Monday, November 02, 2009

Singapore 291009 - Episode 1


Di dalam episode membeli majalah

Teng teng teng *ringtone latar belakang Doremon*

Beli majalah pon nak ada episode haha

Semasa menanti ketibaan mat tahir terchentar jam 6.30 petang di The Heeren Singapore (lokasi bersejarah), ambe pon jalan-jalan membuang masa. Ambe tiba sana jam 2.30 petang dengan kerjasama Google Map. Sambil jalan sambil tengok peta. Bagi mengelakkan masa terbuang dengan begitu saja ambe pon masuk 7-11 untuk membeli bahan bacaan dan terpandang la majalah ini. Dengan secepat kilat ambe pon sambar dan terus bayar di kaunter


Harga 3 Sing Dolar. Kalau convert RM dalam RM7 la termasuk kos penerbangan.

Tajuk muka depan :

"Lee Min Ho - Sudden Rise to Fame : Will it last?"

Ye boleh. Janji ko jangan kekwat, menten humble, jangan tersalah pilih kawan sbb nanti kawan tu ajak clubbing. Bila dah clubbing nnti orang masukkan dadah dalam minuman. Terus ko positif dadah dan akan gelap masa depan seperti sunbae Ju Ji Hun. Tiada maap bagi mu. Arasoo??
Fighting Minho!

Kita membebel kat dia ni mcam la dia tahu ek. Tapi ambe rasa mesej sampai la melalui angin sebab dia pon dah datang sini kan hahaha


Kemudian selak belah dalam. Oh kaber bulan lepas. Giant poster BOF. Aigoo melepas


Leader of the Pack


Penangan EpPePor


Sameri mengenai 3 orang "Domyoji Tsukasa" dari 3 negara

Ashie, Dong Ming Si tu yang belah kiri skali

Persoalan nya : Siapakah pula Domyoji Tsukasa versi Malaysia?

(Tetiba geli huhuhu)


Saengil Chukahamnida Heo Young Saeng. Ambe rasa dalam SS501 ambe syok dengan vokal dia ni. Akan datang ribiu album Solo SS501 yang dibeli pada 03 September 2009 tempohari *ehemoneworldhoteltehem*


Perjalanan pulang setelah selesai acara gemilang dan cemerlang itu. Lokasi ION Orchard Road


Dalam perjalanan ke stesen MRT Orchard ambe nampak ni. Tersenyum manes dia pabila nampak ambe kekeke. Tapi ambe rasa bukan event di Etude House yang ni kena kengsel aritu.

Sedikit info mengenai event LMH kat Etude Singapore yang kena kengsel dari geng soompi Singapore yang ambe jupe aritu. Geng ahjumma dan noona.

Dia kata manusia terlalu ramai, lebih kurang 800 orang. Yang ramai remaja yang tengah nak naik ni, yang gila dengan Junpyo. Masing-masing tolak menolak. (Belom masuk lagi campur darab bahagi). Yang set-set ahjumma ngn noona ni relak je. Mungkin mereka tak sabar nak tengok LMH agaknya. Kedai-kedai lain yang tepi Etude tu terpaksa tutup kedai sebabkan peminat semakin hilang kawalan. Masalah utama sebab event tu buat di dalam kedai sebab nak potong reben rasmi pembukaan kedai. Tak buat kat pentas macam kat KL aritu.

Memang silap besar la tak buat kat pentas. Ingat kipas susah mati LMH ciput ke? LMH pon tak de ruang nak lalu kot. Maka penganjur terpaksa la kengsel bagi mengelakkan kedai runtuh...hehehe

Gituh la serba sikit gambarajahnya

Sapa nak pinjam majalah ni nnti ambe kasik. Nak ambil terus pon boleh. Sebab ambe dah katam

No comments: