Thursday, December 16, 2004

Raily-ly Fun Hunt 2004




Pertama kali aku menyertai treasure hunt pada tahun 1998 anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Eng Securities Sdn Bhd, Johor Bahru (kompeni lama). Treasure hunt berkereta dari Jalan Tun Razak hingga ke Desaru. Sangat la best nye. Arakian, pada 12 Disember 2004 lagi sekali aku melibatkan diri dlm acara treasure hunt ni. Kali ni anjuran The Malay Mail dan KL Monorail. Treasure hunt dengan monorail. Wah, menarik tu bunyik nye. Treasure hunt menggunakan monorail. Hmm mcm mana le gamaknye ek *urut2 dagu dgn muka yg musekil* Thanks to Kak Aidid sebab sangat la kobarnya ajak hehehe. Aku pun ok jek, terus join. Aku tatau pape pasal ini hunt sebab tarak beli Malay Mail. Kat opis subscribe The Star dan NST jua.


Baik lah usah kita buang masa. Mari kita sama2 menyelami bagaimana mereka-mereka ni semua(termasuk saya..ngeh ngeh) mengharungi detik yg sungguh bersejarah dlm idop memasing. Pahit maung, penat lelah tahap cipan, masam manis bau ketiak, suka duka..suka bila mana salah sorg team juara karaoke dan duka bila mana nombor memasing tak kena panggil dlm semua bahagian iaitu cabutan bertuah, top 30, nama team yg paling kreatif, juara jauh la sekali...kuang kuang kuang. Namun kami tetap berasa seronok kernaaa dapat byk goodies...yippeeee
Pendaftaran


Kami geng seramai 6 org (3 kumpulan) telah mengambil bahagian. Pendaftaran bermula jam 8pagi di stesen monorail Tun Sambahthan. Lebih kurg 1000 lebih org menyertai treasure hunt kali ni, yg mana tahun lepas mereka limitkan hanya 200 org. Tahun depan mungkin ramai lagi kot berikutan respon yg begitu menggalakkan *tepok *tepok*


Tepat jam 10pg, selepas mendengar taklimat drpd marshal, kami berbondong2 menuju ke rail utk menuju ke stesen Titiwangsa utk mengambil soklan. Ada 11 stesen monorail kesemuanya seperti berikut (ikut turutan)

1. Titiwangsa
2. Chow Kit
3. Medan Tuanku
4. Bukit Nanas
5. Raja Chulan
6. Bukit Bintang
7. Imbi
8. Hang Tuah
9. Maharajalela
10. Tun Sambanthan
11. KL Sentral
(secara tak langsung aku dah boleh hapal kesemua stesen, yg mana ni kali kedua aku naik monorail. Kali pertama naik monorail masa nak pi Maju Jangsen jupa itu budak tudung pink yg baru dapat result PMR...teka teka sapa...hahaha)

Di setiap stesen ada klue dan tugasan. Kena baca soklan bebetul. Idak kalu kena patah balik. Bila patah balik dah buang masa, tenaga, peluh, haba dan sebagainya. Kami pun berdiskusi soklan2 yg ada pada ketas soklan.


The Incredibles Team. Loving couple

The Sempoii Team (From HayGroup...idop Emkop Mol :P)

Anda mau terai jwb soklan?? Ok cuba jwb soklan ni. Berapa orgkah di belakang anda yg menyertai treasure hunt ini? Memasing dah alamak...kena tengok balik senarai nama yg depa dok tampal kat stesen Tun Sambantan tadi. Dlm 1000 lebih org kot. Tak pe karang kita tengok balik list tu, kata Kak Aidid. Hahahaha *gelak guling guling* bila tau mana dapat jawapan. Jawapan nya ada kat gamba bawah ni. *eh ni apa gambar org-org ni...ni bukan org pakcik...ni mambang...mambang kepala otak ko jambul* Belakang tu bermaksud org kat belakang t-shirt yg kami pakai...huk alaaa *memasing joget zapin dlm monorail* :P
Berapa mambang u all kira ada?

Soklan seterusnya. Klue nya diambil dari Malay Mail Sabtu 11 Disember.

Kak Aidid pose bersama soklan

Klue pertama : ' Colin Montgomeris hit a 5-wood into about 8 feet for eagle on the 15th hole, giving him a 4-under 67 and a share of the lead with Tiger Woods and Jim Furyk after the World Challenge first round on Thursday'

Klue kedua : 'Woods, who turns 29 at the end of the month, married Swedish nanny Elin Nordegren...bla bla bla....'

Soklan : Berapakah jumlah score Tiger Wood campur dengan usia nya? (haa jawab jawab)

Tu je kot soklan2 yg bole dikongsi sama. Soklan2 lain seme berkait ngn stesen2 yg diberi. Kami di beri masa dari 10pg hingga 2.30 ptg utk menjawab soklan dan tugasan2 yg diberikan. Antara tugasan yg perlu dibereskan ialah membuat ketupat. Tima kasih pd Sempoii dan Bib yg reti buat keputat. Nak harapkan Ijip makan isi ketupat dia terer kot..hahahaha (jgn marah Ijip...peace)
Mao submit jawapan

Dekat kol 2.15ptg seme lintang pukang lari. Masa tu kat Berjaya Time Square. Sib baik tak kena naik benda alah ni...apa kenama nya tah. Lepas naik baru dapat cop. Maknanya tugasan telah diselesaikan. 2.29ptg sampai kat Wisma Monorail (di stesen monorail Tun Sambanthan) utk submit segala-gala. Rupanya masa di extendkan ke pukul 3ptg. Tengok kat tangan orang lain ada tin Neskepi 3 in 1. Kitaorg tak de. Hahaha...lintang pukang lagi pi beli Neskepi lak. Ingat dah beres. Pi plak 7-11 yg lebih kurg 500km dr Wisma Monorail tu. Adehhhh...memang pancit giler. Kalu ikut ati mau purak2 pingsan je kat tengah jalanraya tu.
Sib tak kena naik benda ni. Tobat nak naik mender ni pas kat Sanwei Legun dulu (Eh Krismes ni genap setahun kita pi Sanwei Legun tau hehehe)

Waktu nak submit jwpn dalam masa yg sama pendaftaran utk sesi karaoke di jalankan. Bagaimana pun kami tak sempat nak saksikan juara karaoke nanyi sebab giliran dia no 3 nyanyi (kemain kobar nak karaoke hehe) Waktu tu kami tengah berimpit2 dan berasak depan pintu Wisma Monorail tu nak submit jawapan. Selesai dapat goodies kami pi makan kat tempat yg disediakan. Apa lagi melanduk la memasing [Melanduk di sini bermaksud makan dengan senyap2, org senyum kita senyum, org sembang, kita senyum gak. Tetau makanan dah abis...err betol ke ni??]
Sesi melandok...hahaha

Lepas makan, tengok org karaoke yg tak abis lagi. Beralih tempat depan sket. Makan td kat belakang. Punya la ngantok. Nombor haram tak naik. Lebih kurang kol 6 kami beransur balik sebab keputusan utk kategori A-Adults dah diumumkan. Demikian la al-kisah nya. Sehengga kita berjupa lagi di tahun hadapan. Majulah treasure hunt utk negara.

Pemenang karaoke. Juara yg tengah tu. Nama nya Abg Is, wife dia nama Kak Aidid...hehe


Berikut di senaraikan goodies2 juga benefit yg kami terima. Bayaran pendaftaran cuma RM20 shj yach dan kami mendapat semua ini. Kuantiti dapat 1 setiap sorg. 
1. Tiket monorail berharga RM20
2. Air mineral Spritzer 600 ml
3. Anlene dlm tin
4. Brekpes nasi lemak / mihun goreng dan karipap (Ijip dpt 2)
5. Sandwich dan wafer (utk lunch)
6. Hi-tea (mcm2 ada)
7. Bag nescafe
8. Shower cream Lux spa
9. Note book-Creative products
10. Nescafe 3 in 1
11. Video Ezy - voucher discount
12. Lakerol sugarfree pastiles
13. Dove moisture cream shampoo(sample)
14. Ponds soothing cucumber eye treatments
15. Focus Point - Cash voucher RM20 (valid until 31 March 2005)
16. Swensen's dining voucher RM10 (valid until 12 Mar 2005)
17. Snips Academy - free hair services (valid until 12 Jan 2005)
18. Seed Cafe - discount voucher (valid 31 Jan 2005)
19. ID tag tu entitles for 3 weeks free fitness membership
20. Topi
21. T-shirt kaler merah
22. Pe lagik ek?

Huhuhu lumayan sungguh hingga penat menaip satu per satu. Terima kasih pd seme penaja. Tahun hadapan taja la lagi ek :)
Posing sblm balik

No comments: