Wednesday, December 30, 2009

Imbasan GO : Drama Korea 2009


2009 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Mari kita imbas kembali drama-drama Korea yang ditayangkan di sepanjang tahun 2009. Di hujung tahun majlis rutin tahunan iaitu Drama Awards bakal berlangsung untuk memberi pengiktirafan kepada mereka-mereka yang bekerja keras macam nak mati setengahnya tu di dalam industri drama ini untuk menghidangkan kita drama yang bermutu dan berkualiti. Malam ni MBC Drama Awards bakal berlangsung manakala besok malam KBS dan SBS Drama Awards ke udara serentak.

Kita amek drama yang glamer-glamer je la ya. Mana yang telah sempat saya layan, mana yang KIV dulu dan mana yang disimpan buat pekasam time pencen nanti tengok jika panjang umur.

Ada orang komen "kau ni asek tengok drama Korea je" sebab ambe selalu ribiu drama Korea.

Saudara-saudari sekalian, sebenarnya dalam kehidupan kita ini memang tidak dapat dipisahkan dengan drama. Kalau anda tak tengok drama Korea, anda mungkin tengok Nur Kasih atau Aliff Firdaus atau drama Jepun atau drama Taiwan, Hongkong, China, Sinetron, drama Pilipin, Telenovela dan juga drama Hollywood kan. Sapa yang rajin layan Zee TV mesti terlayan juga drama Bollywood.

Tu belom lagi termasuk drama "realiti" kita. Orang ni tipu orang tu, orang tu tipu orang ni. Hutang orang tak mau bayar. Bila call henfon off. Selalu tukar nombor phone dan sebagainya

Pendek kata, drama dan manusia tidak dapat dipisahkan. Tak gitu Cik Senah?

Kita saksikan drama di MBC dulu

Slot Isnin - Selasa


Queen of Housewives - Drama ni menggantikan drama East of Eden. Sebuah drama yang hit. Dah donlot tapi tak sempat tengok lagi. Hold dulu tengok sebab ada pakcik yang paling kanan dalam poster tu. Tengok Partner ada muka dia, tengok Hot Blood pon ada muka dia jugak. Aigoo. Jadi saya KIV dulu citer ni sebab dikhuatiri ambe termuntah hijau nanti sebab asek tengok muka dia saja.

"Yoon Sang Hyun oppa, wait for me okke. I watch u next year la yer. Muahs"

Queen Seon Duk - Selepas tamat drama Queen of Housewives tu, diganti kan dengan drama ni. Tak disangka-sangka drama ini gedebas hit. Sempat layan sehingga episode 6. Sambung tahun depan la. Sebuah drama berlatar belakangkan sejarah. Permaisuri perempuan pertama yang memerintah. Ramai jugak orang minat sejarah rupanya.

Dijangka drama ini akan sapu banyak anugerah pada malam ini termasuk anugerah besar Grand Prize.

Slot Rabu-Khamis


Return of Iljimae - Drama ni sempat layan episode 1. KIV jugak. Tapi akan tengok sebab nak compare dengan Iljimae Lee Junki. Iljimae mana lagi ensem huhuhu


Cinderella Man - Drama ni ambe rasa akan KIV buat pekasam tengok time pencen nanti.


Triple - Selepas Cinderella Man di gantikan dengan Triple. Triple ni pon rasa KIV je la. Dah kehabisan drama nanti bole tengok cite ni. Patut Kang Ji Hwan ada blakon dalam drama ni tapi last minit tak jadik. Sebagai peminat fanatik KJH, ambe pon tak jadik la tengok sebagai sokongan kepada penarikan diri KJH dalam drama ni (Tah pape punya alasan) Haha


Heading to the Ground - Drama ni juga hero bertukar tangan. Asal nya hero Kim Rae Won tapi sebab dia nak pergi PLKN, maka di gantikan dengan Yunho / U-Know (DBSK). Tak sure bila nak tengok drama ni.

HERO - Sehingga harini belom sempat layan episode yang ada sarikata. Ambe tunggu punya tunggu punya tunggu sarikata, sampai la ambe pindah rumah. Rumah pon berserabut bagai, belum siap kemas lagi. Internet pon dah potong. Gamaknya tahun depan la tengok HERO ambe yang sorang ni.

Friend, Our Legend - Drama ni drama wiken Sabtu-Ahad. Sempat layan sampai episode 2. Teruja jugak nak tengok sebab dia remake filem Friend Jang Dong Gun yang hit satu ketika dulu. Menggunakan dialek Busan sepenuhnya. Ada OST best dari TOP dan Taeyang berjudul "Chingu"

**********************************
Kita ke drama SBS pula

Slot Isnin-Selasa

Ja Myung Go - Sebuah drama sejarah jugak. Tapi kurang mendapat sambutan sebab bertembung dengan Boys Over Flowers dan Queen Seon Deuk. Pada instinct ambe drama ni best kalau ikut pada jalan cite dia. Kita KIV dulu.

Dia ni dah isi borang AJK GO belom ni?

Dream - Lepas Ja Myung Go, Dream mengambil alih. Dream juga tewas di rating sebab bersaing dengan Queen Seon Deuk jugak. Penampilan pertama Son Dambi dalam drama. Kisah mengenai boksing. Ambe sempat layan episode 1 & 2. Eksited sebab nak tengok hero hot, Joo Jin Mo dan adek comey hot, Kim Bum. Pendek kata drama ni memang seronok lah cuci mata. Ahaks.

Slot Rabu-Khamis

Star's Lover - Drama Choi Ji Woo. Tak sempat nak usha 1 episode pon.

Cain & Abel. Drama ni pun ambe rasa KIV tengok time pencen nanti. Drama hospital ni kureng sket la. "Saya takut darah" hehe

City Hall. Drama ahkak Kim Sun Ah. Tak perlu ulas panjang. Antara drama yang best dan terbaik di tahun 2009. REKEMENDED tengok. Kisah yang menarik ditonjolkan iaitu mengenai politik dan mayor perempuan yang di perkotak katikan. Menerusi drama ni jugak saya tangkap cintan sama hero nya Cha Seung Won yang kendo itew.

Saya tidak dapat meneruskan meribiu drama ni sebab tidak cukup waktu. Mianhe.

Shallow of the Sun. Drama ni juga macam tak berapa nak menarik perhatian. KIV je la dulu

You're Beautiful. Yaaa seterusnya. Drama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Virus Go Minam telah tersebar ke serata blog. Antara drama yang best dan terbaik jugak bagi tahun 2009. Telah mencetuskan 1 fenomena di mana semua AJK GO menonton secara serentak. Maksudnya, sama-sama bole mengumpat mengenai drama ni bersama dalam waktu yang sama.

Pertama-tama sekali ambe menonton drama ni disebabkan penulis skrip nya iaitu Hong Sisters. Hong Sisters juga berjaya mencetuskan fenomena di mana taraf beliau sudah sebaris dengan pelakon popular lain, di mana orang menonton drama kerana beliau dulu. Letak la sapa pon pelakon nya, peminat drama Korea yang dah familiar dengan Hong Sisters akan tonton dengan hati yang terbuka.

Tahun depan kita tunggu apa pula drama yang akan Hong Sisters ni tulis.

Slot Sabtu-Ahad


Shining Inheritance. Atau nama lain Brilliant Legacy. Drama ini juga dengan tidak disangka-sangka hit gedebas. Tapi ambe belom ada keinginan nak tengok drama ni. Pesal tah. Mungkin sebab heroin dia. Sebab tengok drama-drama dia sebelum ni (Spring Waltz, Iljimae) dia macam lemau je. KIV la dulu

Bakal bawa pulang banyak awards juga drama ni.

Style - Ada stail lahhh. Jalan cite yang menarik. KIV tahun depan

Smile You . Dengar cite macam best cite ni. Tengok episode ada 46. KIV la dulu. Hero dia telah digembar gemburkan sebagai abang kandung kepada Shin Woo hyung (You're Beautiful) sebab muka ada iras sama, surname "Jung" pon sama. Tapi bukan. Kebetolan saja.

***************************

KBS pula. Wohooo. Banyak drama best. Bagi yang ada Estero boleh saksikan di channel 303 KBS World. Mesti ramai yang ada idea dan info mengenai drama-drama di KBS ni.

Slot Isnin - Selasa

Boys Over Flowers. Yaaa drama yang juga tidak perlu diperkenalkan lagi. Drama pembuka tirai 2009 di KBS. Korea turut menerbitkan drama dari manga popular Hana Yori Dango ini. Ambe memang naif dan buta bab-bab manga ni. Kalau Mangga 2 ambe penah pergi kat Jakarta. Buah mangga pon suka jugak tapi yang manes je.

Perbandingan tentu nya akan dilakukan terhadap versi adaptasi yang terdahulu. Hana Yori Dango (Jepun) dan Meteor Garden (Taiwan). Dua-dua ni saya belom pernah tengok. HYD tengok sekerat, belom sambung lagi.

*Masa 2 drama ni hot (HYD & MG), aku buat apa dulu ek? Takkan studi manjang kot. Ke ambe duduk dalam gua? Tah. Ambe pon lupa daa*

Drama ini juga telah merapatkan hubungan ambe dengan beberapa pengunjung blog ini yang sering tonjolkan diri di kotak jerit. Dan drama ini juga merupakan topik utama kat blog ni. Asal sembang mesti terselit pasal BOF. Hero nya pon sudah ditemui secara langsung. Ambe mahkotakan drama ni sebagai drama of the year bagi tahun 2009.

"Nah Junpyo amek crown bunga ni"

Saksikan la esok KBS Drama Awards jam 8.50 malam di channel 303 Estero. Sambut new year kat rumah depan TV je sudah la. Jangan pergi kelab malam tak de lesen. Nanti kena tangkap. Malu wooo.

The Sling Shot. Macam biasa lah baru tengok episode 1 & 2. Akan habiskan tonton sebab dengar cite jalan cite dia menarik

The Man Who Can't Get Married. Drama ni juga tak terlayan. Remake drama Jepun Kekkon Dekinai Ottoko. KIV time pencen

The Queen Returns. Sapa ada tengok nih? Suka tol tajuk "Queen" depa nih kan

Invincible Lee Pyung Kang. Ini pon tatau apa kisah ni. Yang ambe tahe heroin dia Nam Sangmi (Gourmet). Aiyaah Gourmet pon belom katam lagi

Slot Rabu - Khamis

That Fool. Ini pon tunggu turn nak tengok.

Partner. Ok ni dah tengok.

My Fair Lady. Come back drama Yoon Eun Hye selepas Coffee Prince. Di awal pengumuman drama ni, dijangka akan meletop. Tapi bila dah tengok, hmmm biasa-biasa saja jalan cite dia. Pengambilan hero nye juga mengejutkan peminat drama Korea. Tak sangka nama Yoon Sang Hyun naik. Sapa Yoon Sang Hyun?? Mejistret? Loyar? Tukang masak?

Tang luar biasa sikit, watak Tureonim kesayangan hamba, Kang Sumin. Kekeke. Hopefully malam besok dia ada di meja My Fair Lady.

IRIS. Tak dapat nak follow lagi drama ni. Tahun depan la ambe tengok. Haha semuanya tahun depan. Berapa banyak drama nak tengok daa.

IRIS juga bakal membawa pulang banyak awards sebab rating yang tinggi. Lee Byung Hun antara calon untuk menang Grand Prize di KBS

Slot Sabtu-Ahad

My Too Perfect Sons. Ni antara drama hujung minggu yang ambe follow di KBS World. Berjumlah 54 sepisode. Kalau ambe miss ada orang tolong apdetkan. Memang best cite ni. Sebuah drama keluarga yang tak de wajah-wajah pelakon glamer dan juga tiada watak-watak anak orang kaya. Hero dia pon jarang buat U-Turn mengejut di tengah jalan haha

Three Brothers Drama ni ambe tak follow sebab watak mak dia tak menarik walaupun anak nombor 3 kacak bergaya. Untuk slot drama Sabtu Ahad ni, semua watak dia kena best sebab drama macam ni dia akan shooting dalam rumah kebanyakannya. Jadi kalau 1 watak utama dah gagal menarik perhatian, memang mengganggu konsentrasi. Saya punya pendapat saja. Atau mungkin dah senak tengok My Too Perfect Sons 54 episode, so yang ni skip kejap lah.

Empress Chun Chu. Sebuah drama sejarah yang tak larat nak layan. Panjang sangat

Hot Blood. Ternanti-nanti drama baru Park Hae Jin selepas East of Eden. Baru layan sekerat jalan.

Kita berjumpa di tahun 2010 dengan drama yang baru. Sapa nak tokok tambah sila kan. Kot-kot ada yang tertinggal. Ambe dapat idea nak buat entri ni pon pagi tadi lepas keluar dari Soompi.

Akhir kata, terima kasey kerana sudi bersama blog ini di sepanjang tahun 2009 :)

No comments: