Thursday, May 20, 2010

Terkejut beruk mak nyeh


Salam semanis kurma. Malam ni topik Semanis Kurma di TV9 jam 10.00 malam ialah "Perkahwinan - Agama atau adat?" Sensasi jugak topik ni. Mari lah kita sesama nonton ya.

Sekali lalu bila lihat pada tajuk kita dah boleh bagi jawapan yang tepat dan padat iaitu tentulah agama kan, kerna adat adalah ciptaan manusia biasa yang boleh dipinda-pinda sesukati hati kita. Tiada mendatangkan dosa. Ye tak?

Berbalik kepada cite beruk ni pula.

Comeng arr...ambe tak bersalah

Kenapa bila manusia terkejut, beruk yang dapat nama ek? Why? Wae? Wae? Ottoke?

Apa speselnya beruk ni sampai namanya dijulang sewaktu manusia mengalami kejutan? Nak kata hengsem beruk ni, tak jugak.

Arakian nya semalam ambe telah dilanda sindrom terkejut beruk dan beruk pilihan ialah beruk mak nyeh. Mana datang la mak nyeh ni yek...kekeke

Eh bukan semalam terkejut beruk, baru kejap ni sewaktu sedang kemas-kemas dompet duit. Nak buang mana-mana resit yang menyemak dalam dompet ni. Sekali ternampak resit makan di Old Town Kopitiam di Pavillion Mall semalam. Semalam tak perasan. Semalam bayar bil, ambik resit, masukkan dalam purse dan lantas berlalu pergi menuju destinasi cinta...yea yea. Eh tu lagu Datuk Siti. Menuju ke kedai yang hendak dituju iaitu Parkson. Itu saja kedai yang mampu dijejakkan kaki apabila pergi ke Pavillion Mall, tempat shopping orang ada-ada, yang tersergam indah terletak di tengah bandaraya itew.

Orang kebanyakan seperti saya ini hanya Parkson saja yang seswai. Sedey.

Dagang pak malau dagang bertempat
Dagang hamba musafir lalu

Pantun sedey untuk menggambarkan mood yang sedey pabila masuk ke Pavillion. Sekadar lalu-lalu je sementara nak sampai ke Parkson

Terpaksa pergi ke Parkson Pavillion sebab Parkson di Subang Parade, barang yang ambe nak beli sudah kehabisanlullazi.

pendedahan ekslusip

Terkejut beruk kerna segelas air suam yang ambe oder berharga RM1.20. Itu pon minum separuh. Oder air sekadar buat syarat. Sebab time makan ambe tak amalkan selang seli minum air. Dah terbiasa. Kang tak oder air orang nampak pelik plak. Ya ada orang yang akan moskel. Hai minah ni, berkira ke nak beli air? Taik idong masin ke apa tanak beli air. Kang terbegik tercekik sapa yang susah.

Alhamdulillah, setakat harini belom penah terbegik atau tercekik jika tidak minum air sewaktu makan.

Kembali semula kepada aksi terkejut beruk

APAAA???? Air suam segelas singgit doploh sen???

Harus la pas ni gak kalu kawe gih Old Town Kopitiam lagi, kawe bawok bekal air suwe siap-siap. Ai suwe u ols, ai suwe (I swear )

No comments: