Friday, December 24, 2010

Hutang dengan Allah


Tiap pagi nak pegi keje kalu saya siap cepat dan tidak terhegeh-hegeh dalam perjalanan ke tempat kereta dan berjaya berada di dalam kereta tepat jam 8.00 pagi, saya dengan pantas akan bukak siaran radio Selangor FM 100.90. Jam 8.00 pagi ada segmen Secawan Kopi Semanis Madu ke kalu tak silap nama rancangan nya. Memang susah betul nak ingat nama penuh rancangan ini. Dalam rancangan ini DJ nya akan baca surat atau emel dari pembaca yang berkongsikan suatu kisah. Dan kebiasaanya kisah yang di hantar oleh pembaca ialah kisah yang terjadi di sekeliling kita. Kisah menginsapkan dan juga kisah yang dapat memotivasikan dirik pendengar yang dikongsi oleh penghantar emel.

Dan DJ itu ialah DJ peberet saya iaitu Abang Jenal. Sedap betul suara dia kedengaran sebagai seorang DJ atau penyampai radio. DJ seperti ini yang saya suka. Bercakap secara selesa tanpa gangguan iklan-iklan yang menjengkelkan. Sebab canel ni takde banyak iklan. Iklan-iklan ni sebenarnya yang menyekat kreativiti seorang DJ atau penyampai radio ke udara di radio. Cakap ikut skrip dan tergesa-gesa lepas tu suka potong cakap pemanggil yang telefon radio sebab iklan nak masuk.

Kadang tu buat topik emosi, pemanggil dengan emosi la bercerita, lepas tu DJ boleh pulak gelak-gelak dan lepas tu potong talian untuk laluan iklan lah, info trafik lah, berita sukan lah nak ke udara. Macam aram kalau dengar radio sekarang ni taw.

DJ Abang Jenal tu beliau juga akan turut menitiskan ayor mata jika beliau baca kisah sedih yang menyentuh perasaan. Kita boleh dengar dari intonasi suara dia masa dia baca emel itu.

Ok berbalik pada kisah yang di baca di Selangor FM pagi tadi. Saya pon dengar dah petengahan. Kisah yang dihantar oleh pembaca ada 3 kisah. Saya sempat dengar kisah yang ke-3. Kisah berlokasi di sebuah rumah sakit (seperti yang DJ tu baca). Kesian rumah tu sakit ya. Seumur hidup sakit tak baik-baik langsung ek. Hehehe

*Cer citer cer citer...*

Yo la teman nak citer la ni. Begini kisahnya (bekground muzik gesekan biola)

Kisah di dalam wad. Pembaca tu pegi melawat ibu mertuanya yang di berada di dalam wad di sebuah hospital di sekitar KL. Katil depan atau katil sebelah (lupa lak), ada sorang makcik tua yang baru menjalani pembedahan lutut akibat kencing manis.

Kemdian ada sorang misi yang manes pon tegur makcik itu.

"Makcik tak makan ke? Nanti makanan tu sejuk dah tak sedap"

Makcik itu hanya tersenyum

"Oo makcik nak tunggu anak bujang bongsu makcik datang suapkan makcik ye?"

Makcik itu teruskan senyum saja. Mungkin tatau nak cakap apa kat misi tu.

Kemudian makcik itu pon berkata selepas asek tersenyum untuk beberapa saat yang lepas.

"Mintak-mintak harini boleh la balik. Dah 15 hari makcik kat sini. Banyak hutang makcik nak kena bayar"

Terlupa pulak misi tu tanya tatau tidak yang ni "Makcik nak bayar hutang apa?"
(Saya teka hutang bil hospital. Sekali salah daaa)

"Makcik nak bayar hutang solat, makcik nak bayar hutang nikmat yang diberikan pada makcik...bla bla bla (sori lupa ada satu lagi hutang)"

Pembaca yang hantar emel itu dia terkasima sebentar bila mendengar ayat yang keluar dari mulut makcik itu dan pada dia makcik itu adalah seorang yang hebat. Dan dalam 1 hari lawatan dia ke rumah sakit, dia telah mendapat 3 kisah yang berguna buat dirinya.

Dan saya juga terkasima sebentar seperti penghantar emel itu sambil memandu kereta dengan berhemah.

Kita pula, berapa ramai yang sentiasa ingat dan peka hutangnya dengan Allah?

Jika ada, sudah kah kita melangsaikan hutang-hutang kita kepada Allah?

Tuhan bagi kita macam-macam, jika belom langsaikan hutang kita kepadaNya, bersegera lah.

"Kita" di sini termasuk la juga saya (seperti yang salu DJ Jenal sebut di akhir bacaan emel)
Patut la ada kimia. Lahir sama bulan dan sama bintang dgn ambe...hehehe

No comments: