Tuesday, December 13, 2005

Album : Maharani Nikki



Pada awalnya memang agak sukar nak dengar lagu dari sorang penyanyi yang kita tak kenal dan nak terima lagu baru dari penyanyi baru. Bila tak dikenali musti la tak minatkan so cemana nak dengar lagu² Nikki nih. Aku cuma kenal Nikki sebagai peserta Malaysian Idol 1 sama Jac Dina, Andrew Aidid :P dan yang lain. Ada la dapat tau sikit pasal Nikki asal mana, umur brape dari blog klubbkidd. Nampak entry pasal pasal Nikki...oh ok *buat muka tak interested ala mr.bean* :P

Album ni ada 2 cd dan ada 24 lagu kesemuanya.

CD Satu
1. Imaginasi
2. Caramu (menampilkan Zahid rapping)
3. Perang atau Cinta
4. Cinta Baru
5. Julangan Permata
6. Bahagia Selamanya
7. Janji
8. Aku Maharani
9. Hey! Hey!
10. Pinta
11. Sunudai Oku
10. Caramu (Zahid tak de)

CD Dua
1. Caramu (Sex and the City Remix)
2. Perang atau Cinta (Hip-Pop Remix)
3. Hey! Hey! (Lolli-Pop Remix)
3. Cinta Baru (Maharani Remix)
4. Janji (Chaos Club Remix)
5. Pinta (Chaos Club Remix)
6. Julangan Permata (Midnight Acoustic Mix)
7. Janji (Midnight Acoustic Mix)
8. Imaginasi (Midnight Acoustic Mix)
9. Pinta (Vintage Mix)
10. Pinta (Minus One)
11. Sunudai Oku (Minus One)


peminat kucing ropanya

So aku dengar melodi dan muzik dia dulu dari CD Satu yang mana selesa ditangkap oleh telinga. Dan aku dapati aku suka Imaginasi, Caramu, Perang atau Cinta, Aku Maharani, Hey! Hey!. Paling suka Caramu sebab bunyi dram. Tingat brass band kat skola dulu hehe.

Aku prasan suara Nikki cam Idayu sket...terutama 'whistling' part iteww. Paling ketara masa pes taim dengar lagu Pinta kat Era. 'Eh eh cam Idayu la'. Komen spontan. So pas ni aku kena beli album Idayu nak compare ngn Nikki dari segi suara. Intro Pinta ingatkan aku lagu Tekad. Oh...patut lah Hazami nye lagu. Permulaan lirik 'Mentari.....' mcm lagu Ning Baizura Kau dan Aku kot 'Mentari menyinari...' Overall best lagu ni. 'Boleh pegi jauhh la' hehe Kemudian Bahagia Selamanya juga sedap. Lagu Sunudai Oku pon best. Memula dengar ingat lagu Jepun hehe. CD Dua seme sedap dengar. Dengar time trapik jem bes. Leh kasik release tensen.

Keseluruhan album ni berbaloi beli untuk wang anda walaupun Nikki artis baru. Orang Mesia biasa nye suka beli barang yang berbaloi ni. Pada aku ok sangat. Ye la 24 lagu dengan harga RM29.90. Maknanya 1 lagu berharga RM1.25 jer...hehe. Murah dengan kualiti kulit album, cd dan keseluruhan penyusunan lagu yg kedengaran begitu mantap. Mungkin sebab pembikinan album yang teliti dari segi masa dan faktor² lain. Aku suka warna cd nya yang keemasan. Nampak ekslusip dek non. Nak bandingkan dengan album artis realiti tv yang lain, aku tak dengar semuanya. Ni first produk MI aku dengar kesemua lagu dia. Lepas ni ingat nak try Daniel lak...huhuhu

Laman web Nikki Boleh dengar sket lelagu yang ada dalam album Maharani ni.

P/S : Thanks a lot pada badrul:)

No comments: