Thursday, June 24, 2010

Selamat berjuang kepada yobo-yobo Azzurri pula


Malam ni bakal berlangsung satu lagi perlawanan yang merengsakan haha Tim peberet Italy menentang Slovakia jam 10 malam. Adehhh..


"Hai cip menung jauh nampak. Dah redi ke nak sorong beg ke epot?"

*Percaya pada diri dengan harapan dan keyakinannnnn*


Harap-harap Abang Andrea Pirlo yang rambut beralun ditiup angin itu dapat beraksi pada malem ini. Cheballl...


Pencetus kepada fenomena ini. Tendang penalti tak masuk pada final WC 1994 lawan Brazil. Masa tu ambe nengok macam poyo je sorang-sorang Brazil nih. Lantas ambe pilih untuk sokong Italy. Kena pulak brader ni tendang penalti tak masuk. Perghh terus berdesup perasaan, ada "sesuatu" pada tim ni. Terus minat sampai sekarang. Boleh tak alasan...kekeke.

"Sesuatu" itu ropanya selepas tarikh 060606, menang World Cup.

WC 2002, Italy kalah lawan Korea Selatan. Golden goal dari Ahn Jung Hwan. Hangin satu badan kat Korea. Dalam pada hangin tu beli jugak jersi Ahn Jung Hwan...kekeke

Antara nostalgia World Cup, yang akan diulang siar setiap 4 tahun sekali...hehehe

No comments: