, Pelesit Kota (kump Search). Lagu Rozana ada sket kedengaran. Taman Rashidah Utama (kump Wings), Ku Dihalaman Rindu, Tiada Lagi Kidungmu dan satu lagi lagu Lefthended aku lupa tajuk Debunga Wangi ke hapa. Ada lagu rock jiwang lain yg aku tak penah dengo. Lagu masa RimbaBara masuk bertanding yg Amy Search jadik juri. Lagu kumpulan pe ek? Ada gak terselit lagu 70an Wajah Kesayangan Hamba terus terbayang Bob AF2 haha (sbb dia nyanyi lagu tu masa minggu pertama) dan satu lagu 60an. Lepas abis tengok citer ni rasa cam nak pi beli cd lelagu rock.
Cuma ada beberapa bhg yang aku tak puas ati bila part potongan lagu bila nak masuk babak lain. Praapp…tetiba lagu terhenti masa tengah syok dengar. (tok Kak Aidid, Kefli tiada bakon dalam ini gambar yach huhu) Laluan Rimba Bara untuk jadik artis rock terkenal tahnair sangat mudah sebab tak pernah tewas bila masuk bertanding. Sepatutnya masa Amy (Q Haider) ceret beret tak leh nyanyi group depa dapat nombor 2 atau 3 atau depa tarik diri sebab ketiadaan penyanyi. Kejayaan ujibakat penyanyi Malaikat Maut menyertai Rimba Bara pun mudah. Kesian kat Amy, sahabat mereka yg terpaksa direjek bila ada org baru.
Aku ada kaum kerabat ahli kumpulan rock. Bila tengok citer ni tingat kat depa. Cara pakaian, style rambut, misi depa, cita² depa. Cemana masa kecik dulu kena leter, bebel sbb belajo malas asek ingat nak petik gitar. Sama mcm bapak Zack suruh Zack cari kerja lain jangan main muzik. Tapi bapak Zack lupa keturunan Zack ramai berdarah seni. Kemana tumpahnya kuah kalu tak ke nasik. Zaman rock aku besa² je dengar lagu rock. Tak de fanatik memana kumpulan. Sebab mak aku tak bape bagi dengo muzik² ni. Takot terjebak nak jadik artis la konon haha Sebab kalu ikot sahsiah keturunan keluarga belah mak aku kebarangkalian tok jadi artis cerah.
Antara konsert rock yg aku pi. http://mahhass.diaryland.com/search.html Skali skala layan rock best jugak. Iklan : Sapa mau pi konsert Peter Pan 1 Jan 2006? huhu
Jadi kepada anda saksikan la citer ni pasti anda tak kering gusi dengan lakonan Q Haider, Hasnul Rahmat, Khir Rahman (cam nama bapak aku daa), heroin org baru kot bleh tahan berlakon, Kumpulan Malaikat Maut (muahahahahaha yo yo oo menakotkan). Di akhir citer ada kematian diiringi lirik lagu ni. Sayu lak part ni.
Oh sayang
Damailah
Kau di sana
Di sisiTuhan
yang Esa
P/S : Perkara yang sinonim dengan 'rock' kat mesia ni pada aku…busuk dan dadah. Lalu la tepi rockers musti bau busuk punya. Suo jin bape kurun tah tak basuh hahaha
P/S : Perkara yang sinonim dengan 'rock' kat mesia ni pada aku…busuk dan dadah. Lalu la tepi rockers musti bau busuk punya. Suo jin bape kurun tah tak basuh hahaha
No comments:
Post a Comment