Monday, June 21, 2010

Seri mersing


Skuad veteran Azzurri seri lagi. Ampeh.

"Sudah la...toksah kao purak-purak tido tengah padang mintak simpati"


"Buat apa kao menangis di sini, pergi kao pergi balik Italy"

Photobucket

"Kaka, kenapa kao dapat kad merah? Kenapa? Kenapa? Wae? Lepas ni aku nak nengok wajah hengsem Brazil sapa lagi hah. Harap kan tin, tin makan biskut. Cesss"

Sekian laporan Piala Dunia dari peminat Italy tegar dan peminat Kaka yang kuciwaa wa wa...kekeke

Mamat botak ni Abbas Saad ropanya. Betul la firasat ambe. Selama ni nengok ESPN salu nengok tengah-tengah pas tu tak bape konsentret sembang-sembang mereka. Bila nengok mamat botak ni, macam kenal lah. Ropanya bekas mata air lama daa. Zaman beliau main dalam tim Johor masa Piala Malaysia tahun 90-an dulu. Taim tu zaman skolah. Skolah plak skolah semua pompuan, ketandusan studen lelaki yang boleh cuci mata. Menggeletis je la bila nengok pemain bola import yang hengsem macam Abbas Saad. Alistair Edward tak pandang sangat. Siap pegi skodeng umah Abbas Saad kat mana hahaha. Semangat sikit tengok Piala Malaysia masa tu. Nostalgia.


Percubaan kedua membuat vadey. Cam biasa dari resepi Mat Gebu. Percubaan pertama gagal.

Gagal sebab apa tau, sebab ayat ni "cuci kacang dhal dan rendam 4 jam".

Apaaa 4 jam???? Bila masa bole dapat makan kalo cenggini punya lama daa? Hari bekerja, sampai umah dalam 6.30 petang, nak rendam kacang dhal makan masa 4 jam, ngok ngek ngok ngek 11 malam baru dapat makan. Macam ni wak tak sabar mau berenang.

Tiba-tiba datang idea kreatif, sekreatif Doremon untuk penghasilan yang cepat di masak, sedap di makan. Ambe rebus kacang dhal tersebut supaya cepat lembut kononnya dan kemdian blender-kan dia. Lepas tu pollow cara-cara Mat Gebu seterusnya.

Hasil nya, maaf gambar kejadian tak sempat di rakam. Bila dah bulat-bulatkan dia kan, dah redi nak goreng tu kan, minyak dalam kuali pon dah panas, bila masukkan dalam kuali, perlahan-lahan vadey mentah tu hancusss sehancus hancus nya...hahaha. Jadik la ia vadey ram zadey.

Tanya Kak Hood petua kot-kot tahu, malangnya beliau tak penah buat plak kuih ni. Aigooo

Moral of the stori, jangan lawan cakap chef ya.

Percubaan pertama buat hari Jumaat lepas balik keje.

Percubaan kedua hari Sabtu, pukul 10 pagi den dah rendam kacang dhal. Petang goreng jadik la ia seperti gambarajah di atas. Kelihatan kasar sikit sebab tak sabar dah nak makan.

Paling best bila masak-masak ada orang suka makan. Paling best lagi bila orang yang suka makan tu tak cerewet bab makan. Paling best lagi dan lagi ialah kalau orang itu ialah suami kita sendiri. Pantang nampak seme makan...hehehe

No comments: