Sunday, February 13, 2005

Ke-malang-an



Kemra kesayangan juga kemra carik makan aku :P ter-eksiden dan 'mati' di tempat kejadian. (baca : tak boleh guna langsung walau direpair oleh pakar² kemra tempatan mahupun antarabangsa uwaaaaaaaaaaa) Sikit je cedera kat tempat nak tekan amek gamba. Punat dan wayar² terkeluar *hancur hati ku mengenang dikau jadi keping keping setelah kau pergi...*

Kisah berlaku pada...jeng jeng jeng (roll vt)

Jumaat 11 Februari 10.45 mlm Plaza Tol Damansara

Henbeg aku terjatuh dari kereta semasa nak bertouch 'n' go. Biasalah pemandu kaddang² bukak tingkap, kaddang² bukak pintu bila nak bertouch 'n' go. Terjatuh akibat kecuaian dan aku tak sedar langsung. Dan kemungkinan besar kereta aku yang langgar sendiri henbeg lalu menghentam kemra yg ada dalam henbeg atau mungkin kereta lain di belakang. Bedah siasat sedang dijalankan utk mengetahui siapa pelanggar kemra aku yang sebenar

Dalam henbeg ada :
a) Purse (dalam purse ada duit RM 100 ++, kad kredit, kad ATM, IC, lesen memandu, bil company yg belum claim, gambar bersaiz passpot, dan lain-lain)
b) Kemra Digital Canon Power Shot A 70
c) Kunci rumah
d) Pass tag utk lepas guard kat rumah

Lebih kurang jam 11.20 mlm aku terima panggilan tlefon (slang org Limbang :P) dari nombor yang tidak dikenali

Aku : 'Hello'

Pemanggil : 'Sapa ni?' (Aku memang pantang org call kita tanya sapa kita. Nasib aku tak loyar buruk sebab tengah drive)


Aku : 'Saya XXXX' (Sempat fikir jap nak bagi nama mana satu ek. Maklumlah aku ada 3 nama utk di 3 tempat yang berlainan hahaha. Bagi nama dalam surat beranak)

Pemanggil : 'Ni saya ada jumpa henbeg cik kat Tol Damansara’'

Aku : 'Jumpa henbeg saya???' (Eh bila masa henbeg aku jatuh kata dalam ati. Blurr jap. Kazen aku kat seat blakang pun nyampuk bla bla bla. Ya betul, baru rasa berderau)

Aku :
'Akak kat mana ni kat tol ke? Saya datang sekarang'

Pemanggil :
'Tak. Saya kat rumah kat Mutiara Damansara. Nombor rumah bla bla bla'

Aku : '
Ok saya datang sekarang'

(Nak menangis ada, nak suka pun ada. Yang pasti aku bersyukur ya amat)

Terima kasih yang tak terhingga pada Mak Ungku yang jupe henbeg aku. Ekceli driver dia yang jupe. Terima kasih banyak². Hanya Allah Taala saja yang dapat membalas budi baik Mak Ungku dan drivernya. (Ni bukan mak Kak Ungku Raja Azura tu tau hehe)

Masa serah henbeg, Mak Ungku pon pot pet pot pet citer mcm mana dia leh jupe henbeg aku. Kemudian dia kata ada kemra eh...pecah kemra awak kena langgar.

Aku bukak beg tengok kemra *oh tohan* 'Tak pe tak pe, dapat balik henbeg ni pun dah sukur' (Ayat kaber sedih)

Balik umah aku tak leh tido. Pikir kejadian yang baru berlaku dalam masa tak sampai 1 jam. Sedey tentu nya sedey kemra dah 'ilang' Macam² aku bayangkan. Kalau lah (ekceli kita org Islam tak elok guna perkataan 'kalau' sebab Allah memang nak benda tu berlaku. Kena redho)

Buat contoh je la untuk amek ikhtibar. Kalau lah org yang jumpa henbeg aku tu, org yang tak bertanggungjawab. Pengsan aku. Banyak keje nak kena buat, dah lah tengah pablik holiday ni. Nak kena buat polis report. Kena buat report kat Subang lak tu, area umah sebab memudahkan keje. Keje apa tah aku lupa. (Menurut kawan aku yg penah ilang ic la. Lepas tu kena create citer lain cemana ic leh ilang) Nak call credit card center, nak itu nak ini. Lebih haru aku tak boleh masuk rumah sebab kunci rumah dalam tu. Osmet seme balik kampung.

Kemudian terfikir akan kuasa Allah. Masih sayang aku walaupun aku selalu cuai rohani dan jasmani. Minta Ampun Ya Allah. Kecuaian yang sungguh mengengsapkan.

Ada 3 benda yang jadi penyelamat aku pada malam tu jugak. Yang mana aku boleh dapat balik barang² aku.

1) Gambar bersaiz paspot. Kat belakang gambar tu aku tulis 'Kepada sesiapa yang terjumpa dompet saya ni tolonglah kembalikan pada saya. Kalau ada duit ambil la saya halalkan'. Tulis nama penuh, 3 nombor telefon utk dihubungi nombor henpon, nombor tel. opis dan nombor tel kampung)

2) Henpon : Aku letak henpon dalam poket seluar jin. Aku tak suka letak dalam henbeg sebab tak dengar kalau ada call atau sms

3) Org yang baik iaitu Mak Ungku. Secara moralnya kita berbuat baik je la dengan semua org.

So sekarang ni berfikir nak beli kemra atau henpon berkemra...hahaha dan aktiviti² dibekukan sementara sebab penulis masih dalam aroma trauma sewaktu di plaza tol.

Oh btw, dalam pukul 6 ptg sewaktu di Ikea jumpa sama Bob. Rambut dah kaler merah. Sempat tunjuk ngn aku bekas² ciken pok dia. Mesreeeeee.


No comments: