Thursday, August 01, 2013

Sotong masak hitam


Sotong sekilo di pasar tani ialah RM18. Minggu raya ni tatau berapa hengget pulak sekilo.

Antara resepi feveret kat rumah, rumah orang Johor barangkali. 

Sotong masak hitam

Bahan-bahan : 

5 ekor sotong (potong kecik-kecik)
Dakwat hitam sotong (5 ekor sotong ada 5 dakwat..kalau nak amek semua boleh..kalu nak amek sikit pon boleh..haritu guna 3 dakwat sebab tu kaler dia tak hitam pekat melikat sangat)
10 biji cili padi (bergantung pada tahap kepedasan isi rumah)
Halia *
Kunyit *
1 biji bawang besar*
3 biji bawang putih *
Serai - diketuk
1-2 asam keping (bergantung pada size)
Garam 
Gula
Minyak untuk menumis

Bahan bertanda * dikisar kering

Cara-cara : 

1. Disebabkan saya mahu masakan ini versi kering, maka sotong itu dimasak terlebih dahulu dalam kuali non-stick. Yang dakwat tu asingkan dulu. Sotongkan banyak air. Kasi keluar semua air-air sotong itew, kemdian toskan

1.1 Kalau nak abaikan proses ni pon boleh jugak tapi nanti sotong akan masak terlalu lama sebab nak tunggu air kering. Bila sotong masak terlalu lama nanti rasa dia jadi tak besh.

2. Panaskan minyak dalam kuali kemdian tumis bahan kisar kering sehingga naik bau. Kemdian campakkan serai yang diketuk tadi. Gaul sebati

3. Kemdian masukkan dakwat sotong, kacau. Kemdian baru lah masukkan sotong yang ditos tadi bersama asam keping, garam dan gula

4. Letak la sikit air kemdian kacau la sampai lembab-lembab kering. 

5. Agak-agak bau dia dah menusuk qolbu tutup la api 

6. Letak dalam mangkuk, buat plating dan tangkap la gambo dari beberapa sudut sampai puas hati

Susah jugak nak jadi blogger masakan ni ropanya yek.

Kualiti gambo kena amek kira, 
Supaya gambo nampak berselera

No comments: