Pape pon kita citer makan dulu. Antara makanan yang dimakan semasa di sana.
Di hotel restoren tempat kami menginap
Nyam nyam dimsam. Dah lama nak makan dimsam kat Brunei akhirnye ketemu
Nyum nyum nyum
Haa ni namanya 'ambuyat'. Makanan tradisional Brunei. Di perbuat daripada sagu
Lauk pauk yang di makan bersama sagu iteww. Ada ikan goreng, sayur pakis, daging goreng lazat dan pencicah ambuyat yak itu sambal binjai yg pedas² masam. Campur dengan tempoyak pon boleh. Yang kayu ala² chopstick tu tok menyedok sagu kemdian dipusing²kan dia sampai bulat muat masuk ke dalam mulut. Sebelum dimasukkan ke mulut dicicah ke dalam sambal binjai seperti dalam gambar. Aku leh makan takat 3 suap je. Peh tu serender oder nasik puteh...hehe
Yang ni plak soto Brunei. Rasa dia lebih kurang soto kat Mesia gak. Nama spesel soto di atas ialah 'soto kawen' sebab nye mee kuning kawin sama mee putih. Kawin campur la ni hehe
Ni namanya soto solo atau single. Sebab aku single aku oder la soto ni hehe
Aku prasan kedai makan kat Brunei setiap meja ada complete set seme benda² ni. Memudahkan kita. Tak payah nak panggge waiter 2-3 kali mintak lada potong la, garam la, gula la, cili sos la. Kadang servis dia boleh buat kita sembelit tunggu.
Ni plak lontong Brunei. Makan kat umah mak sedara Ckin. Sedapp hingga menjilat sudu
Agar² kelapa muda. Makcik Ckin buat
Yang ni namanya....aisehmen lupa lak. Kulapis ke hapa nama dia. Dia pulut mcm lemang la. Tapi pulut dia halus dan lembut. Enak di makan begituuuu sajeeee
Sekian dulu segmen pasal makanan. Harap anda seme terlio la yek :D Kita jupe lagi di lain segmen.
No comments:
Post a Comment