Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431



Selamat menyambut tahun baru 1431 hijrah kepada umat Islam.

Semoga tahun baru ini disambut dengan penuh syukur, penuh taqwa dan keimanan.

Semoga tahun 1431 ini akan lebih baik dari tahun sebelumnya.

Semoga azam-azam yang dibina pada tahun lepas sudah tercapai. Kalau tak cam biasa la carry powed ke tahun hadapan.

Bagi yang maseh mempunyai ibu dan bapa, jangan lupa sebelum Magrib tepon mereka minta ampun dan maaf sempena nak katup buku lama ni. Pas Magrib tepon lagi untuk mohon restu dan berkat untuk menjalani kehidupan baru pada tahun 1431, selain membaca doa akhir dan awal tahun. Kang ralit tengok final bola sukan Sea terlupa plak nak tipon mak dan ayah kek kampung nu.

Sebagai pengakhiran dan permulaan tahun, sesama kita ingat mengingati supaya jangan sesekali kita lupa status kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

Peranan "hamba" adalah menurut segala perintah Tuhan nya tanpa banyak soal dan songeh. Hamba yang hanya menumpang hidup sementara di alam fana ini. Tiada yang lebih penting dan utama dalam kehidupan kita ini selain menunaikan segala perintahNya.

Tiap-tiap hari kita ubah status dekat Facebook, tapi jangan sesekali kita ubah status kita yang satu ni ya. Mudah-mudahan kita semua diberkati oleh Allah s.w.t di sepanjang tahun 1431 ini. Amin.


* poster cilok dari blog sultanmuzaffar

Semalam pergi menonton filem Muallaf sempena tayangan perdana di Cathay The Curve sebab dapat teket free. Kamsahamnida AJK GO bahagian free gift iaitu Cik GRP. Memang cekap dan pantas bab teket-teket free ni. Pantang ada peraduaan seme dia masuk. Shabas inspekter sahab shabas.

Muallaf akan mula ditayangkan pada 24 Disember di Mesia. Karya terakhir arwah Yasmin Ahmad. Pergi la menonton di pawagam yang berdekatan anda.

Akhir kalam, dengan rasa rendah diri saya ingin memohon ampun dan maaf sempena penutup tahun hijrah 1430 sekiranya ada terkasar bahasa, menggores hati dan perasaan para pembaca dan kenalan sekalian dan yang sewaktu dengannya. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari saya hambaNya yang hina lagi serba kekurangan.

No comments: