Aku terdengar kat dalam diari extended masa Mawi tengah pektis lagu Gadis Melayu, pektis guna versi Gadis Melayu Jamal Abdillah dan bukan Othman Hamzah. Susunan muzik pon lain. Rock dangdut dut. Hmm lam ati kata bila masa lak lah Jamal nyanyi lagu Gadis Melayu ni. Tak penah dengo pon. Maka misi mencarik cd nyanyian lagu Jamal Abdillah pun bermula. Nak dengo gak lagu Gadis Melayu versi Jamal. Nak compare ngn Mawi hahaha worlddddddd. Depa kata kat Radio Era dah putar lagu ni. Tapi aku lom sempat dengo.
Akhirnya ketemu jugak. Ropanya Jamal Abdilllah ada mengeluarkan album terbaru tajuk 'Aku Penghibur'. Dia menyanyikan semula lagu² yang pernah hit dari tahun 50an hingga kini sebagai tanda penghargaan terhadap komposer, penyanyi dan lagu yang beliau sanjungi. Setiap lagu yang dipilih ada sebab tersendiri. Album ni diterbitkan oleh Fauzi Marzuki bersama Arab.
Antara lagu-lagu yang terdapat dalam album ni :
1. Malam Minggu Yang Mesra
Senilagu & Senikata : A. Riyanto
Penyanyi asal : Broery Marantika
Hahaha aku terbayang Bob masa tengok tajuk lagu ni *wat tangan lambai mesreeeee* Lagu ni lagu Indon popular sekitar tahun 70an nyanyian Broery Marantika.
2. Aku Cinta Padamu
Senilagu : LY
Senikata : Baiduri
Penyanyi asal : Siti Nurhaliza
Menurut Jamal(dipetik dari kulit cd), lagu ni lagu yang paling sukar untuk dihayati. Bukan mudah untuk penyanyi lelaki menyanyikan lagu yang pernah di nyanyikan artis wanita lelebih lagi dinyanyikan oleh bintang yang gemilang, risiko nye terlalu tinggi kerana terlalu memikirkan perkara ini. Proses rakaman vokal terpaksa diulang beberapa kali.
3. Gadis Melayu
Senilagu & Senikata : Munief
Penyanyi asal : Othman Hamzah
Penampilan istimewa : Joe Wings
Komen antara Mawi ngn Jamal. Mawi dikata punya tone cam Jamal sket. Dedua nyanyi bes. However nyanyian Mawi kedengaran lebih 'fresh'. Almaklum beza umo Jamal ngn Mawi bape kan. Dekat 20 tahun beza of course sore ada beza sket. Yang pasti bila dengar lagu ni bek versi Jamal atau Mawi aku tingat kat Amy dan Amylea yang beriya nari masa bekap Mawi hahahaha. Worldddd. Aku suka arrangement muzik baru ni. Masa sessi World sama Super World, Super World cakap lebih kurang 'anda bakal menggantikan artis² yang akan pergi tak lama lagi' terus aku terbayang Jamal Abdillah.
4. Menaruh Harapan
Senilagu : A.Ali
Senikata : Habsah Hassan
Penyanyi asal : Zaiton Sameon
Menurut Jamal lagu ni antara lagu yang menjadik darah daging sepanjang usia saya. Aku rasa lagu ni tak lekang dek ujan tak lapuk dek panas. Sedap didegar setiap masa. Senikata dia sangat mendalam.
5. Lagu Gembira
Senilagu & Senikata : Copyright Controlled
Penyanyi asal : Err tak de tulis lak sapa.
Artis duet : Ning Baizura
Jamal ucap sekalong doa dan Al-Fatihah buat Saudara Eddie Ahmad. Rasa nya lagu lama nih. Lagu dia cam ni
Andai aku pandai menyanyi
Tua muda miskin dan kaya
Tentu suasana gembira
Mendengar suara merdu
Bagai buluh perindu
Banyak orang rindu
6. Aku Penghibur
Senilagu : Dato Ahmad Nawab
Senikata : Rina
Penyanyi asal : Ada 2 versi Sudirman dan Broery Marantika
Intro lagu ni
Ku nyanyikan lagu ini
Lagu riang dang gembira
Marilah dikau bersama
Menyanyikan lagu indah
7. Berita dari Rantau
Senilagu : Alleycats
Senikata : M.Nasir
Penyanyi asal : Alleycats
Jamal pilih lagu ni sebab Alleycats adalah sebuah kumpulan muzik yang bermakna dalam perjalanan nya meraih kegemilangan sebagi penyanyi. Dan dia menang Bintang RTM nyanyi lagu Alleycats. Aku tak bape familiar ngn lagu ni. Peminat Alleycats sure tau. Dua kali dengar cam lagu raya pon ada hehe
8. Oh! Di Mana Mustika Hati
Senilagu : Ahmad Nawab
Senikata : Hamidon Zain
Penyanyi asal : Datuk Sharifah Aini
Lagu yang dicipta oleh Dato’ Ahmad Nawab seorang komposer yang begitu sinonim dalam karier Jamal sebagai penyanyi. 'Bang Mat budimu akan ku kenang sampai bila²'
9. Mencintaimu
Senilagu & Senikata : Bebi (bukan bebi ijin yach) hahaha
Penyanyi asal : Kris Dayanti
'Mampukah saya untuk menjiwai dan menyampaikan lagu ini sebaik penyanyi asal? Hasilnya mungkin akan menjadik satu kontroversi..'
10. Seroja
Senilagu & Senikata : Copyright Controlled
Penyanyi asal : S. Effendi
Menurut Jamal, antara lagu yang mejadi darah dagingnya. Lagu yang menjadik siulannya dari usia muda hingga kini. Tak pasti sapa pencipta lagu ni.
Tagline album :
"TAK PERLU LIHAT SIAPA YANG MENYANYIKAN TETAPI DENGAR APA YANG DISAMPAIKAN"
Bagi peminat Jamal Abdillah album yang berbaloi untuk dibeli dan di buat koleksi. Harga asli di Speedy, Tower Record, Kedai Muzik Abdul Wahub juga tempat² yang sewaktu dengannya ialah RM34.90. Harga kat Carrefour Subang Jaya RM27.90 saja. Beli la dengan bijak. Worlddddd huhu

No comments:
Post a Comment