Sunday, July 11, 2010

Rumusan : Denda 3 tahun kerja berat :P


Ok ini botul-botul entri bola terakhir...kekeke Pas ni nak citer pasal Razali Husin dan teater plak.

Lepas ni ambe akan bukak pusat urut baru bermana URUTGUE berlokasi di Shah Alam


Calon-calon tukang urut profesional berasal dari URUGUAY di pusat urut milik ambe nanti URUTGUE. Kontrek bakal di sign tak lama lagi. Sapa warga lelaki yang berminat nak urut sila kontek ambe


"molla, molla, molla...aigooo terlepas pulak gol Muller ni"


"Alamak eiii lepas ni kena jadik tukang urut pulak"

Photobucket

Terobat rindu kat Francesco Totti bila nengok si Forlan ni. Gol-gol beliau ni seme gedebas kan


Ambe rasa pemain yang paling kesian sekali dalam World Cup kali ni ialah beliau ni, Miroslav Klose. Dengan jaringan yang banyak di setiap WC, Jermen tetap tak leh menang WC. Nape ek? Dengan usia 32 tahun sekarang, ambe rasa ni last WC beliau. Tapi nampak dia awet muda daa. Tak sangka dah umo 32 tahun. Nampak macam 23 tahun daa.

WC 2002 - Jermen naib juara
WC 2006 - Jermen nomo 3
WC 2010 - Jermen nomo 3 lagi lahhh

Se-yoyo tim Italy, main kejap ok, kejap main lemau macam aram zadey, kami (cewah kami), yaaa kami berjaya jugak membalas dendam terhadap musuh tradisi kami iaitu FRANCE...hahaha

France menewaskan Italy di Euro Cup 2000 dengan jaringan golden gol masa tu. Ampeh sistem golden gol. Sapa score gol dulu dalam extra time, kira menang. Tapi memang silap Italy pada masa ni (mangkok ayun). Italy dah leading 1-0, lepas tu alpa ingat dah bole menang, France lantas menyamakan kedudukan di minit terakhir dan membawa ke masa tambahan yang meng-kuciwa-kan seluruh penyokong Italy.

Dendam Italy terbalas di final Piala Dunia edisi 2006. Walaupun ada kontrobesi yang melanda, pedulik hapa aku hahaha. Yang penting menang dan tersemat di buku sejarah Piala Dunia, Italy juara Piala Dunia 4 kali.

Jadi Jermen simpan la dendam terhadap Spain sampai tatau bila. Nak lagi best dan nostalgia di ingat sepanjang zaman, balas dendam kat final. Tak kira samada final World Cup atau Euro Cup.

Kepada orang pompuan yang menonton bola sekadar suka-suka dan brada di atas pagar sebab di dorong oleh faktor kacak dan tampan, kalu boleh pilih satu tim yang anda akan sapot selamanya. Kalah atau menang bersama.


Kenapa ambe tersyok kat cik abang ni? Adakah beliau kacak dan tampan? Motiff suka kat penjaga gol. Orang lain sibuk pilih striker kacak ataupun midfielder tampan

Awalnye ambe tak pasan beliau ni kacak mahu pun tampan. Masa lawan Korea Selatan di suku akhir, beliau amat cekap menangkap dan menepis bola. Lantas ambe terpukau dek skil pengaja gol beliau. Dari skil turun ke muka...kekeke. Baru la prasan tampan juga beliau ni dengan dagu terbelah nya. Satu lagi skil hebat beliau yang ambe perasan ialah sewaktu tendangan penalti. Beliau bole baca pemain nak tendang belah mana. Tak caya tengok balik game Uruguay vs Ghana.

To Senpai, ambe tergoda dengan skill bola sepak pemain juga tau. Tak bek kata ambe suka sebab kacak mahupun tampan. Kebetolan je depa hengsem...kekeke

Ambe suka Italy sebab...rasanya dah citer sebelum ni. Dalam pemilihan tim peberet "kimia" pon memainkan peranan penting ambe rasa. Kalau tak de kimia, susah gak nak suka, walaupun terer main. Ini hanya lah pandangan wanita biasa yang minat menonton bola tapi tak reti main bola.

"Maafkan aku, bila hasrat ku menonton bola keliru..." (ikut lagu Kris Dayanti Wanita Biasa)

Memang keliru, mana nak tengok skill pemain, mana nak tengok muka kacak dan tampan lagi....kekeke

Bak tagline, "skil pemain di dahulukan, wajah kacak pemain di utamakan"

Sedikit biodata mengenai cik abang Fernando Muslera ini

Fernando Muslera

- Perghh tinggi beliau 190cm. Tinggi ni. Tapi nape nampak macam tak tinggi dalam tv ek?
- Aisemen beliau Gemini sama macam ambe daa. Patut la berkimia
- Beliau main kat kelab Italy, Lazio. Lepas ni boleh la skodeng kat Serie A...hehehe

Photobucket

Untuk game final esok, ambe tak kisah sapa menang sebab dua-dua belom penah World Cup. Ini dapat memeriahkan lagi senarai juara-juara Piala Dunia. Takkan nak Italy dengan Brazil je kan hahaha. Sotong penah wat silap pilih masa final Euro 2008. Adakah kesilapan di final bakal berulang? Sebab pilihan sutun sebelum ni seme tepat. Ampeh. Bukan nak percaya tapi suka-suka. WC kali ni ada kelainan dengan adanya kebetulan si Paul Sotong nih.

Sama-sama la kita saksikan.
All the best buat penyokong Belanda dan Sepanyol esok pagi

No comments: