Friday, March 19, 2010

Attack on the Pin-Up Boys (2007)


Salam sejahtera dan annyeong hashimika. Neh, geurosseumida *sambil tunduk hormat ala pengacara Entertainmen Weekly*

Yorobun, bersempena dengan kedatangan boy band Korea, Super Junior atau singkatan nama manjanya SuJu (bukan soju) ke negara kita besok 20 Mac, harini ambe ingin meribiu mengenai sebuah filem lakonan Super Junior. Ada filem mereka ropanya. Peminat tegar Super Junior pasti sudah menyaksikan filem ini. Filem diterbitkan dalam tahun 2007 oleh SM Pictures, kaum kerabat SM Entertainment, syarikat pengurusan SuJu.

Jadik ke tak konsert SuJu besok ni ek? Sonyap yo. Dengar citer teket dah sold-out (Dari ejen penjualan teket http://www.marctensia.com/)


Wahhhh ottoke? Ambe belom sempat beli teket lagi ni. Aigooo. Otokajo?

Lepas ni try test bawak 2PM (Nickhyun) dengan CN Blue(Jung Yong Hwa) plak. Tengok pasaran macam mana. Laku ke tak laku teket.

Eniwei, shabas inspekter sahab.

Berbalik kepada filem ni yang berjudul "Attack on the Pin-Up Boys". Tak larat betol. Baling tahi /taik telah dijadikan tunjang jalan citer filem ini. Dah kehabisan benda nak baling kot. Kot la baling sampah, baling telur busuk, baling bangkai, baling tepung dah biasa agak nya. Jadi penulis skrip ini mengeluarkan idea baling tahi pula untuk menarik perhatian. Bukan tahi hidung ya tetapi tahi yang kita berak tu. Kalau tahi hidung tahan lagi, tak de la busuk mana kan hahaha

Mintak maap la kalu ada sesiapa yang tengah makan tu. Pegi la habiskan makan dulu. Tak pong besok-besok je anda baca ribiu ni. Dikhuatiri anda akan loya plak kang sebab ada beberapa gambo tahi yang akan dimuat naik kan untuk eksplenasen yang lebih jelas.

Citer ni memang pengotor sikit ya. Tapi mana yang anda lebih prefer, citer yang pengotor bermain dengan tahi atau citer yang mempersendakan kekurangan orang seperti jongang, juling, tempang dan yang sewaktu dengan nya?

Kalau kotor kita boleh cuci bersih, tapi kalau hati orang dah terguris, kesian kat dia kan. Mentang-mentang la dia serba kekurangan kan. Siap ada lagu lagi. Budak-budak sekolah yang nakal senang nak ejek kawan-kawan dia yang senasib dengan mendendangkan lagu saja. Sedih tau kalau kena ejek kat skolah. Uwaaa. Ambe pernah kena ejek kat skolah rendah dulu sebab naik keta katak. Rasa macam nak benti skola. Sebab taim budak-budak dulu daya ketahanan mental dan konsep redo dan pasrah belum kuat lagi dalam diri.

Mentang-mentang aku orang meskin naik keta katak yang tak de ekon, enjin bunyi kuat satu kampung leh dengar, ko hena kan aku ya. Tak pe, tak pe. Ada ubi ada batas.

(Apa dosa katak tu ek. Manusia yang buat kreta, katak yang dapat nama)


Sinopsis filem ni dipetik dari encik wiki

After the unusual attack on a school flower boy (heartthrob / pretty boys) on February 14, the same attacks began to happen at different high schools on every month of the same day. Rumors say that the next victims will be at Neulparan High School. The studious student Kibum decides to investigate the matter, blogging all of the terror events on the 14th of each month, causing the event to become a hot topic within the student body. After several attacks, Kibum predicts that the next victim will be either Siwon, president of the student body; Heechul, president of the dance club; or Kangin, the captain of the Judo Team.

Kisah mengenai beberapa orang top studen di-attack dengan jijik sekali. Mereka dibaling najis tahi sewaktu dalam perjalanan pulang dari sekolah. Dia attack studen femes je. Donghae dan Kibum bersembang mengenai hal ini.

Btw, filem ini dilakonkan oleh kesemua anggota SuJu kecuali Kyu Hyun sebab dia eksiden, mengikut bacaan di wiki. Boleh berlakon dengan baik depa semua ni

Mangsa terbaru ialah Sungmin. Part kena tahi di-blurr kan. Memang jijik sangat la tu. Dah 3 orang mangsa yang terdiri dari studen femes kena baling tahi iaitu Sungmin, Hankyung (hengsem :P) dan Yesung.

Seterus nya siapakah mangsa yang ke-4? Ada 3 calon utama yang dijangka akan menjadi mangsa seterusnya. Mangsa di sekolah lain pula.

Mamat perasan hensem. Tak larat pose seksi tu

Calon mangsa yang pertama, Choi Siwon, selaku ketua pengawas sekolah

Calon ke-2, Kim Hee Chul, leader kumpulan tarian sekolah

Calon ke-3, Kangin, the macho guy. Gagah dan perkasa. Ada black belt kaler biru

Siapakah di antara 3 ni yang akan menjadi mangsa pembaling tahi itu?

Nak dijadikan citer, 3 mangsa yang kena baling tahi sebelum tu telah tiba-tiba menjadi popular dalam sekelip mata disebabkan peristiwa luar biasa yang terjadik pada diri mereka. Ramai syarikat CF, majelah, syarikat kosmetik, ambik mereka menjadi duta. Dengan tidak disangka-sangka kena baling tahi boleh jadik glamer. Bukan kena ejek atau disisahkan, malah menjadi glamer dan duit masyuk sebab jadi duta iklan dan sebagainya

Jadi misi pon dah tertukar. Bukan nak mengelak dari terkena baling tahi tapi sebaliknya mereka mahu menjadi mangsa di-attack tahi sebab mahu glamer dan femes hahaha

Beliau jeles sebab mangsa yang kena attack dapat berjumpa dengan BOA haha

Kibum interbiu mangsa baru no-4 yang kena attack

Iaitu Siwon. Kibum nak tahu macam mana Siwon kena attack

Siap ada gambarajah. Tu dia tahi itu berkata-kata

Cekgu nak baling kapur kat pelajar yang tak konsentret dalam kelas. Ganas you

Kangin frust sebab tak kena attack. Eun Hyuk bilang,

"Macam mana kau nak kena attack sebab kau kan terer judo. Gila la dia kalau dia attack kau. Mau dia kena karate dengan kau"

"Ye tak ye jugak kan" Kangin bersetuju

Mereka pon berbincang dengan seriyes macam mana nak buat supaya Kangin kena attack. Panda tu geng sparring Kangin. Eun Hyuk bagi idea patahkan kaki Kangin hahaha

Ni plak geng nari Hee Chul. Terdiri dari Dong Hae dan Shin Dong. Siap ada sampel tahi untuk merangka pelan macam mana Hee Chul boleh kena attack. Shin Dong siap pakai apa tu soft toy macam topi bentuk tahi kat kepala. Tak larat. Kalau SuJu jadik duta produk topi tahi tu mesti laku giler

Last, lagu tema filem ni Wonder Boys dari Super Junior. Best lagu dia


Sepanjang filem ni ambe tercarik-carik mana Lee Teuk. Dia gi mana ek? Jawapannya ada di akhir bideo klip lagu Wonder Boys. Gogel la utube

No comments: