Monday, December 10, 2012

Jus delima

Sebelum di tapis

Kempen makan dan minum buah-buahan segar di rumah. 

Tambahan sedang menyusu badan memang elok minum minuman yang segar-segar buatan sendiri.

Khasiatnya sila la gogel sendirik.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Bahan bahan dan cara membuat :

Sebijik buah delima siap dikupas dan diletakkan di dalam mangkuk. Jangan guna mangkuk lawa-lawa sebab nanti orang yang tidak bertanggungjawab plagiat gambar anda dan letak kat blog resepi dia huhu
 
 Boleh buat 2-3 kali jus bergantung kepada saiz buah dan berapa orang yang nak minum

Ambil la segenggam atau dua genggam biji delima itu dan masukkan dalam blender

Sedikit gula

Air masak secukup rasa

Kisarkan semua nya

Kemudian tapiskan ia. Tanak tapis pon boleh kalu boleh telan sisa-sisa biji delima itu

Kemdian baca Bismillah, dan minum. 

Disudahi dengan Alhamdulillah.

 

3 comments:

cempaka@rohani said...

masa maryam air badam kan? masa yusof ni jus delima.. mana lagi berkesan waiem??

waiem said...

cempaka,

Dua-dua elok. Seeloknya minum masa peknen.

Sebab masa peknen dulu saya tak lalu nak minum jus delima, so sekarang ni memang gigih minum jus2 segar lagi berkhasiat hehehe

waiem said...

Oh ya kenalkan anak2 dengan jus ni dari kecik...baik untuk otak, avoid kenalkan coke, paipsi dan yang sewaktu dengan nya..:)