Monday, November 25, 2013

Susu badam dan nasi badam


Alternatif lain makan badam selain kunyah biji badam yang keras yang menyakitkan gigi daku yang semakin banyak lubang itew...hehehe 

Tambahan ada buat rawatan akar di geraham, lepas makan kacang mesti ada rasa nyut-nyut ditempat yang buat rawatan (mungkin terlalu gigih mengunyah kacang yang keras). 

Sungguh tidak selesa. 

Jadi bagaimanakah cara nak makan badam jugak yang kita tahu  banyak khasiat itu?

Begini salah 2 caranya. Minum susu badam dan nasi badam

Bahan-bahan susu badam :

Biji badam (lupa nak kira ada berapa bijik dalam satu bekas 40gm itu. 40gm berharga RM5.60 di Gergasi)
Air kosng yang sudah di masak
Madu

Cara buat : 

1. Rendam badam (kuantiti ikut suka) bersama air panas / air suam dalam agak-agak 2-3 jam
2. Kupas kulit badam
3. Blender kan badam bersama air masak
4. Tapis untuk asingkan air dan sisa / serdak badam
5. Untuk rasa manis campurkan sikit madu

Cara buat nasi badam :

1. Sisa / serdak badam yang kat tapis  tadi jangan dibuang. Badam bukan murah dek non
2. Masa nak masak nasi, basuhan terakhir campakkan sisa badam ke dalam rice cooker dan masak bersama nasi.
3 Hasilnya? 

Cuba la sendiri :) 

2 comments:

ashie minho said...

daebak!daebak!kene try ni buat ..cam sedap plak air tuhh..aiii
waiem penah baca buku Rasulullah is my doctor?? penulis dier mualaf..jerry d.gray.. bagus gak byk bagi info ttg ramuan utk penyakit..tp resepi xde..hehe

waiem said...

Ashie Minho Tan,

Belom pernah baca, pernah nampak kat kedai buku. Boleh la beli nanti :)