Thursday, September 02, 2010

Pertanyaan : Sapa pernah renew paspot di kiosk imigresen?



Bukan renew di kaunter tapi di kiosk

Al-kisah aritu saya telah lalu di pejabat imigresen di PKNS Shah Alam bersempena dengan shopping-shopping raya. Rambang mata seh. Hajat di hati nak tengok waktu urusan pejabat imigresen. Adakah pejabat imigresen bukak hari Sabtu. Nampak nye tidak. Sekali ternampak la kat tepi tu ada sebuah kiosk (aka bilik kecik) untuk renew paspot katanya

Persoalan saya, sebelum saya menjejakkan kaki ke sana bagi pembaharuan paspot dan untuk menjimatkan cuti raya 1 hari :

1. Perlu cap jari kah kalu nak renew paspot di kiosk itew? Atau sekadar memasukkan MyKad saja dan paspot lama, kemdian bayar dan setel?

2. Sebab nye, saya mahu renewkan asben punya paspot sekali kalu tak perlu cap jari atau otograp

3. Sebabnye, raya nanti mau beraya di obersi. Obersi seberang tambak daa...hehehe

4. Tengkiu in edban. Kamsahamnida. Saranghae *buat sign depan PC*

No comments: