Friday, July 15, 2011

Tips membeli avocado


Harini ambe nak tunjuk cara-cara membeli avocado yang molek dan segar terbaek dari ladang. Sebab cik puan miloais ada bertanya di ruang komen. Begini caranya. Bagi yang pertama kali ingin membeli.

Kebetolan Tuan Sadiq, kebetolan, ada sampel avocado busuk dalam peti es. Belum buang lagi. Macam tahu-tahu saja nak kena dipersembahkan di dalam blog. Dok dendiam je dia dalam peti es itu.


Lihat 2 model avocado yang sedang berposing di atas. Melihatkan rupa parasnya anda pasti yakin dapat mengagak yang mana jantan yang mana betina. Eh yang mana elok yang mana tak elok.

Benar sekali Baginda Masai, yang belah kiri itu buah yang elok manakala yang belah kanan itu lah buah yang busuk.

Tips nya, pilih kulit yang banyak kaler ijo dari warna coklat.

Yay kita memperolehi kemenangan yang pertama.

Setelah dikupas buah yang busuk itew. Ya sangat busuk dan hampa ye uols. Terbang 5 hengget. Semalam tengok kat Mydin sebijik avocado RM4.99. Lagi mahal Cik Din ni jual.

Lihat lah avocado yang tidak busuk ini. Begitu menggoda sekali rupanya. Sedap di buat jus dan juga enak di makan begitu saja. Oh gardenia...

Jika malas nak blend buat jus, maka kita boleh makan bersama-sama kuah rojak. Boleh tahan sedap juga.

Sekian tips membeli dan belah avocado kita untuk hari ini. Sehingga bertemu di lain lembaran.

1 comment:

najmi anuar said...

Sy baru je beli avocado 3bj td..nasib baik tak beli sejibik mcm side kanan tu huhu ye lah kan orang cakap masak kaler keperangan hoho tq2 c: