Monday, December 06, 2010

Mind and Love (2009)




Ceritera ini adalah sebuah telemovie yang ditunggu sekian lama nak tengok. Telemovie ni ada banyak judul antaranya Love is Blind, The Relation of Face, Mind and Love dan Mind and Love. Telemovie ini adalah usahasama Korea - Jepun. Pengarah dan penulis skrip dari Jepun, manakala pelakonnya dari Korea.

Sinopsis bole baca SINI

Diringkaskan citer, citer ini mengisahkan seorang arkitek yang hengsem telah mengalami eksiden jalanraya akibat nak mengelak seekor anak anjing sedang melintas di tengah jalan raya. Akibat daripada eksiden itu penglihatan beliau terganggu dalam masa sehari dua dan lepas tu akan sembuh, doktor kata. Gangguan penglihatan itu bernama 'visual impairment' yang bermaksud, orang hodoh dia akan nampak cun, manakala orang cun pula dia nampak hodoh. Terbalik kot cik senah. Ada jugak ek penyakit macam ni.


Kang Tae Pung namanya. Seorang arkitek yang disegani ramai. Sedang eksiden pada waktu ni


Dokter cakap "You might have a perception difficulty. Meaning you might see a beauty like a beast, or a beast as a beauty. But after a day or two you will back to normal"


Ini pula seorang wartawan kelab haiwan yang hodoh. Wang Seo Jung namanya. Walaupun dia hodoh tapi dia seorang yang happy go lucky. Suka buat geng-genag dia gelak. Mungkin nak relis tensen barangkali.


Di suatu malam yang hening, di bawah sinaran lampu neon beliau telah bertemu dengan Kang Tae Pung sewaktu tengah muntah di tepi jalan akibat terlebih minum alkohol. Kebetulan pulak kelab malam yang Seo Jung pegi itu berhampiran dengan opis Kang Tae Pung. Kang Tae Pung lantas ternampak kelibat Seo Jung yang sedang muntah dan terpandang lah wajah Seo Jung seperti bidadari sorga seperti gambo di atas.


Terus la hati Kang Tae Pung tertaut, terpesona, terpikat dan ter ter yang lain dek silauan kecantikan yang terpancar dari wajah Seo Jung pada malam itu.

*Cinta pandang pertama tuan hakim. Saya cintakan cik Harun dan cik Harun cintakan saya*

Kemdian Kang Tae Pung pon ajak Seo Jung pegi lunche keesokan harinya setelah bermalam bersama.


Sewaktu sedang lunche, Tae Pung telah di datangi oleh 3 pramugari yang cun lagi slim


Tiba-tiba pramugari yang cun slim tadi telah bertukar menjadi peserta The Biggest Loser dan menyapa Tae Pung.

"Abang Tae Pung, saya dengar awak telah kemalangan? Kwenchana yo?"

"Eh awak ni sapa? Saya kenal awak ke?" tanya Tae Pung moskel



"Aigooo abang tak kenal saya kah? Saya lah Awan Dania, Eun Bin yo"

"Eun Bin? Eh kenapa kau telah gemuk semacam? Frast bercinta ke? Gemuk-gemuk gini boleh jadik pramugari kah?"

Eun Bin ni ialah adek kepada mantan teman wanita Tae Pung dulu dan syiok pada Tae Pung dalam diam.


Dipendekkan citer, Seo Jung telah bekerja di luar negara selama 4 hari. Pabila balik Tae Pung sudah tidak sabar-sabar nak jumpa kekasih hatinya itu. Mereka pun berjanji untuk bertemu di sebuah cafe. Sampai di cafe Tae Pung tidak nampak akan Seo Jung. Yang dia nampak adalah seorang pompuan hodoh yang duduk di tepi tingkap. Tae Pung lantas moskel sebab dia tak nampak Seo Jung di dalam cafe.


Kini sedar la Seo Jung bahawa dia telah di goda dan dipermainkan oleh seorang arkitek yang kacak yang tidak cinta kan nya. Cinta bertepuk sebelah tangan gitu. Seo Jung lantas pergi serang Tae Pung di pejabat.

Tae Pung cakap dia tak kenal akan Seo Jung. Pandangan Tae Pung telah kembali normal. Orang hodoh dia telah nampak hodoh


Seo Jung membawa diri nya yang sedey dan kuciwa itu ke sebuah taman. Di situ beliau bertemu dengan seorang orang utan yang turut bersimpati dengan nasib malang Seo Jung. Mungkin orang utan itu pernah dikecewakan oleh haiwan hengsem yang lain yang dicinta nya, jadi dia faham perasaan Seo Jung itu.


Menyedari akan kesilapan nya itu, Tae Pung pergi ke opis Seo Jung dan tunjuk surat dokter yang mengatakan beliau sakit dan dia minta maaf di atas perbuatan nya.


Seo Jung tanya sekali lagi soklan cepumas kepada Tae Pung sebelum Tae Pung beredar

"Am I ugly to you?"

"To be honest, yes"

*Dush dush dush dusyum* (Bunyik latar Seo Jung membelasah Tae Pung)


Setelah di belasah, Tae Pung pon mengambil keputusan memperisterikan Ghasidah. Eh memperisterikan Seo Jung. Tae Pung sedar bahawa hanya dengan kecantikan luaran saja tapi jika tiada kimia di dalam perhubungan, tak boleh ngam dan mententeramkan jiwa juga.

Masa ber-gewe dengan Seo Jung, Tae Pung senang-senang boleh merokok sebab Seo Jung tidak kisah pada lelaki merokok. Bila Tae Pung berkawan dengan pompuan cun lain, taim Tae Pung nak merokok, Tae Pung mendapat tentangan hebat. Gelpren dia cakap "Katakan tanak pada rokok. Merokok merbahayakan kesihatan oppa. Arasso..!"


Dipendekkan cite lagi, Tae Pung ditinggalkan oleh Seo Jung sebab satu insiden salah faham. Tae Pung kesedihan


Akhirnya mesti la bertemu jugak kan. Ala hindustan jugak.

Seo Jung tanya Tae Pung "Masih kah kau menyintai aku lagi?"

"Hai Seo Jung. Berapa kali aku nak bilang sama kau. Aku cinta pada mu Seo Jung. Sumpah Seo Jung sumpah"

TATAPI selepas itu...


Tae Pung pula kelihatan hodoh di mata Seo Jung. Aigooo ottokee...?

Adakah Seo Jung meneruskan bercinta dengan Tae Pung yang hodoh itu?

Saksikan lah kesudahan telemovie ini dengan kepala mata anda sendirik.

OST cite ni sedap juga.

No comments: