Sunday, November 15, 2009

Phobia 2 (2009)





Lama tak tengok cite seram. Tadi pegi tengok ngn GO Ruha Pyo kat Midveli. Ruha ada teket GSC percuma. Boleh tengok apa-apa citer. 2012 dah tengok minggu lepas masa tayangan premiere. Free jugak. So kali ni kita decide nak tengok citer hantu pulak. Phobia 1 dah muat turun tapi belom tengok lagi.


Mula-mula nak tengok cuak jugak. Sebab dah lama tak layan cite seram Thai. Last tengok cite Coming Soon kot. Cite seram Thailen memang seram ya amat. Tak senang duduk dibuat nya haha


Phobia 2 meneruskan konsep banyak citer pendek dalam 1 movie panjang seperti Phobia 1. Ada 5 kisah seram yang berlainan jalan citer


Moral of the kisah semuanya buat jahat di balas jahat. Bagus betul konsep ni. Hantu bangkit balas dendam terhadap orang yang melakukan dosa. Kalau di-apply di alam realiti pon bagus. Mana-mana pesalah jenayah yang terlepas hukuman, nanti hantu datang terus bunuh. Tak kasik can langsung. Tiada maap bagi mu.



Kisah 1. Kisah hantu lapar dan karma. Budak ni ada buat kesalahan masa lampau. Dia dengan kawan dia merempit lepas tu baling batu kat windcsreen keta tengah jalan untuk mencuri. Lepas tu mak dia hantar dia dok kat tempat sami untuk insap. Kat sini dia berdepan dengan hantu lapar



Kisah 2. Kisah di wad hospital. Mamat tu ditempatkan di sebuah wad selepas eksiden motor. Katil dia besebelah dengan sorang pakcik yang koma yang menanti saat untuk mati. Di waktu malam beliau diganggu oleh pakcik yang banyak tatu tu. Saspen gile.



Kisah 3. Backpackers. 2 pelancong dari Jepun menumpang sebuah lori kontena. Rupanya dalam kontena itu ada manusia-manusia yang dah mati. Lepas tu manusia-manusia itu bertukar menjadik zombie. Kenapa? Anda saksikan sendiri.


Hero dia, yang baju kotak biru tu 2 kali pandang macam Daniel Hanney (My Lovely Samsoon, Spiring Waltz) la pulak. Kekeke



Kisah 4. Kisah kereta 2nd hand. Ambe rasa kisah ni paling menakutkan sebab keta 2nd hand tu semua asalnya kereta yang terlibat dengan eksiden yang maha teruk. Ada penumpang mati. Tapi bila jual balik tokei kedai keta 2nd hand tu tipu cakap kondisi kereta semua baik. Tak pernah terlibat dalam kemalangan. Di waktu malam, tokei kedai itu dihantui oleh hantu sebab dia dah tipu ramai kastemer. Ada sorang tu nama Tipah datang balas dendam sebab Tipah dah tertipu (yang pompuan gemuk tu) hahaha


Moral of the stori, hati-hati sewaktu beli kereta 2nd hand.



Kisah 5. Ending cite. Kisah paling lawak. Hilang semua keseraman 4 kisah sebelum nya. Kisah komedi seram. Mesti ramai suka kisah akhir ni. Tetap ada hantu tapi hantu jadian. Hahaha

Masa di kisah 3, ambe cakap kat orang sebelah,

"Eh kenapa dorang ni ensem-ensem ek?"

Jika anda mau lihat mamat-mamat ensem Thailen, tonton la filem ni. Pasti berbaloi. Kekeke

No comments: