Wednesday, December 05, 2012

Jeon Woo Chi (2009)




Filem ini box opis masa tayangan dia dulu di tahun 2009. Dan sekarang 2012 filem ini telah di-dramakan.

Sebelum tengok drama nya, kena tengok dulu filem nya. Best sangat ke citer dia sampai perlu di-dramakan. Ottokee? Wae?

Jeon Woo Chi adalah sebuah filem fiksyen dan aksi.

Agak sarat dengan kesan khas yang mengkagumkan.

Pada awalnya serabut jugak menonton sebab melibatkan 2 zaman. Zaman purba dan zaman moden.

Secara am nya kisah ini mengisahkan perebutan sebatang paip. Bukan paip air atau paip pembentungan tapi paip seruling.

Sapa yang dapat memiliki paip ini dia lah yang berkuasa dan semua makhluk akan sembah ratu kepada nya.

Bila ada adegan "perebutan",  mesti lah melibatkan yang baik dan yang jahat.

Pada zaman dahulu, 500 tahun yang lalu, paip itu telah jatuh ke pihak jahat yang bernama goblin.

Goblin ini bermaksud jembalang lebih kurang.

Pada zaman itu juga ada 4 ahli sihir yang baik yang cuba untuk merampas kembali paip itu. Mereka berdiskusi bagaimana mahu menewaskan goblin itu.

Akhirnya goblin berjaya ditewaskan dan dipenjarakan di dalam botol. Ala hantu dalam botol kicap. 

Paip itu berjaya direbutkan oleh pihak baik dan dibahagikan kepada 2 bahagian dan di amanahkan kepada seorang Master untuk menjaganya.

Master ini mempunyai seorang anak murid yang nakal yang bernama Woo Chi. Woo Chi ini juga terer menggunakan kuasa mejik dan boleh terbang ke sana ke mari menggunakan kertas tangkal azimatnya.

Satu hari Master itu mati dibunuh dan Woo Chi dituduh membunuh Master itu sebab mahukan paip itu.  Maka 4 orang ahli sihir itu telah menangkap Woo Chi dan dipenjarakan di dalam sebuah lukisan.

Itu kisah 500 tahun yang lalu.

Kini kisah di 2009.

Entah macam mana bandaraya telah di haru birukan oleh kedatangan goblin. Goblin yang 500 tahun dahulu telah ditangkap dan dimasukkan di dalam botol, kini telah terlepas dan bebas berlari.

Siapakah yang telah melepaskan nya?

3 daripada 4 ahli sihir itu telah kalut bila goblin telah mengejarnya. Mereka tidak mampu lagi untuk menewaskan goblin sebab mereka telah bersara di dalam bidang sihir dan kuasa mejik.

Tiba-tiba mereka teringatkan Woo Chi. Lantas Woo Chi di bebaskan dari penjara dan di arahkan supaya membunuh goblin-goblin itu. Goblin itu boleh menyerupai manusia. Ini yang merbahaya.

Dipendekkan citer, salah sorang 4 ahli shir itu ialah cip goblin rupanya. Beliau telah memperdayakan semua orang hingga menuduhkan Woo Chi yang  bunuh Master.

Rupa-rupanya, dia lah angkara semua itu. Demi hanya untuk menakluki sebatang paip. Ish ish ish. Mari kita cekik dia.




Lakonan kacak Kang Dong Won, yang persis wajah Joo Won (Bridal Mask) katanya
 

Misi mencari paip


3 ahli sihir


Masterji ini berfirasat mungkin ada goblin di kalangan 4 ahli sihir itew
 

Ini dia goblin, yang tiada kaitan dengan goblok
 

Jeon Woo Chi versi drama lakonan Cha Tae Hyun. Pasti kelakor. Hehehe

4 comments:

eyyla said...

tau citer ni lama daa..tp tak prnh nak layannnn sbb ingatkan citer dolu2 jer.. rupanyer 2 zaman.. ada goblin lg..hihihi mcm kelakar jer..

waiem said...

Lawak sikit la citer ni..hehehe

Anonymous said...

saya suka baca blog awak...
pada mulanya jumpa blog ni sebab google pasal citer korea sebab saya minat sungguh tgk citer korea...
wlupun simple tp selalu juga ketawa bila baca blog ni...
teruskan berblog yer, boleh saya jadi 'pembaca senyap" yg gelak sorang2, hihihi

p/s: saya pun org johor, senegeri kita.. :)

waiem said...

Terima kasih orang senegeri :)