Friday, May 07, 2010

Coffee House : Posto posto...eh photo photo


Di kala ini hati dan perasaan hamba terasa berbunga-bunga girang persis Go Minam di hentian bas kerna semuanya telah sah, sahih lagi nyata. Photo-photo rasmi telah membuktikan nya



Di iringi muzik latar belakang Bunga-bunga Cinta dari Misha Omar

Di kala ku kesepian

Dihanyut ombak yang resah

Kau mengobati kerinduan



Akhirnya dikau konpem hadir mengobati kerinduan selepas daku dihanyutkan oleh ombak yang resah. Motifff


Annyeong Park Shi Yeon sshi. Percubaan beramas mesra dengan beliau untuk mendapatkan feel hehe


Eun Jung (T-Ara). Untuk watak sila baca tulisan kat gegambars itu


Antara faktor-faktor keterujaan terlampau terhadap drama ini

1. 2007 - Beliau muncul dengan drama Scandal in Old Seoul / Capital Scandal. Sebuah drama yang berlatar belakangkan tahun 1930 an. Tiada penggunaan gajet-gajet canggih.

2. 2008 - Muncul pula dengan Hong Gil Dong, sebuah drama purba yang berlokasi di dalam hutan rimba sambil diiringi kicauan unggas-unggas yang berterbangan dan juga harimau (Ingat lagi tak Gildong dan Yinok tangkap harimau di dalam hutan). Juga tiada penggunaan peralatan moden dan canggih lagi cute seperti teddy bear ke, patung pig-rabbit ke atau teddy bear baju hitam pegang bunga ros ke. Tiada sama sekali. (Motif nak jugak ada teddy bear bagai hiks)

3. 2009 - Tiada drama tapi ada filem, Secret Agent. Filem tak puas tengok. 1 jam lebih mana cukup. Haha. Dan pada tahun ini juga berlaku peristiwa manes lagi bersejarah dan terindah. 29 October 2009 di The Heeren, Singapura. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Peristiwa ini bole lah ambe simpulkan sebagai klimaks / kemuncak aktiviti sepanjang karier berblog ambe bergelumang bersama K-Drama. Mungkin lepas ni dah tak boleh terkinja-kinja depan pentas lagi hahaha

4. 2010 - Coffee House, sebuah drama moden di zaman kini. Boleh lihat beliau menggayakan pesen-pesen baju terkini dan canggih selari dengan arus permodenan semasa. Juga boleh lihat nanti beliau memandu kereta canggih kemdian membuat U-Turn mengejut di jalan raya. Adegan rasmi dalam K-drama


Sekali pandang dia ni ambe tingat kat Han Hyo Joo (Brilliant Legacy) dengan Im Soo Jung (Sorry I Love You). Macam ada iras-iras. Tapi ada juga yang nampak iras Park Shin Hye dalam You're Beautiful.


Adakah gandingan yang sherashi?


Ini nampak macam dah sherashi dah ni



Ini nampaknye bole mendatangkan jeles...kekeke



Cafe Coffee House. Sebuah lagi cafe yang bakal diterjah nampaknye selain cafe Coffee Prince dengan menaiki Air Asia tak lama lagi. Kehkehkeh

*Credit : CH @ soompi

*****

Follow me & Kang Ji Hwan?!

Sapa nak follow atau link blog saya ini, sila kan lah ya. Bukan kena bayar pon. Bukan kena paksa klik nuffnang pon. Blog ni tak de nuffnang. Sila buat macam blog sendiri. Jangan memalu. Aaa tambah nasik. Tapi jangan follow rapat sangat. Blog ni bukan betol sangat. Merapu je banyak. Kang korang terikut sewel kang hehehe

Yang sebeno nya ambe pon tak paham konsep follow mollow ni. Boleh dapat wang mas kah? Bukan kalau kita dah baca blog tu dah kira follow kah??

No comments: