Thursday, July 03, 2014

5 Ramadan



Harini bersamaan dengan 5 Ramadan. 

Ada apa dengan 5 Ramadan?

Ada kenangan.

1) Pada 2 tahun yang lepas ada seorang Hamba Allah telah selamat melahirkan seorang putera secara pembedahan di Hospital Umra Shah Alam.  Putera itu diberi nama Yusuf atau nama panjang nya Yusuf Lima Ramadan. 2 tahun juga emaknya ambil masa untuk ganti puasa. Ada terbaca tak payah ganti puasa dan ada yang kata kena juga ganti puasa. Pada saya apa yang kita hutang kena ganti balik. Dan pada saya lagi patutnya pihak bapa yang kena tolong ganti semua puasa isteri yang tak dapat berpuasa sebab bersalin waktu bulan puasa. Kan. Hehe 

Apa jua pon, dah selamat semua nya dan syukur Alhamdulillah.

Semoga Yusuf menjadi anak yang soleh, hamba Allah yang taat akan perintah dan suruhanNya dan menjadi umat Nabi Muhammad yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Amin. 

2) Pada harini juga kita akan menerima saudara baru. Selamat kembali Cik Felixia Yeap . Semoga diberkati kehidupan yang baru ni dan sentiasa berada di dalam rahmat Allah swt sentiasa. Islam itu sangat indah. Yang tak indah penganutnya saja. 

Akhir kata, kami berkongsi citer 5 Ramadan bersama. Iaitu berkaitan dengan kelahiran. 

No comments: