Selepas membaca ulasan oleh http://walidskrin.blogspot.com/ dan di blog skrin Spiral http://mahhass.blogspot.com dan juga ulasan oleh malique, saya ada sikit teruja mahu menonton ini pilem walau pada hakikatnya hati kecil ini sangat la takut utk menonton citer seram a.k.a hantu di panggung. Almaklumlah di panggung skrin nye beso pasti muka hantu kelihatan dengan jelas...hehehe. Bukan pe bila dok sensorg kat umah tu saya tetiba akan ingat pada benda2 yg menyeramkan, terus imagine benda2 tu berada di sebelah kita hehe.
Faktor utama yg mendorong sangat nak pi tengok citer ni ialah citer ni berkisar tentang kemera dan photo sebab saya punya kemra dan suka amek gamba. Kebetolan jenama kemra pon sama dengan yg saya iaitu Canon * uwaa pasti teringat akan antu dlm pilem ni bila pegang kemra Canon * hehe. Lakonan Ananda Everingham sebagi Thun (yg mamat encem tu sebagai photographer), Natthaweeranuch Thongmee sebagai Jane (ropa dia cam sorg aktess Mesia yg bakon citer Pontianak jd isteri Azri Iskandar...apa kenama dia tah) , Achita Wuthinounsurasit sebagai Netre.
Kisah bermula...jeng jeng jeng...seharum bungaaaa yg menggodaaaa *back ground musik*...Thun dan Jane balik dari satu majelis menom-menom. Jane drive keta masa balik, dok tengah sembang2 tak perasan ada org kat depan, pas tu terlanggar orang tu. Lepas dah langgar Thun suruh cabut lari sebab tak de org pun kat situ yang nampak. Macam2 kejadian yg pelik berlaku pas tu bila mana Thun dan Jane kena kacau. Kejadian seterus nya berlaku masa Thun nak ambil gamba konvo kawan dia kat U yg derang blaja sesama dulu. Ada kepala antu pompuan terselit masa di Thun nak ambil gamba graduan reramai. Gambar yg di ambil masa konvo semenya tak bape molek. Thun saspek kemra dia rosak pastu gi hantar baiki kat kedai.
Jane plak rasa tak sedap hati pasal kemalangan tu. Main langgar lari cam tu, memang akan timbul rasa bersalah sekiranya kita seorg warga negara yang berhemah. Jane pun mulakan siasatannya sebab dia ada musekil sket dalam dia punya kepala otak. Bila tanya polis tentang kemalangan pd malam tu, polis kata tak de eksiden pon. Dia ada bermimpi mimpi yg seram2 gak. Pas tu 2 kengkwan Thun mati bunuh diri terjun bangunan. Sblm mati mereka mintak negatif gamba dr Thun sebab nak bakar negatif tersebut. Thun plak ngadu sakit tengkok lalu pi spital utk rawatan selanjutnya. Dokter kata tak pape, mungkin Thun kepenatan akibat kerja yg banyak kot.
Dipendekkan citer (haha mau panjang kalu sendiri tengok ini citer yach), antu pompuan tersebut iaitu Netre ialah girlfriend si Thun yg sama blaja dengan dia kat kampus yg ingin balas dendam sebab Natre telah diperkosa oleh rerakan Thun yg mana Thun sendiri terpaksa mengambil gambar semasa aksi perkosa itu dilaksanakan ('ciss kongasam betol...memang patut antu tu tuntut bela'...komen saya di dalam ati)
Saya suka akan garapan pilem ni bila masa semua adegan ada kaitan di antara satu sama yg lain. Walaupun anda akan tertanya2 masa tengah citer, ianya akan terjawab pada penghujung cerita. Saya faham setiap babak yg di paparkan sebab itu pasal saya suka ini filem. Akan tetapi bila scene malam saya terpaksa mengecilkan ¼ skrin panggung tersebut sehingga nampak kaki sahaja…hehehe Ada satu scene masa Thun tengah tido (waktu malam yach) tetiba selimut dia kena tarik dari bawah. Aduh sungguh seram utk melihat. Tengok pun intai2 je. Mungkin org belakang tertawakan saya. Kalu dlm citer ni antu tarik selimut, citer Ju-On antu ada dlm selimut, kesimpulan yg boleh dibuat ialah berhati2 semasa anda menyelimut masa nak tido. Make sure kaki di cuci bersih…hehehe
Alkisah, mayat si Netre ni belum dikebumikan lagi. Mayat Netre ada kat umah kerana mak dia terlalu sayang kat Netre tak mau kasik kebumi Netre. Tu yang roh tak tenteram. Mati lak sebab bunuh diri kerna kuciwa dgn Thun. Thun dgn Jane suruh mak Netre laksanakan upacara kebumi dengan sempurna. Ingatkan bila dah kebumi maka antu Netre tak kaco Thun dan Jane lagi. Sebelum di kebumi, roh Netre ada meninggalkan klue yg mana Jane dapat tahu peel Thun yg selama ni dia tertipoo ngn wajah ensem Thun. Klue nye berupa gamba yg di petik sendiri oleh kemra Thun dalam rumah Thun (seram wooo)…antu Netre la yg snap ni. Klue nye menunjukkan tempat dimana negatif gamba Netre kena perkosa. Hati Jane sangat robek bile tengok itu gambar dan segera meninggalkan Thun. Thun dengan amarah dan geram lantas mengambil gambar di setiap sudut rumah dia menggunakan kemra polaroid (alarr kemra yg gambar jadi segera) sebab dia tahu roh Netre masih ada dalam rumah dia. Thun menjerit..…'Kalau ko chentar banget sama aku, ko kluar cepat…..keluarrrrr' (dialog siam lepas dialih bahasa) Tetiba kemra tu jatuh, snap sendiri gamba Thun. Bila tengok gamba tu, baru Thun baru kenapa dia sakit tengkok. Thun dengan segera berlari melompat keluar tingkap. Adakah Thun mati? Jangan lupa saksikan citer ni di DVD, VCD yg terjual di kedai berhampiran anda. Best citer ni. Musti tengok.

Moral of the story : Kalau anda atau pasangan anda ngadu sakit tengkok, jgn pi jupe doktor dulu. Amek kemra tangkap gamba pas tu tengok gamba tu…kot2 ada alien dok bertenggek kat tengkok. Pulanggggkaaaannnn….
No comments:
Post a Comment