Friday, July 05, 2013

Siakap stim campak-campak


Bahan-bahan utama :
  • Ikan siakap senohong (potong 2 sebab loyang kecik)
  • 3-4 biji bawang putih (hiris)
  • 5-6 cili padi (hiris)
  • 4-5 limau kasturi (perah atas ikan dan celahan ikan)
  • 2 biji tomato (potong 8)
  • Daum ketumbar(hiris ler ikut suka)
  • Garam sikit
  • Gula sikit 
  • Sedikit air masak (untuk kuah)

Bahan-bahan extra:
  • Sebelah epal hijau(anak makan tak habis, kalau tak lakukan sesuatu pasti ke tong sampah)
  • 3-4 biji stoberi (hadiah hantaran, semua tak nak makan, masam lah, nak blend buat air malas la pulak)

Cara-cara membuat :

1. Panaskan kukus
2. Susun ikan dalam loyang
3. Bahan-bahan yang ada campak elok-elok dalam loyang
4. Baca Bismillah dan selawat
5. Mulakan mengukus hingga ikan masak
6. Sedia untuk di ngap

4 comments:

ashie minho said...

dap plok nengok eh, nak try ah buat...epal anak makan x abis..aigoo..huhu

waiem said...

Terai le masok bulan posa ni hehe

Anonymous said...

Waiem, selamat berpuasa.

Pemanggang ajaib tu pun boleh buat kukus ikan jugak tau. Boleh bakar, kukus, nak masak kek pun boleh katanya...

-Ijip-

waiem said...

Selamat berposa Ijip.

Lepas ni leh try kukus guna pemanggang ajaib. Kukus, gril, panggang hehe