Thursday, November 14, 2013

JJCM @ Laman Grill


"Kanda nanti lepas mandi kita makan dekat laman.."

"Apaaa?  Mata-mata datang bawak saman..."

Boleh tahan telinga kanda Jamil itu...hehehe 


Ya mari lah kita makan dekat laman.

Berkesempatan menjamu selera di restoren milik Chef Zubir di Seksyen 13 Shah Alam. 


Keratan akhbar yang melibatkan Chef Zubir menjadi salah satu hiasan dinding di restoren nya


Makanan yang di oder oleh mak dan ayah saya. Fish & chip

Mak puas hati dengan kualiti makanan nya. Ikan nya sedap. Salad itu juga sedap. 

Ini saya oder...fetucci apatah. Oder sebab tulis kat menu ada letak cili padi. Overall rasanya kureng

Budak ni makan kentang goreng saja. 


Selang sebuah kedai dari Laman Grill terdapatnya restoren Oppa Gangnam


Homemade ceasar salad. Terhasil sebab tak puas makan kat restoren Chef Zubir haritu. Senang je buat nya rupanya.

Bahan-bahan : 
Romaine lettuce
Kentang (di stim atau rebus)
Mayonis
Pepper
Garam
2-3 bawang putih (dicincang halus)
Perahan lemon sikit
Parmesan cheese

Cara buat : 
Gaulkan semua bahan kecuali cheese di dalam mangkuk. 
Bila nak hidang tabur parmesan cheese kat atas.
Peh lazatttt.

Selain letak kentang boleh letak cruton (kepingan roti bakar).

Lepas ni nak try makan kat satu lagi restoren Chef Zubir yang terletak di Wangsa Maju. Katanya menu berlainan. 

6 comments:

Anonymous said...

nak numpang tanya... mahal tak makanan laman ituh hehehe

Shee said...

Salam Waiem unnie,
Resipi tuh simple macam tu jer ker? Resipi unnie sendiri ke?

-Shee xx

waiem said...

Anon, boleh tahan tak murah harganya. Fish n chip tu saja RM20+++, fetucini tu dlm RM18++ rasanya...

waiem said...

Shee,

Wslm. Resepi tu saya gogel :)

azy said...

saya dah makan di laman grill kat Bangi..pastinya pilih steak hehe..medium rare, well ,..etc...pilih ja..yang penting poket tebal haha

waiem said...

Terkasima jugak mula2 tengok menu dan harga steak dia...hehehe