Tuesday, June 22, 2010

Korea Selatan harus mengawal ketat YOBO


JOHANNESBURG Selasa - Satu lagi perlawanan sengit bakal berlangsung pagi besok di antara Korea Selatan menentang Nigeria. Perlawanan penentu samada Korea Selatan akan bungkus balik kampung atau melangkah ke pusingan seterusnya. Sekiranya Korea Selatan bungkus, alamat kuciwa lah aweks-aweks penyokong Korea Selatan di sini. Korea yang satu lagi yak itu Korea Utara nampaknya telah mengucapkan selamat jalan romeo selepas di-gulai-kan 7-0 oleh Portugal semalam.

Pihak kami dikabarkan Portugal telah menggunakan khidmat pawang power bernama Alfonso de Albuquerque untuk mangaburkan penglihatan penjaga gol Korea Utara supaya bola dari pihak lawan kelihatan blurr dan terus masuk ke gawang Korea Utara. Kijam memang kijam. Pihak kami masih lagi menyiasat samada berita ini beneran atau pelesu semata-mata.

"Ooo awak pikir lubang hidung awak besar saya takut ke..."

Berita yang diterima dari ibu pejabat GO di Seoul memaklumkan bahawa skuad Korea Selatan harus mengawal ketat kepten Nigeria pagi esok supaya kepten Nigeria yang bernama YOBO itu tidak menjaringkan sebarang gol. Walaupun beliau bermain di posisi pertahanan, beliau harus di kawal ketat dan rapat. Sekiranya YOBO berjaya menjaringkan gol pada pagi besok, alamat nama beliau bertambah glamer la di negara Korea Selatan yang mana nama beliau memang telah sedia maklum femes lagi glamer di Korea Selatan dan juga di Korea Utara, barangkali.


YOBO versi Nigeria merangkap kapten pasukan

http://en.wikipedia.org/wiki/Joseph_Yobo

Hai la YOBO sampai Nigeria ko pegi yek

"Yoboooooo....."

Seswatuh nye bila Park Ji Sung berteriak girang memanggil 'yobo' kat YOBO.

Pegi Felda United plak la Encik Park

Untuk berita seterusnya, cuba jelaskan apa maksud "YOBO" dalam bahse Korea bagi yang tau

Hahahaha

Korea Selatan vs Nigeria
2.30 pagi

Aja aja fighting Korea Selatan!!

Ambe rasa tak nak tengok sebab bila tak tengok game Korea menang, macam lawan Greece aritu. Bila tengok lawan Argentina, kalah plak. Mencikk

Nota kaki :
Korea Selatan, dari kisah bola sepak hingga ke hiburan, seme menarik nak diceritakan tanpa jemu. Ottokeee?!
Bila la kita nak tiru mereka agaknya?

No comments: