Dah lama dah aku beli cd ni. Masa bulan puasa aritu. Beli sekali ngn vcd MTV Karaoke Juara AF3 kat Tower Record KLCC. Malangnye aku terlewat nak tulis pasal album yang MUSTI BELI ni sebab masa tu aku tengah 'kemaruk'. Tak nampak org lain dah ;)
Masa dapat tau album Adibah Noor dah release aku terus pi carik kat kedai cd kat Giant USJ (paling dekat nak pi time lunch). Budak tu kata tak de jual. Tak semua kedai ada jual cd Adibah Noor dia kata. Kat Tesco ada dia kata. Oh ok...aku blah ngn sikit kuciwa. Memang aku nak beli album Adibah Noor kalu dia ada buat album sebab aku memang suka suara penyanyi yang mempunyai badan yang besar. Tak de sapa hasut suruh beli atau terpengaruh dengan sapa². Aku memang support penyanyi badan besar ni yang salunya masuk kategori kurang cantik dan kurang ensem. Kalau seme minat yang ensem, cute, macho kesian ngn yang tak masuk ketegori cam tu. Dan tidak dinafikan Adibah Noor punya suara yang bagus. Memang tak rugi beli album ni.
Semua lagu sedap di dengar. Paling aku suka sudah tentu Terlalu Istimewa. Kemudian Kelabu, Ikan di Laut Asam di Darat, Joget Hati Senang, Begitulah Asmara, Fantasia Sebuah Cinta. Eh seme la sedap. Sebab aku minat lagu² Korea, ada 1-2 lagu aku prasan muzik dia cam lagu² drama Korea hehe. Macam Fantasia Sebuah Cinta dan Kelabu nye melodi. Lirik lagu dia ada yang berkisar tentang sikap rendah diri akibat gumuk. Steady Adibah Noor.
Track lagu ada 11 campur minus one skali berjumlah 17 track. Track lagu :
1. Detik Itu
2. Putih
3. Fantasia Sebuah Cinta
4. Joget Hati Senang
5. Terlalu Istimewa
6. Kelabu
7. Ikan di Laut Asam di Darat – Ingat Raju dan Suparjo
8. Pengorbanan
9. Begitulah Asmara
10. Hanya Restu
11. Terlalu Hina
Pada yang belom dapatkan album ni sila la beli cepat. Unless anda ada bersikap bias terhadap penyanyi² gemuk. Sedap mcm mana pon dia nyanyi anda tak kan beli album dia sbb anda rasa anda lebih cantik dari Adibah Noor. * jangan macam tu...first class baik, second class pon baik...saya penat kayuh * hahahaha
Sekarang tengah dengar album Maharani Nikki.
Sapa yang mau cd bersign Nikki macam saya boleh la beli dengan Abg Badrul Lepas Enam. Lawa tau tulisan Nikki.
No comments:
Post a Comment