Friday, June 28, 2013

Tajwid : 26.Surah Asy-Syu'araa' (Para Penyair)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Surah Asy Syu'araa' turun di Mekah dan mengandungi 227 ayat. 

Surah ini dimulai dengan beberapa huruf, seperti beberapa surah yang lain. 

Di dalam nya dijelaskan : 
  • peranan Al-Quran sebagai petunjuk yang nyata
  • orang kafir diingatkan bahawa Allah berkuasa untuk menghancurkan mereka, disamping menghibur para nabi yang sebahagian besar kaumnya yang mengingkari mereka
  • tentang pertemuan Nabi Musa dan Nabi Harun dengan Firaun
  • tentang Nabi Ibrahim, kemudian Nabi Nuh dan kaumnya...Ad, Saleh dan Thamud, Lut dan Syuaib 
  • kisah ketujuh-tujuh Nabi tersebut dapat diambil pengajaran bahawa dakwah mereka dalah satu, dan cara menolak orang kafir juga sama
Surah ini akhiri dengan anjuran untuk memperhatikan Al-Quran dengan baik, juga peringatan kepada para penyair agar tidak hanya bermain dengan kata-kata tetapi juga dilandasi atas iman dan amal soleh sehingga karyanya dapat memberi manfaat.

*Copypaste taip semula dari Tafsir Al-Quran Rasm Uthmani Jilid 7

Bersambung kembali surah yang mempunyai tanwin bertemu hamzah wasal. 

Di dalam surah ini ada 3 ayat yang mengandungi hukum tajwid ini iaitu :






Ayat 105

 ******************************



Ayat 123

*****************************


Ayat 160

****************************

Nota 1 : 

1. Ayat yang berwarna oren tu saya perolehi daripada SINI . Di dalam sini ayat tersebut telah dibubuh siap nun baris bawah untuk memudahkan kita baca. Tapi tak semua surah ada contohnya surah Al-Jumuah ayat 11 (tidak dibubuh nun baris bawah)

2. Saya dapat kesan ada kesalahan nombor di situ . Setelah disemak "nombor 1" menjadi "nombor 2" (nombor Arab). Cer tengok

Nota 2 :

1. Pencerahan hukum tajwid tanwin bertemu hamzah wasal

1.1 Surah Maryam

1.2 Surah Al-Jumuah

Wallahualam.

Sama-sama kita belajar. Kalau ada silap mohon perbetulkan. Saya pon dalam proses nak kilatkan semula ilmu tajwid yang dah nak pudar ni. Tambahan Ramadhan Al-Mubarak pon dah nak sampai (maksud kena banyakkan ngaji) :)

1 comment:

Anonymous said...

Alhamdulilah.. Dapat gak belaja..