Wednesday, December 29, 2004

Filem : Buli (2004)


Filem ini mengisahkan kehidupan seorang lelaki bernama Nordin yang menghadapi masalah kurang keyakinan diri atau ‘inferiority complex’ akibat bentuk fizikal badannya yang gemuk. Masalah dalaman diri yang bermula sejak dari zaman sekolah ini terbawa-bawa hinggalah dia menjadi seorang eksekutif syarikat komputer di Cyberjaya. Malah dia juga masih lagi menjadi mangsa buli rakan sekolahnya, Roy yang kebetulan muncul di tempat kerja Nordin sebagai pengurus. Ketika menghadapi konflik yang tidak menentu ini, Nordin bertemu dengan pakar sakit jiwa bernama Dr Ika yang kemudian membantu membina semula keyakinan dirinya. Dari situlah berputiknya cinta Nordin dan Dr Ika (synopsis dari filemkita.com)

Baru abis tengok VCD citer ni malam tadi. Malam ke-3 baru habis tangok . Saya suka lakonan Afdlin Shauki. Mungkin kepenatan dan banyak benda dalam pala otak ni, maka saya tak dapat ‘feel’ sepenuhnya bila tengok citer ni. Okke la citer dia. Lari sket dari acuan filem-filem Melayu yang ada. Ada beberapa adegan yang saya tergelak beso. Hahaha ada Din Beramboi dengan iklan obat kurus smart sop ‘Lu Slim Laa Beb’. Dah lama tak dengo lawak2 Din Beramboi. Tingat dedolu dengor rancangan Din Hiway kat THR. Pecah perut di buatnya.

Hahah…ada satu lagi adegan yang best bila mana Nordin membuat aksi ‘sutut’. Mengikut kamus dewan serbaguna VAD sutut adalah merapatkan kedua-dua tangan ke dada seperti intro nak joget inang kemudian menurunkan tangan tersebut 90 darjah sepert gamba di bawah ni.


Lepas tu cari la sasaran atau mangsa yang sesuai sehingga mangsa akan tertindak balas seperti gamba di bawah ini…hahaha. Bebudak senior kat asrama musti salu buat pada junior derang ni.
adoiiii

Satu percubaan yang baik daripada Afdlin selaku pertama kali mengarah filem. Kalau tak silap dia menang Pengarah Harapan pada Pesta Filem yang lepas. Semoga beliau akan terus menghasilkan karya-karya yang bermutu untuk mengheret penonton Melayu menonton filem sendiri kerna kita amat kekurangan filem-filem yang bermutu (baca : tak rasa 'malu' menonton pilem Melayu)

Dialog pilihan dalam citer ni ‘Kenapa orang tension makan banyak? Bila makan kita akan rasa kenyang. Bila rasa kenyang kita rasa hepi. Bila hepi kita tak tension jadi semakin banyak kita makan kita tidak akan tension’…tapi pastikan kadar metabolisma anda tinggi jika mahu ikot ‘petua’ Afdlin ini. Jika tidak bersiap sedia la dengan kehadiran 'babat' yg tidak diundang di beberapa bahagian anggota badan...huhuhu

No comments: