Thursday, August 04, 2011

Susu badam


Semalam terai test buat susu badam. Nak tahu cemana rasanya. Resepi folo SINI

Sebelum gih ofis suruh mak rendam badam. Adalah dalam 6 jam ++ badam itu terendam.

Kalau tengok resepi macam-macam cara ada. Ada yg rendam 5-6 jam. Ada yang rendam 1-2 jam, ada yang rendam badam semalaman dan ada yang tak rendam badam langsung.

Aritu ada beli badam kat Bake with Yen. Stenbai nak buah kuih raya. Sepeket 250gram rege dalam 5 hengget lebih. So ingat nak terai buat susu badam ni dulu


Susu badam dalam kotak. Kat Mesia ada jual tak susu badam dalam kotak ni? Tak pasti pulak. sendri soal sendri jawab hehe



Seperti yang kita tahu dan ada yang tak amik tahu, badam ni sebenarnya banyak khasiat.

Antara khasiat badam yang paling power sekali ialah ianya baik untuk otak. Boleh bikin otak bergeliga. Nanti boleh bikin batu cincin daaa...hehehe

Bagi ibu yang mengandung elok la makan badam banyak-banyak. Saya dulu masa mengandung ada jugak makan badam sikit-sikit. Sayang sungguh dapat makan sikit sebab kurang terdedah akan ke-poweran khasiat badam itu. Beli yang honey roasted brand Tanchong ke Tailong tu. Tak ingat.

Bagi yang menyusu badan jugak elok makan badam. Sebab nanti khasiat dia pergi ke anak.

Bagi anak-anak yang sedang belajar lagi lah elok di amalkan makan badam dan susu badam ni.

Macam saya dah terlambat kot nak dapat otak bergeliga. So kita pass geliga itu kat anak la. Insya Allah.

Raya ni ingat nak buat sendiri honey roasted almond. Senang je u ols.

Cara-cara membuat honey roasted almond boleh layan utube INI

Berbalik pada kisah susu badam ini. Tak tahu pulak si badam ni boleh dibuat susu. Biasa badam kita tahu untuk buat kuih especially taim raya buat biskut almond London.

Yang boleh tahu nya bila mencari resepi jus buah. Tema kat umah sekarang ni 1Hari 1Jus buah segar.

Hari pertama posa buat jus lobak merah

Hari kedua posa buat jus avocado.

Hari ketiga yak ni semalam buat jus susu badam.

Iklan *Rahul...jus...jus..*
Hahaha

Hari ke-empat ni mungkin nak buat jus yang Anjeli nak bagi kat Rahul. Jus oren.

Kisah bermula bila gogel nak cari resepi pelbagai jus buah. Sekali terjumpa resepi smoothies. Healty smoothies. Baca-baca ingredient dia ada taruk "almond milk".

Apa benda la almond milk ni.

Haa dari situ la perkenalan dengan susu badam pon tercetus.

Credit pic pakcik gogel. Tak sempat nak amek gambo semalam.
Ginih la ropanya susu badam yang telah ditapis itew


Semalam buat yang asli tak de campur apa-apa bahan sampingan. Rasa dia hmmm boleh la. Mungkin sebab puasa rasa kat tekak tak berapa best. Kemdian campur sirap. Jadik la sirap bandung susu badam. Dah campur sirap baru best sikit. Hari ni ingat nak buat lagi.

Lepas tu hampas dia yang dah tapis tu jangan buang sebab harini nak buat lempeng badam pulak. Makan dengan sambal ikan bilis. Perghhhh...

2 comments:

cenetos said...

eh menarik nak cuba letak sirap jugak...dah beli badam...nak try buat susu badam sbb penat nak kunyah...hehe

btw..susu badam tu ada jual di isetan KLCC..saye beli aritu RM13...baru nk jaga makanan lepas tahu ada endometriosis..

http://cenetos.blogspot.com/2014/04/minuman-berkhasiat-untuk-pengidap.html

waiem said...

:)