Friday, October 31, 2014

[Ribiu buku] Proletar Dua Menara




Ini merupakan buku ke-4 beliau yang saya baca. Dan mungkin juga buku-buku akan datang tulisan beliau yang akan dan mesti saya baca. Kerna sesungguhnya tulisan beliau sedap dibaca.

Intro buku dengan Prakata dengan tajuk Dua Menara oleh penulis Lucius Maximus. Penulis buku Cerita Malaysia tidak ke Piala Dunia

Kemudian masuk ke topik Khadam Dua Menara.

*Cippp…cip khdam…* tingat 3 Abdul 

Kisah mengenai kerjaya beliau di Menara Berkembar, yang berdiri gagah perkasa di tengah ibu kota iaitu Petronas. Dari mula beliau masuk kerja hingga la ke hari terakhir berkhidmat di Petronas.

Pilihan harus dibuat : sepenuh masa di Petronas atau sepenuh masa di Takaful.

Memetik poin nombor 110 m/s : 61

Sejak aku berhenti kerja ni, ramai betul yang tanya :

“Tak rugi ke resign Petronas?”

“Tak menyesal ke?”

Hilang income, boleh cover ke?”

“Bisnes tak tentu, tak bahaya ke?”

Aku jawab pada mereka,

“Di luar sana ada berjuta orang yang tak kerja Petronas, tapi mereka juga hidup bahagia”.

*Sekarang ana kasi tahu sama enta. Kekayaan, kebahagiaan rumah tangga, semua datang daripada Allah bukan daripada bapak!* ( Dialog Ahmad Albab)

Selepas topik Khadam Dua Menara topik Fikir-Fikir menyusul. Topik ni mengajak kita berfikir. Fikir panjang atau fikir pendek.

*Fikir fikir…nana nanana..rausyan fikir* muzik selingan

Bab berfikir ni saya teringat akan kata-kata seseorang di blog yang mana saya baca 10 tahun dulu.

“Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.”

Poin nombor 1

Tak suka anak anak kecil ganggu kita mintak itu ini, kita bagi ipad suruh anak diam. Settle.

Tapi tu sekarang.

Nanti masa kita dah tua, bila kita mula ganggu anak-anak minta itu ini, entah apa benda la anak-anak nak bagi ke kita suruh kita pulak diam

[Tingat iklan Petronas. Anak suruh bapak dia makan di meja yang asing sebab bapak makan comot sepah-sepah, bila besar anak dia pulak suruh bapak dia duduk meja asing. Bila dah ada anak ni banyak menda nak kena fikir 2-3-4 kali sebab apa yang kita buat sekarang kita akan terima balasan di kemudian hari. Oleh itu banyakkan lah berbuat baik mudahan balasan di kemudian hari kita terima yang baik-baik saja. Insya Allah]

Poin nombor 7

Tak salah kau nak cakap orang lain salah. Yang jadi salahnya bila sepanjang kehidupan ni kau tak pernah mengaku salah.

[Kannn…]

Poin nombor 16

Anak-anak umur 6-7 tahun ni jangan sibukkan  sangat dengan puasa dia. Tengok solat dia dulu.

[Teringat pesan Ustaz, jaga solatnya dulu. Biasanya orang yang jaga solat akan turut berpuasa. Orang yang berpuasa tapi tak solat banyak kita boleh jumpa. Sesungguhnya solat itu tiang agama]

Poin nombor 51

Yang membinasakan hati bukan wang, harta atau pangkat kuasa, tetapi perasaan yang tidak pernah cukup.

[Yaaa benerr. Tang ni saya ada karang doa. Doa awal tahun 2014 "Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakan lah kami perasaan yang perasan cukup terhadap rezeki secupak untuk perbelanjaan segantang. Amin."]

Poin nombor 75

            Membaca jambatan ilmu, tidak membaca jambatan bangang

[Justeru untuk elak menjadi bangang, maka saya telah setkan seboleh-boleh nak baca sekurang-kurangnya sebuah buku ilmiah dalam sebulan. Disebabkan beberapa komitmen, sebulan sebuah buku rasanya releven. Banyak buku tak baca lagi nih. Aigooo. Menulis blog pon rasanya sebulan sekali juga lah]

Seterusnya ke topik Rebel.

Isi kandungan topik ni agak panjang dan serius nadanya.

Antaranya :
  • Berborak dengan Askar
Aku berborak dengan seorang member tadi pasal “Askar dan peranannya pada Negara”


Aku cakap “Kau rasa berbaloi tak kerajaan invest berpuluh juta beli kelengkapan perang, bagi latihan, recruit, beli teknologi semua ini untuk pertahanan Negara?” Sebab Negara kita tak pernah perang pun, aman damai sejahtera, dalam 20-30 tahun ni baru ada kes Bukit Jenalik dan Sandakan je. Macam mana pendapat kau?”


Kawan aku geleng kepala sambil menjawab lemah,


“Malu betul aku kau tanya soalan bodoh ni. Sekarang ni memang la aman, kemudian hari?” Kau tahu ke bila Negara kita nak kena serang? Kau boleh jamin ke tak ada kumpulan yang nak buat porak peranda Negara kita?”


Aku tersenyum dan jawab balik,


“Orait bagus. Nah borang Takaful. Mohon sain sekarang”

[Kann. Takkan harini perang baru nak beli kereta kebal hehehe]
 
  • Kita mesti jadi Arqam.
Kerana Aurah Muhammadiyah, Al-Arqam diharamkan. Tapi ketahui lah, kalaulah Al-Arqam tu ada sampai sekarang, Insya Allah tak ada isu bihun Bangla, coklat babi dan makanan tak halal semua ni.
Selanjutnya bacalah buku ini. 

  • PBAKL : Buku, kulitnya soleh, isinya mukmin, harganya kafir
           Boleh baca SINI

  • Kapitalis Quran
Tak ada larangan untuk berniaga, namun berniagalah dengan cara yang lebih memandaikan umat, bukan dengan memperalatkan kesucian agama dalam usaha mengaut keuntungan dunia.


Al-Quran itu diwahyukan untuk kita telaah isi kandungan nya, untuk kita fahamkan maknanya, untuk kita hayati pengajarannya, sebagai landasan dan panduan hidup sepanjang zaman.


Maka dengan sebab itu, beritahulah aku, adakah pengajaran, kefahaman dan penghayatan yang Al-Quran yang maha hebat ini boleh kita dapati pada sebotol air, pada sebotol pewangi atau sepeket susu formula bayi?


Marilah kita sama-sama merenung dengan baik, kalau jalan barakah, kemuliaan atau kebaikan itu mudah kita kecap dengan minuman dan makanan berQuran ini, mengapa tidak kita sendiri pasangkan saja CD Al-Quran 30 juzuk lalu talakan ke dapur rumah kita, supaya segala Milo, biskut, beras dan segala yang namanya makan minum di rumah kita menjadi berkat?

[Kann. Yang buat saya berfikir, yang jual air, susu, ubatan siap dibaca 30 juzuk Al-Quran tu tokei baca sendiri secara live atau pasang CD saja? Kalau takat pasang CD kita pon boleh buat kat rumah. Tambahan dapat pahala dengar Quran sekali. Dalam Al-Quran tu kan macam-macam ada panduan hidup. Kisah kawin 1-4, cerai, tempoh iddah, kalau isteri derkaha nak buat macam mana, tutup kerudung hingga ke dada (sekadar menyebut beberapa panduan). Boleh dapat dalam sebotol air??? Sambung fikir] 
 
  • Prebet Kapitalis
           Boleh baca SINI


Selanjutnya segera dapatkan buku ini dan baca lah sendiri. Cukup berpuas hati malah lebih dari itu.

Macam-macam cerita ada di dalam buku ini tapi harga buku bukanlah 30 sen ye. Hehe
 

No comments: