Thursday, February 18, 2010

KBS Drama Awards 2009 - Part 2 (Last)


Rancangan bersambung kembali. Untuk KBS Awards ni ada 3 bahagian berbanding MBC dan SBS cuma ada 2 bahagian. Ambe cut-cut short je la. Part 1 & Part 2 telah digabungkan. Ini part yang terakhir.

PART 1 ( YOGI)


Dimulakan dengan persembahan 4 bradek "Song" ni menerusi drama My Too Perfect Sons.

Tonton persembahan di sini. Ambe rasa lagu ni ada dinyanyikan dalam drama tapi tak ingat episode mana. Dalam drama ni kan depa banyak bernyanyi untuk mak bapak dia kan. Very der funny. Nak pujuk mak yang tengah hangin, depa berempat ni menyanyi


Seterusnya. Sapa tengok Jolly Widow mesti kenal akak cantik manes ni. Excellence Awards - Daily Drama - Jo An (Jolly Widow)


Seterusnya - Excellence Awards - Miniseries - Actor - Abang Ji Jin Hee menerusi drama He Who Can't Get Marry


Seterusnya untuk Miniseries - Actress - dimenangi oleh akak "Han Ji Su" sshi (ikut intonasi abang posmen dalam drama That Fool) atau nama glamer dia Kim Ah Joong

Drama That Fool / Accidental Couple belum katam lagi. Next change lah


Calon-calon Excellence Awards - Mid Length Drama - Actor. Brape banyak kategori drama ada daa. Miniseries, Daily, Mid Length. Tapi bagus jugak dia buat macam ni, jadik ramai sket boleh menang. Masing-masing berlakon macam nak mati. Nampak nya Abang kacak "Goo Junpyo" kita ada tercalon sama lah. Tahniah juga sebab tercalon di kalangan sunbae-sunbae yang lain. Tapi dah boleh agak sapa yang akan di menangkan.


Ye mereka berdua ini menang sebab drama mereka sukses di dalam rating. Kelebihan nya di situ. Kiri, Kim Seong Woo (IRIS) dan Jung Joon Ho (IRIS). Pakcik Kim Seong Woo ni laki bini menang anugerah. Bini dia menang di MBC menerusi drama Queen of Housewives. Menambahkan koleksi tropi di rumah mereka. Pakcik Kim Seong Woo peberet sejak zaman Hotelier.


Oh sapa ni. Akak "Jandi" kita juga menang. Horeyyy. Tingat masa awal-awal BOF Korea di tayangkan dulu beliau kena kutuk kaw-kaw. Beliau mendapat ranking tercorot antara 3 heroin Hana Yori Dango 3 versi, Jepun, Taiwan & Korea sebab kurang cun. Mianhe "Jandi" ah. Ambe pon tompang sinki eh tompang sekaki melemparkan kutukan. Kekeke.


Excellence Awards - Mid Length Drama - Actress - Goo Hye Sun (Boys Over Flowers). Rupanya ko ni lain dari yang lain. Antara heroin yang tak gemar tayang dada dan berkemban di kapet merah. Majlis ni antara salah satu dari nya. Boleh dia terpikir nak pakai uniform sekolah Shinwa School. Shabas beti

Ucapan beliau,

"Uhh..this is so unexpected. Thank you so much. It has been almost a year since BOF ended, time really does fly so fast. To all the BOF team who worked so hard, all the actors and staff, I want to thank you. Also, before, I just was not thinking straight that I lost the chance to thank my loving parents. Mom and Dad, I love you. Also it is an honor to receive this award along with Kim Tae Hee sunbaenim. I want to also give much thanks to Lee Min Ho who so well acted in rhythm with me. Everybody, I wish you all the blessings for the New Year! Thank you." (Credit Poppinkypop)


Sang hero tersenyum menyaksikan heroinnya berucap. Oh saibaaa, oh saibaaa...bakpo tengok muka dia nih je nak nyanyi oh saibaaa...hahaha


Pemenang ada 2. "Jandi" bersama akak IRIS ni. Akak IRIS kita ni sungguh syahdu sekali sewaktu berucap. Rasa nya ini lah pertama kali dia menang anugerah lakonan yang betul-betul mengiktiraf kebolehan lakonan beliau. Sebelum ni dia penah menang tapi ketegori popular undian sms sajor. Anugerah heroin paling comey pon selalu dah menang. Dia pon salah sorang ratu CF.


Excellence Awards - Mid Length Drama - Actress - Kim Tae Hae (IRIS)

Ucapan beliau,

"Iris" is a very important work that rescued me when I have fallen into the feeling of regret as an actress. Thank you so much for this big award. I apologise as it's not possible to mention everyone a little more closely. To the 'Iris' directors and all the staff, thank you for your help that I was able to live fully as Choi Seung Hee. To my very wonderful partner, senior Lee Byung Hun, I seem to be receiving this award because of you. To senior Jung Jun Ho, senior Kim Young Chul, senior Kim Seung Woo, Kim So Yeon, thank you very much for the precious bond. I'll work harder in the future." (Credit kimtaehaetv )


Excellence Awards - Long Length Drama - Actress - Yoo Seon (My Too Perfect Sons). Akak "Bokshil" ni pon best


Top Excellence Awards (Best Acting Awards) - Actor - Soo Hyun Joo (My Too Perfect Sons). "Jinpung sshi" Kekeke


Kekeke "Brutus" pon ada. "Brutus" bersama "Mipung" dari My Too Perfect Sons


Top Excellence Awards - Actress - Chae Si Ra (The Iron Empress). Tak menang tak patut la ni. Penat dia berlakon drama aksi beratus episode. Terjatuh kuda, terjatuh dalam sungai bagai, tapi dia tahan Jebatt


Anugerah terakhir yang paling grand sekali, Grand Prize / Highest Awards jatuh kepada Lee Byung Hun (IRIS). Terang lagi bersuluh. IRIS hit sebab dia kot. Dah lama tak muncul dalam drama. Selepas beraksi di Hollywood, beliau kembali ke skrin kecik. Kembali dengan jayanya.

Oleh itu ambe tujukan lagu Iris nyanyi Awie ini sebagai ucapan tahniah dari warga kerja waiem belokspot (macam ramai noo la warga kerje nyee). Chukaheyo! Semoga bertemu dengan "Iris" sebenar satu hari nanti.

Sekian. Kita berjumpa lagi di KBS Drama Awards 2010 jika ada kesempatan dan kelapangan. Takut tak terfollow lagi je. Hehe. Tata!

No comments: