Wednesday, May 23, 2012

Uncle Usin (2012)



 
Entah kenapa boleh terlanggan citer ni di Estero Pes. Mungkin penangan Jozan dan Ebby Yus punya pasal kot. Bila dah langgan dan tengok, menyesal pulak aku langgan.

"Menyesal aku menyesal..." bak kata bapak Azizah lepas Amran menyelamatkan dia dari serangan Ghazali.

"Kalau taw aku donlot saja citer ni" hati berkata-kata

Bak kata pepatah, sesal dulu pendapatan, sesal kemdian tiada gunanya.

Hahaha.

Untuk menyedapkan hati, pueh ati jugak sebab watak Ebby Yus watak utama disamping Jozan. Tergolak jugak den melihat Ebby Yus jadik jahat. Hehehe. Seperti biaso Ebby Yus tidak pernah mengecewakan.




Citer ni mengisahkan kisah penyiasat persendirian yang berjaya menyelesaikan masalah pelanggannya dengan keajaiban jurus yang dimilikinya. Jurus ni merupakan sekeping kad, besar macam bisnes kad dan mempunyai gambo. Kalau nak senang faham jurus ni menciplak sikit stail Doremon yang mana gambo dalam kad itu akan bertukar menjadi alat sebenar.

Contoh gambo kat kad itu ialah bola. Bila spy itu angkat kad itu, maka bola sebenar akan muncul. Maka spy itu boleh la menendang bola itu ikut suka dia.

Spy 13 (lakonan Zizan) merupakan penyiasat persendirian itu. Kemana dia pergi dia akan membawa beg sling Doremon nya. Dalam beg sling itu ada macam-macam jurus. Ada jurus bom la, jurus senapang gajah la, jurus tinju la dan sebagainya.




 
Lawan dia pula ialah Spy 11 (lakonan Johan). Sikit masa dulu 11 & 13 ni mempunyai Tok Guru silat yang sama. Di sebabkan Tok Guru ni terlebih bagi perhatian pada 13, maka si 11 ni pon jeles. Sebab tu dia berdendam dengan 13 dan mahu bertarung kehebatan dengan 13. Tengok sapa lagi kuat menjurus dan terjurus. Hehehe

Satu hari seorang perempuan bernama Julia datang berjumpa dengan Spy 13 untuk mendapatkan bantuan bagi menyelesaikan masalah bapak dia yang dah lama koma. Julia saspek pakcik Manan dia (adik tiri bapa nya) yang telah buat onar itu kerana tamak kan kuasa dan harta.

Dan pakcik Manan itu ialah Ebby Yus.


Haha goli goli kato  Pakcik Manan


Bermula la penyiasatan Spy 13 ke atas pakcik Manan itu.

Gitu la cito nya.

Den nak cito lobih pon maleh. Tengok le sendiri bila kuo kek tv taim raya nanti. Nak golak golak bodo mengisi masa lapang boleh la layan cite ni.

No comments: