Saturday, December 25, 2004

Filem : Osama (2004)

Saya ‘geram’ dan ‘hangin satu badan’ menonton citer bila mana tengok kaum wanita dilayan sedemikan rupa. * tumbuk-tumbuk meja kayu sampai patah* Di bawah pemerintahan Taliban wanita tidak dibenarkan keluar rumah tanpa ditemani muhrimnya apatah lagi bekerja mencari nafkah untuk sesuap nasi dan menyara keluarga juga membantu bukan muhrim yg memerlukan khidmat anda yang mana anda ada kepakaran dalam bidang itu. Mencari nafkah terletak di bahu orang lelaki. Ya...tatapi bagaimana sekiranya sominya telah meninggal doniya dan perempuan tersebut tidak punya adek beradek lelaki juga anak lelaki yg ensem, macho serta perkasa??? Bagaimana ya?? Jika orang yang kurang imannya, membunuh diri adalah jalan yg terbaik.

Berdasarkan kisah benar yang berlaku di Afganistan semasa pemerintahan Taliban, pengarah pilem ini, Siddiq Barmak, mengajak kita melihat dan merasa apa yg sebenarnya berlaku di sana. (Ni citer kedua berkisar pasal Afganistan saya tengok selepas filem Kandahar). Lakonan hebat dari semua para pelakon yang tiada pengalaman berlakon rasanya. Marina Golbahri sebagai Osama, Arif Herati, Zubaidah Sahar dan lain-lain. Sebut nama ‘Osama’ musti kita teringat akan Osama Bin Laden, ‘hero’ WTC 11 September. Kalau kat Mesia ada 2 lagi Osama yg saya tahu, yak itu Osama Yamani (anak Jamal Abddillah) dan satu lagi org Negri Semilan salu sebot...‘Oooo sama la den’ huhu :P

Citer ni berkenaan seorg budak perempuan Afganistan berusia 12 tahun yg terpaksa menjadi lelaki selepas amma dia kehilangan kerja akibat hospital di tutup. Appa dia sudah meninggal semasa perang dan dia tiada adik beradek lelaki. Dia tak mao sebab takot nnti kena tangkap ngn Taliban.Tiada jalan lain sekiranya mereka mau terus hidop. Dia digelar ‘Osama’ oleh sorg rakan dia. Maka, bekerja jugak la dia di sebuah kedai kepunyaan kawan appa dia. Paling kesian bila mana dia bersolat berjemaah bersama-sama dengan org lelaki. Satu hari dia kena pegi kelas ‘perang’ juga fardu ain anjuran Taliban bersama bebudak lelaki yang lain. Taliban mao kasik train la bebudak ni dari kecik. Dalam kelas mereka belaja membaca Al-Quran, bermain-main dengan kereta kebal juga cara-cara mandi wajib utk lelaki. Adegan ni saya ada musekil sket la bila mana Osama berlenggeng (tidak memakai baju) dan turut serta dlm kelas tu. Hmmm umo 12 tahun rasanya dah...errr nampak ciri-ciri pompuan sket...hehe ‘Cekgu perut buncit’ tak saspek pape melainkan dia kata muka Osama ni mcm pompuan. * Selamat dia *



Dipendekkan crita, Taliban akhirnya tau gak dia pompuan bila mana seluo dia di basahi darah (paham2 sendiri la ek) hehe...masa dalam kelas. Kena tangkap masuk penjara. Pas tu pi mahkahmah kena bicara.(Bole tengok mahkamah Taliban mcm mana). Masa nak jatuh hukuman, cekgu perut buncit tu bisik-bisik sama hakim. Akhirnya hakim ampunkan Osama dengan syarat kena ikot cekgu perot buncit tu. Menangis la dia tak mo ikot sama itu cekgu. Rupanya cekgu tu ada ramai minik dan anak, mau tambah lagi satu. *uwaaaaaa cian sama Osama* Dia semuyik kan diri pon cekgu tu dapat carik. (umo cekgu tu dlm 60 tahun ++ kot). Saya suka pengakhiran cerita digarap, bila mana cekgu tu masuk dalam kolam air, mao mandi sama mcm dia ajar bebudak dlm kelas cara-cara mandi hadas besar *uwaaa lagik* Simbolik sket juga masa nak bg mas kahwin. Mas kawin berupa mangga pelbagai saiz. Bukan buah mangga mahupon majalah mangga yach. Mangga kunci pintu tu laaa...



Menyayat hati dan menyentuh perasaan citer ni. Jika anda suka kan yg terbaik, pi la tengok citer ni yang hanya ada di pawagam Midveli (bagi kaw Lembah Klang). Pilem ni telah menang beberapa anugerah seperti Best Foreign Language Film di 61st Golden Globe Awards, Best First Feature di London Film Festival 2003 dan Special Mention di Festival de Cannes 2003. Baru je lagik citer ni, opening 23 Dis arituh. Sempat pi tengok ajak seme org2 kampung ;)

Layari web filem ni di http://www.osamamovie.com

No comments: