Tuesday, July 06, 2010

Halaqah Sentuhan Qalbu


Malam ni mari la kita menonton Halaqah Sentuhan Qalbu u ols untuk santapan rohani kita. Ambe miss episode 1 & 2 sebab waktu tayangan dah bertukar. Dulu waktu siaran Halaqah setiap Ahad jam 10 malam di TV9 Dekat di Hati. Lepas tu bukak-bukak tibi, eh dah tak de Halaqah. Alkisah maka tersebut la kisah (toyibb), dah tukar waktu siaran.



Tajuk pada malam ini ialah "Kontrak Hidup"

Di kopipes dari facebook HSQ,

Kisah PERJANJIAN antara MANUSIA dgn PENCIPTA- NYA dikala DITIUPKAN ROH ketika 40 HARI di dalam KANDUNGAN IBU merupakan sebuah "KONTRAK HIDUP" yang PASTI akan DIHISAB semula. Penampilan istimewa. Jurulatih Kecerdasan Emosi & Spiritual, Saudara Rinaldi Agusyana bersama panel jemputan,...Dr.Fauzi Hamat ...SELASA..6/7/20...10 jam 10-11 mlm ,TATAP DENGAN MATA HATI..MUDAH-MUDAHAN ALLAH AKAN MEMBANTU ANDA SEMUA...INSYAALLAH

Episode lepas tak sempat nak ribiu. Insya Allah lah jika ada kelapangan. Sangat menyentuh qalbu episode yang lepas. La ni macam tak cukup taim nak tercongok lama-lama depan PC sambil memerah idea dan keringat (cewahh). Setakat entri malas pendek-pendek tu sempat la. Ada masa lapang mesti nak terlelap.

Berikut jadual harian selepas berumah dan tangga dari Senin hingga Jumaat

5.00 pagi - Bangun pagi dan masak untuk sediakan bekpes dan lunch box untuk asben. Mencabar sungguh ni bangun masak 5 pagi sebab tak penah buat sebelum ni kecuali bulan puasa. Tapi Alhamdulillah, kami laki bini suka bawak bekal pegi keje. Cik asben pulak pesen tak gemor makan kat kedai


Contoh lunch box tapi belom sempat nak buat design macam ni lagi...hehehe

5.45 pagi - Kejut asben dan solat Subuh togede-gede. Rugi kan kalau dah berumah tangga tak solat berjemaah. Rugi koleksen mata ganjaran. Mana waktu yang sempat kita bersama lah

6.30 pagi - Asben pegi keje, tempat keje beliau di ibu kota di tengah bandaraya, kena kluar awal. Cian dia sebab lepas dia pi keje ambe sambung tido balik...krohhh krohhh. Tak elok sebenonye tido lepas Subuh kan, tapi apa kan daya, mata dah jadik mata Garfield

7.30 pagi - Bangun tido lagi sekali dan bersiap untuk ke opis

8.30 pagi - Memandu ke opis

9.00 pagi - Kalau tak de eksiden kat federel hiway sampai la opis. Boleh kata selang sehari kat federal hiway akan ada eksiden. Apo lah nak jadik agak nyo. Seme jenis tak sabar. Dia potong tang sini, potong tang sana. Bila dah eksiden mengganggu masa orang lain. Terlambat aku sampai opis. Yang korang tak sabar-sabar ni nak pegi mana?? Dah tau tempat keje jauh keluar la awal (Paku dulang paku serpih...)

9.00 pagi - 5.30 petang : Di opis, apdet blog jika ada kelapangan dan komen kat FB. Sokmo je lapang nak apdet blog...kekeke

6.30 petang - Masak makan malam

9.00 malam - Makan malam berjemaah

Tido - bergantung pada kondisi mata mengikut suhu semasa.

Begitu la rutin harian di alam rumah tangga



Iklan : Kepada Abang Muslera, gudlak besok pagi. Kalau tak larat tengok, ambe tengok highlite je la.
Oitt pakai jersi mana tu? Tak mo jersi oren...hahaha

P/S : To Senpai, get well soon. Ambe rasa kalu nak kurangkan poison lam badan kena pekena ayam belanda masak kunyit ngn jus durian belanda kat gerai akak Musliha la...kekeke

No comments: